Bab 22 : Bahaya kian Menghampiri

670 77 3
                                    

Senyap. Tiada sebarang perkataan keluar dari mulut masing-masing. Tiada seorang yang ingin membuka langkah masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Kaku melihat kereta meluncur atas jalan mencari tempat letak kereta yang masih kosong. Manusia yang keluar masuk bangunan tiga tingkat itu langsung tidak diendahkan. Statik berdiri di ruang hadapan pintu masuk.

Tak semena-mena kesunyian antara mereka pecah apabila satu bunyi keluar dari poket seluar Najwa. Pantas dia mengeluarkan telefonnya untuk melihat nama si pemanggil. Perlahan-lahan dia menyentuh skrin menjawab panggilan daripada Amy. "Assalamualaikum."

"Wawa! You ada nombor telefon Amar tak? bagi sekarang! I dah tunggu dia lama dah depan rumah ni. Cair make up I tau tak?! I dah mintak dia jemput dia dekat rumah, siap bagi alamat. Dah dekat 30 minit I tunggu, dia tak muncul-muncul kenapa?!" selaju kereta Ferrari Amy bersuara tanpa menjawab salam Najwa.

Wajah Amar dipandang sekilas. "Awak cakap dengan dialah. Dia kat sebelah saya je ni." Telefon pantas dihulur pada Amar tanpa menunggu balasan kata dari Amy.

Amar mengerutkan kening apabila ada satu tangan menghulur telefon di hadapannya. Tidak membantah mahupun bersuara, dia mengambil telefon itu dilekap pada telinga. Tidak memberi sebarang reaksi, dia menyapa, "Hello?"

"Amar! Kenapa you pergi dengan Wawa? I'm your date not Wawa! I dah cakap jemput I dekat rumah. Dah 30 minit I tunggu. You tak kesiankan dekat..."

Amar mengeluh mendengar suara Amy. Dia menjauhkan telefon dari telinga. Panggilan tersebut ditamatkan sebelum mendengar habis ayat yang ingin dituturkan oleh Amy. Sempat dia menetapkan mod kapal terbang sebelum dipulangkan telefon itu pada pemiliknya.

"Putus ke?" soal Najwa. Dia mengerutkan kening melihat telefonnya sudah ditetapkan dalam mod kapal terbang.

"Biarlah dia. Tak nak masuk ke?"

"Awak tak nak pergi jemput Amy ke?"

"Buat apa?"

"Dia kan date awak."

"Cancel."

"Cancel? Awak ingat ni kelas ke nak main cancel?" terbeliak mata Najwa mendengar satu patah perkataan yang terpacul keluar dari mulut lelaki itu.

Amar menggosok kepalanya geram. "Cancel, takde date. Lupakan. Takkan itu pun tak faham?" soalnya kembali.

Terkebil-kebil mata Najwa masih tidak mengerti. Tangannya menunjuk ke bahagian dalam pusat beli-belah itu. "Tapi blind date tu..."

"Blind date tu sepatutnya dekat hotel bukan dekat sini, faham? Awak ni, tempat date pun tak tahu ke dekat mana?"

Geleng. Dia jawab, "Tak pernah pulak Amy bagitahu."

"Dahlah, masuk jelah." Amar mengalah. Penat ingin membalas kata barangkali. Dia meninggalkan Najwa untuk masuk ke dalam bangunan berpendingin hawa itu.

"Eh, Amar tunggulah!" Susah payah Najwa mengejar langkah panjang Amar yang sudah jauh ke hadapan. Masuk saja ke dalam bangunan itu, Amar hilang dari pandangan. Dia menjengketkan kaki mencari kelibat lelaki itu. Tak semena-mena lengannya ditarik seseorang bersembunyi di sebalik dinding. Terkejut Najwa kerana tiba-tiba ditarik.

Namun dia menarik nafas lega apabila mendapati orang yang menariknya ialah Amar. "Dah kenapa tar..." belum pun sempat dia menghabiskan ayatnya mulutnya disumbat sapu tangan. Makin besar mata Najwa.

Amar meletak jari telunjuk di bibir tanda menyuruh gadis itu diam. Dia bersandar pada dinding. Cuba menangkap perbualan seseorang.

"Ron ni betul ke budak tu ada kat sini? Entah-entah dia salah pandang."

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now