Dulang berwarna perang gelap diletakkan atas meja. Ditolak dulang itu ke hadapan menghampiri Amar. Kepala Amar kekal menunduk ke bawah. Dikerling sedikit burger keju berganda di atas talam makanan itu. Dia menelan liur memandang burger yang menjadi pilihannya setiap kali melangkah masuk ke dalam restoran badut ini. Eh, McDonald's.
"Makanlah. Menunduk aje kamu dari tadi. Saya tak kata tindakan awak tadi salah pun. Saya cuma nak tahu awak nak ke mana? Dari tadi soalan saya tu awak tak bagi jawapan," beritahu penjawat awam tersebut.
Diam.
Dia menghela nafas perlahan. "Baiklah, saya tak paksa awak. Tapi makanlah, saya belanja tu. Bukan selalu polis belanja awak," pujuknya lagi.
Perlahan-lahan Amar angkat tangan mencapai burger kegemarannya itu. Dia membuka kertas balutannya. Dibuang jeruk yang biasa diletak dalam lapisan burger tersebut sebelum menggigit burger itu. Tiada lagi soalan dituju kepadanya sehingga dia menghabiskan sisa burger dan kentang gorengnya. Air berkarbonat disedut dengan penyedut minuman.
Eh, tak sayang penyu betul!
Shh...
"Awak dah bersedia nak jawab soalan saya?"
Mata dital akea rah wajah lelaki di hadapannya. Dia masih berdiam diri. Matanya tidak lepas memandang wajah itu menyebabkan polis tersebut berasa tidak selesa. Tak lama kemudian, Amar menganggukkan kepala. Mata dialihkan ke tempat lain. "Saya lari dari universiti."
Berkerut kening polis tersebut.
"Saya takde rasa nak belajar. Apa guna saya belajar? Saya dah takde family, saya dah tak percayakan Uncle. Saya nak mula hidup sendiri tapi saya tak tahu nak mula dari mana," terang jejaka itu.
"Saya ada tawaran untuk kamu. Tak pasti kamu akan suka ataupun tidak tapi kita tak boleh bercakap soal itu dekat sini. Tawaran ni sulit, perlu dirahsiakan oleh semua. Sebelum itu, kamu masih ingat nama saya?"
Amar angguk. "Ahmad Razali bin Roslan, tuan memegang jawatan SP."
SP, Penguasa Polis atau dalam bahasa Inggerisnya, Superintendant of Police. Sempat Amar melihat carta organisasi di balai polis sewaktu dia ditahan di sana beberapa tahun lalu. Dari situ dia mengetahui jawatan yang dipegang oleh polis itu.
"Jawatan tu tak payah sebutlah. Kalau awak berminat dengan tawaran itu, awak perlu panggil saya kapten. Takde tuan atau panggilan lain. Kapten."
"Ada apa dengan tawaran tu?" soal Amar berminat.
Jangan dia suruh aku jadi polis sudah!
Polis itu menarik senyuman.
"Girl, you are so beautiful. Ku mahu kau tahu kenapa mahu malu? Kau memang cantik begitu," Lirik lagu yang dialunkan Aziz Harun itu dinyanyikan pada seorang gadis yang duduk di sebuah meja di kafe Pusat Pelajar itu. Dia melabuhkan duduk di hadapan gadis itu masih mengekalkan jarak. Senyuman tampan ditayang pada wajah.
Gadis bertudung bawal itu tersenyum sipu.
Siapa tak cair kan tiba-tiba dinyanyikan lagu ditambah lagi pakej senyuman tampan itu?
"Hai, awak ambik program apa? Mana tahu sama program, berjodohlah kita!"
Gadis itu ketap bibir. Malu! "Sains gunaan."
Alahai, miangnya perempuan ni!
Lelaki itu memuncung. "Alaaa... tak sama! Takpe, takpe jauh lagi perjalanan belajar."
"Oh, ya ke? Awak ambik apa?"
"Business management aje. Kita takdelah pandai macam awak."
Ugh, cringe!
YOU ARE READING
TIH 3 : Misery Night
Mystery / Thriller[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada...