Najwa membelek buku rujukan yang diambil dari rak di perpustakaan. Sesekali terdengar bunyi jari-jemari menari dengan kelajuan maksima di atas papan kekunci komputer ribanya. Begitu khusyuk dia membuat kerja sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling dirinya. Nizam dan Fatin yang sentiasa ada di mana dia berada tidak bersamanya pada ketika itu. Nizam sudah awal-awal berangkat pulang ke rumah setelah penat mendengar pensyarah membebel selama tiga jam dari pagi tadi. Manakala Fatin pula ada perbincangan berkumpulan untuk subjek lain.
Amar yang memerhatinya dari jauh? Entah ke mana jejaka itu menghilang.
Tadi ada saja dia nampak lelaki itu sedang mengayat perempuan di ruangan santai. Setelah dia tenggelam dengan kerjanya, langsung dia lupa akan kewujudan lelaki itu. Bohonglah dia andai dia tidak berasa pelik dengan kelakuan lelaki itu yang luar biasa. Sebelum menyamar jadi siswa, takdelah banyak cakap. Nampak cool aje, sekali masuk universiti, terus tunjuk perangai buaya darat tu. Atau sebenarnya Amar memang suka mengayat perempuan? Laju kepala menggeleng menghapuskan idea yang tidak realistik terus berlegar dalam otak. Lantaklah mamat tu nak buat apa pun, bukan ada kaitan dengan aku.
"Kenapa geleng kepala tiba-tiba?"
Terpegun Najwa mendengar suara menegurnya. Terpaku dia saat memandang wajah pengawal peribadinya di hadapan mata. Eh, cepat betul mamat ni muncul!
Dia malas mahu melayan. Kepala ditunduk semula. Kembali menyambung kerja yang tergendala tadi. Bukan saja kerana malas, tetapi kerana lelaki itu berjaya membuat hatinya gundah-gulana saat mata mereka bertamu. Aneh. Kenapa dengan lelaki lain tidak pula dia rasa begini?
"Busy betul awak ni? Banyak sangat ke assignment tu?" soal Amar tanpa rasa kekok.
Najwa memberi jelingan tajam sebelum kembali menumpukan perhatian terhadap kerjanya. Tidak mahu terus diganggu oleh Amar. Tanpa sempat dihalang, buku rujukan yang baru hendak dibuka itu pantas ditarik oleh lelaki itu.
Eh, mamat ni dah lebih!
"Awak ni kenapa? Boleh tak jangan kacau?"
Amar tidak menjawab. Wajahnya serta-merta berubah serius. Matanya tajam memandang ke arah sesuatu di belakang gadis itu membuatkan gadis itu tertanya-tanya. Najwa baru saja ingin berpusing ke belakang tetapi pantas dihalang jejaka tersebut.
"Jangan pandang." Buku rujukan dipulangkan semula pada gadis itu. Dia bangun meninggalkan meja tersebut.
Perbuatan lelaki itu sekali lagi mengundang tanda tanya dalam benak Najwa. Perlahan-lahan dia memusing kepala ke belakang. Hilang terus kelibat Amar. Air liur ditelan. Mana pulak si Amar tu pergi?
Dush!
Satu tumbukan mendarat pada perut dibiarkan tanpa ada niat untuk menghalang. Kedua-dua belah tangannya telah dikunci oleh dua orang lelaki bertubuh besar. Darah yang mengalir keluar dari mulut diludah ke tepi. Pipinya ditampar perlahan. Matanya dihala pada wajah lelaki yang menumbuknya tadi. Senyuman sinis terukir indah di wajah itu mengundang rasa kebencian dalam dirinya. "Kau ni memang tak makan saman ke, bro? Aku dah bagi amaran dulu, kan? Jangan kacau Najwa. Kau degil sangat kenapa, ha?!" jerkahnya.
Mata si mangsa tumbukan tadi dipejam. "Kau tumbuklah lagi."
Berkerut dahi lelaki itu mendengar arahan berbaur provokasi yang meluncur laju keluar dari mulut lelaki yang sudah dimasukkan dalam senarai hitamnya. "Kau cabar aku, bodoh?!"
"Apasal? Kau rasa tercabar?"
Dengan penuh perasaan marah dan dendam, satu tumbukan sekali lagi dihala pada perut si mangsa. Berbeza dengan tadi, si mangsa bertindak terlebih dahulu dengan menendang lelaki itu dengan kepala lutut pada pergelangan tangan. Pada waktu yang sama dia menggigit lengan salah seorang lelaki yang mengunci pergerakannya.
YOU ARE READING
TIH 3 : Misery Night
Mystery / Thriller[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada...