Bab 10 : Bodyguard atau Suami?

908 75 0
                                    

Dia mengecilkan matanya cuba melihat dengan jelas wajah seorang lelaki yang sedang menarik tangan Irisz mengikutinya. Dia bersembunyi di sebalik sebuah kereta. Mereka berjalan menghampiri sebuah kereta. Irisz menarik tangan lelaki itu untuk menghentikan langkah mereka. "Uncle nak bawa Irisz ke mana? Irisz nak balik. Mama dengan Abang Irfan mesti risaukan Irisz."

Jelas di telinga Amar suara milik anak kecil itu. Berkerut dahinya menahan emosi. Kedua-dua tangannya digenggam penumbuk. Langkah kaki perlahan-lahan mara ke hadapan tetapi tidak terus keluar dari tempat persembunyian. Matanya tajam memandang lelaki yang cuba membawa lari kanak-kanak perempuan itu.

"Uncle nak bawak Irisz baliklah ni. Jomlah, mama dengan Abang Irfan tunggu kat sana tu," pujuk lelaki itu. Dia menarik kasar tangan kecil itu.

"Tak naklah! Uncle, sakitlah tangan Irisz!" Suara Irisz semakin meninggi. Tangan yang bebas cuba meleraikan tangan lelaki tua itu dari tangannya. Tidak berdaya untuk dia berlawan dengan kudrat yang kecil itu.

Semakin membara hati Amar melihat Irisz dipaksa tanpa rasa belas. "Woi, kau lepaskan dia!" teriaknya sekaligus menarik perhatian dua manusia itu. Pantas dia meluru ke arah lelaki tua itu. Ditarik tangan yang tidak memegang tangan Irisz lalu dipusing ke belakang.

"Argh!" Lelaki itu mengerang kesakitan. Tanpa sedar dia melepaskan tangan Irisz. Tangannya itu dibawa ke leher Amar. Belum sempat dia bertindak untuk mencekik, Amar terlebih dahulu menangkap pergelangan tangan lelaki itu.

"Apa motif kau culik budak-budak tu ha?! Kau nak gunakan diorang untuk buat kerja jenayah kau ke?"

Lelaki itu ketawa penuh sinis. "Kalau ya, kenapa? Kau nak selamatkan diorang? Kau tak payah nak tunjuk herolah! Berlagak macam kau tu baik sangat!" dia meludah ke atas jalan.

"Siapa kata aku nak tunjuk hero? Kau jangan berani-berani nak culik mana-mana budak lagi, aku akan pastikan kau takkan terlepas."

"Kau bukannya nak tangkap aku pun, aku tau kau akan lepaskan aku. Tak payah cakap banyaklah!" balas lelaki itu.

Jejaka bertopeng hitam itu terus menghentak lututnya kuat ke dada lelaki tua itu. Dia menolak tubuh lelaki itu jatuh ke atas jalan tar. Puas hati dia melihat lelaki tua itu terbaring lemah. Matanya mencari tubuh kecil Irisz. Dia melihat budak kecil itu bersama dengan Najwa. Tubuh kecil itu membelakangi Amar. Kedua-dua tangannya menutup telinga rapat. Mungkin Irisz masih ingat akan kata-kata lelaki itu setahun yang lalu.

Wajah Najwa pucat melihat aksi di hadapan matanya. Walaupun tidak berlaku sebarang pembunuhan, tapi lidahnya kelu untuk berkata-kata. Sebelum ini dia hanya mendengar nama lelaki bertopeng hitam dari mulut orang, tapi malam ini dia melihat lelaki itu sendiri di hadapan mata. Kakinya bagaikan telah dipaku. Tidak mampu untuk dia bergerak dari situ. Tangannya memegang bahu Irisz yang masih menutup telinga itu.

Air liur ditelan seakan-akan tersekat di kerongkong. Jejaka bertopeng itu lantas membuka langkah melarikan diri.

Kening Najwa berkerut. Dia yakin lelaki tadi ialah Night. Tapi lelaki itu mengenakan sut hitam di tubuh, bermakna dia juga tetamu jemputan majlis Datuk Saifuddin. Night kenal papa? Kau siapa, Night? Soalan demi soalan timbul di ruangan minda yang dia sendiri tidak ada jawapannya.











Haziq berlari laju mengejar sebuah kereta Honda Odyssey yang meluncur laju meninggalkan kawasan hotel itu. Tanpa kenal erti putus asa, kakinya tetap melangkah tanpa berhenti. Jantungnya berdetak laju seiring dengan langkah kakinya. Giginya diketap kuat. Bajunya sudah lencun dengan peluh. Jalan itu tidak banyak kereta yang lalu-lalang.

Pemandu itu sedar mereka dikejar. Dia menekan pedal minyak menaikkan had laju. Suara budak-budak menjerit ketakutan kedengaran.

"Woi, diamlah!"

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now