Bab 20 : Panggilan dari Kenalan Abang

702 73 9
                                    

Amar menghempas tubuh ke atas sofa. Dia mengerutkan kening memandang Harris yang sedang menikmati pizza itu. Pasti dia beli terus di kedai. Tak mungkin dia telefon kedai piza untuk menghantar ke rumah yang terletak di tengah-tengah hutan ini. Pekerja yang mendengar alamat rumah mereka pasti fikir hantu yang menelefon untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran mereka. "Kau tak pergi tengok Irfan dan Irisz?"

"Jangan risaulah, aku suruh Junior pergi tengok."

"Junior? Dia masih dalam latihan kan?" celah Haziq.

"Inilah latihan dia. Kau orang lupa ke aku mentor dia? Suka hati akulah nak bagi latihan apa."

Amar geleng kepala melihat sikap Harris yang sambalewa.

"Dah lama kau tak bawak motor tu. Apahal tiba-tiba harini rasa nak bawak?" soal Haziq. Seingatnya Amar sudah tidak sentuh motosikalnya itu hampir dua tahun. Semuanya kerana motor itu hampir-hampir dijejak oleh pak cik saudaranya.

"Ada budak tak sedar diri ajak lumba," jawabnya ringkas.

"Woah, kesian gila dia ni kena menari Baby Shark depan orang ramai!" ujar Harris sendirian sambil mata tidak lekang memandang skrin telefon.

Haziq mengerutkan kening. Dia soal, "Apa benda tu?"

"Trending kat Twitter nombor berapa entah tadi. Eh, kejap! Mar, Kau..." Pandangan dihala Amar dan skrin telefon silih berganti.

"Tulah budak tak sedar diri tu."

"Ada muka kau, bro! Habislah..."

Amar menutup muka dengan tangan. Dia sudah agak ada yang ingkar arahannya tadi. Wajah Haziq dipandang. "Ziq, tolong..."

Haziq geleng kecil. Dia menolak kerusi roda yang didudukinya dengan kaki menuju ke meja komputer yang diatur tidak jauh dari ruang tamu. Kedengaran bunyi terhasil daripada jari-jemari yang menekan papan kekunci. Tak semena-mena telefon Amar bergetar dalam poket.

Amar senyum kelat memandang nama pemanggil. "Aku chau dulu. Jumpa nanti!" Dia bangun. Dia memanjat motornya lalu menyarung topi keledar. Tak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin motor mengaum meninggalkan rumah tersebut.

Harris dan Haziq berpandangan. "Motor tu bukan dah lama ke Amar tak tunggang sejak dua tahun lepas?" soal Harris.

"Entah. Dia dah tak takut Uncle dia jumpa dia ke apa?"

Harris jungkit bahu.






"Apa benda ni?" Skrin komputer ditolak agar menghadap wajah Amar membenarkan jejaka itu melihat sesuatu yang ditayangkan pada monitor tersebut. Wajahnya serius meminta jawapan dari Amar. Rasa geram timbul di hati. Jarang-jarang sekali anggota agensi membuat hal dengan hamper mendedahkan identiti masing-masing. Namun entah mengapa Amar telah pun melakukannya selepas dua tahun berkhidmat. Walhal lelaki ini tahu natijah yang akan dihadapi apabila identiti sendiri terbongkar.

Orang nak sembunyikan dia, senang-senang dia dedahkan diri sendiri!

"Maaf, kapten. Tugas saya sekarang melindungi Cik Najwa dalam proses penyamaran. Kalau saya tak buat, orang akan tahu saya cuma menyamar," jawab Amar. "Saya akan uruskan semua orang yang mendedahkan wajah saya di media sosial, kapten."

"Tak perlu." Kapten menggeleng kepala.

Amar tersentak.

"Aku dah ada orang yang uruskan hal itu. Disebabkan kecuaian kau ni, aku kenakan kau hukuman dengan tidak menggunakan senjata api sehingga misi ini tamat."

Buntang mata lelaki itu. Tiada senjata api? Kapten gila ke apa? Lupakah dia, Night ialah penembak tepat nombor satu di agensi ini?

"Kapten, saya boleh terima hukuman lain. Tapi jangan tarik senjata api saya," rayu Amar mencuba nasib padahal dia sedar jikalau Kapten memberi sesuatu arahan. Tiada bantahan. Tiada belas kasihan. Muktamad.

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now