Bab 7 : Hero Penuh Misteri

895 75 0
                                    

"Ijam! Ijam! Ahmad Nizam! Tolong aku, Ijam!"

Night mengecilkan mata memandang dua orang lelaki bertubuh sasa membawa lari seorang gadis. Dia mengerutkan kening. Tak ada otak ke culik kat tempat public macam ni? Kepalanya berpaling ke hadapan memandang lampu isyarat yang masih berwarna merah. Tak semena-mena dia membuka pintu lori itu. Tubuhnya dibawa keluar dari kenderaan itu.

Jay yang duduk di antara Ray dan Night menegur, "Woi, kau nak pergi mana tu?"

"Aku akan datang semula nanti." Night menutup pintu itu. Dia melihat lelaki yang mengangkat tubuh seorang wanita mencampak tubuh wanita itu ke dalam but kereta. But itu ditutup rapat. Belum sempat Night melajukan langkah menghampiri kereta itu, kereta itu sudah pun memecut laju membelah jalan raya.

Pandangannya dilontar ke persekitaran. Dia ternampak sebuah motor berkuasa tinggi berwarna hitam yang baru saja memarkir di situ. Tanpa berlengah, langkah kaki diatur laju mendekati anak muda itu. "Dik, pinjam motor kejap. Nanti saya pulangkan semula." Tangannya mengambil helmet full-face di tangan remaja lelaki yang kelihatan terpinga-pinga itu.

Night membawa motor itu dengan kelajuan 120 km/j cuba mengejar kereta berwarna hitam tadi. Satu demi satu kereta dilepasi motor yang dibawanya. Dia mencari kenderaan yang dikejarnya tadi. Mujur matanya sempat menangkap nombor plat kereta tadi. Matanya laju meliar mencari nombor plat kereta itu. Hatinya kuat mengatakan kereta itu belum pergi jauh. Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila pandangannya terjatuh pada sebuah kereta berwarna hitam yang mempunyai nombor pendaftaran sama seperti yang dilihatnya tadi.

Peluh yang merenik di dahi dibiarkan. Jantungnya berdentum laju. Ruang di dalam but kereta itu dipandang dengan perasaan gelisah bercampur takut. Air mata mula bertakung di kelopak matanya. Najwa takut mahu berfikir apa yang akan berlaku pada dirinya. Adakah kehormatan yang dipelihara dengan baik selama ini akan dimusnahkan dengan sekelip mata? Atau mungkin ajalnya sudah tiba?

Bibir gadis itu menggeletar. Matanya dipejam erat. Hatinya tidak putus-putus berdoa agar keselamatan dirinya dipelihara. Dia berharap Nizam atau ada sesiapa yang boleh tolong selamatkan dirinya.

Pemandu kenderaan itu seperti tahu kenderaannya diekori. Night tidak putus asa mengejar kenderaan yang semakin laju itu. Sudah berapa lampu isyarat pemandu kenderaan itu melanggar menyebabkan Night turut sama melanggar peraturan jalan raya itu. Sudah beberapa minit mereka melakukan aksi kejar-mengejar, akhirnya kereta berwarna hitam itu masuk ke dalam lorong kedai yang sempit.

Night menggunakan jalan lain untuk bertembung dengan kereta itu. Lelaki itu memberhentikan motosikal itu apabila dia sudah nampak bahagian hadapan kereta hitam tadi. Dia memandang pemandu itu dengan pandangan tajam.

"Rempuh je mamat tu!" arah lelaki yang duduk di tempat sebelah pemandu.

Si pemandu sudah bersiap sedia ingin menekan pedal minyak. Giginya diketap kuat. Dia menekan pedal minyak. Kenderaannya semakin laju bergerak ke hadapan. Motosikal yang dinaiki Night juga sama. Night meletakkan tangan kirinya di belakang sebelum tangannya lurus mengacu pistol pada wajah pemandu itu.

"Bodoh, dia ada pistol!"

Night menurunkan pistol itu. Dia menembak satu tayar depan. Motornya digerakkan laju melepasi kereta itu. Kereta itu terbabas di jalan raya. Bahagian hadapannya remuk melanggar tiang lampu sehingga bengkok. Night berpusing mendekati kereta itu. Dia sedar ada sebuah kereta diberhentikan di tepi jalan. Motor itu dimatikan enjin. Dia menanggalkan topi keledarnya. Dia berpaling memandang pemandu yang keluar dari kereta tadi. Dahinya berkerut. "Ikmal?"

Ikmal senyum nipis. "Thanks. Kalau kau tak ada tadi, aku tak tahu apa jadi dengan anak Datuk tu." Dia berjalan mendekati kereta tadi. Dilihatnya dua orang lelaki yang membawa lari Najwa tadi sudah tidak sedarkan diri. Pintu pemandu dibuka. Belum sempat dia ingin membuka but belakang kereta, Night menghalang.

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now