Bab 29: Penculikan dan Kebodohan Harris

599 52 6
                                    

Harris keluar dari kereta sebaik sahaja diparkir di hadapan rumah banglo milik Datuk Saifuddin. Dia melihat pagar ditutup rapat. Berkerut keningnya melihat tiada kelibat Najwa yang dikatakan menunggu di hadapan rumah. Tambah kerutan pada dahi melihat beg tangan Najwa ditinggalkan begitu saja di atas jalan. Dia ambil beg tangan wanita itu. Pagar yang berkunci dibuka dengan kunci pendua yang telah diberi padanya sejak awal dia bekerja sebagai pengawal peribadi wanita itu. Kakinya melangkah masuk.

Nama Najwa dipanggil, "Cik Najwa! Cik Najwa!"

Mak Su muncul dari bahagian tepi rumah. Barangkali sedang menyiram pokok bunga. "Eh, Wawa takde kat depan? Tak silap Mak Su, dia dah tunggu kat depan rumah tadi," beritahunya.

"Takde pun Mak Su? Saya nampak handbag dia je kat depan tu. Memang nak bagi orang curi ke apa?"

"Eh? Dia takde masuk balik tadi. Kalau tak, Mak Su boleh dengar bunyi pagar bukak. Cuba Harris call dia."

Harris mengeluarkan telefon pintarnya. Menurut kata Mak Su, dia membuat panggilan ke telefon Najwa. Kedengaran bunyi nada dering yang biasa digunakan Najwa dari dalam beg tangannya. Harris dan pembantu rumah itu berbalas pandangan. Mak Su mengambil beg tangan dari Harris. Dia mencari telefon dalam beg tangan Najwa.

"Ini telefon dia." Dia mengeluarkan telefon jenama iPhone itu. Tertera nama Harris pada skrin telefonnya. Jantung Mak Su berdetak laju. Rasa risau kian berganda. Kakinya terasa lemah. Hampir saja dia terjatuh ke lantai tapi pantas disambut Harris. "Mana dia pergi ni, ya Allah?"

Harris ketap gigi. Geram. Kenapa Najwa pula diculik? "Tenang, Mak Su. Saya akan cuba cari Cik Najwa." Dia membantu Mak Su duduk di bangku di halaman rumah itu.

Dia keluar dari rumah itu. Langkah kaki mendekati kereta. Pintu dibuka. Enjinnya tidak dimatikan. Dia terus memandu mencari Najwa di sekeliling taman perumahan itu. Hampir satu jam dia berpusing mencari Najwa. Tidak menunggu lama dia menghantar mesej kepada Haziq meminta kembarnya itu mencari lokasi Najwa berdasarkan jam tangan yang sering dipakai wanita itu. Mujur Haziq meminta mereka letakkan penjejak lokasi pada barang yang sering dibawa oleh Najwa. Amar mencadangkan jam tangan kerana wanita itu tidak pernah membiarkan tangannya kosong tanpa seutas jam tangan.

Telefonnya berdering. Dia memandang skrin. Qistina.

Aduh, masa nilah pun, dia nak call!

Makin stress Harris dengan situasi yang dialaminya. "Qist, I'm sorry, I busy. I call...

"... Duduk sini diam-diam. Kau orang jangan bising. Seorang demi seorang aku bunuh kalau aku dengar bunyi, faham?!"

Berkerut kening Harris. Bunuh?













Kain yang menutup bahagian mata dilonggarkan menyebabkan dia tersedar. Terasa kepalanya sakit disebabkan hentakan kuat. Otaknya mula memproses mengimbas kembali apa yang sedang berlaku. Mata dibuka perlahan. Dilarikan pada segenap ruang kamar itu. Dia pernah masuk ke dalam bilik usang ini. Tetapi kenapa di sini? Mata dialihkan pada dua orang lagi gadis yang menerima nasib sama sepertinya. Mereka diculik. Dia hanya mengenali salah seorang dari mereka. Seorang lelaki turut melonggarkan kain yang menutup mata dua orang lagi gadis itu.

"Dahlah, you guys nak apa? Nak duit, I boleh bagilaa!"

Dia memandang wajah empunya suara itu. Qistina. Teman wanita Harris. Kenapa dia?

"Kau senyaplah! Aku pukul sampai mampus baru tau!" marah lelaki itu.

Qistina memandang wajahnya. Sedar dia sudah tersedar dari pengsan. "Oh, it's you again! Err... Najwa kan?"

"Apa yang dah berlaku?"

Qistina menjulingkan mata ke atas. "Can't you see? Kita ni diculik!"

"Saya tahu tu. Tapi kenapa dan macam mana? Kenapa dia culik kita bertiga? Siapa perempuan tu?"

TIH 3 : Misery NightWhere stories live. Discover now