Well, takde bonus chapter pun. Sorry. Tak berani janji akan ada ke tak, so janganlah berharap tinggi sangat.
Aku tak buat novel baru untuk tahun ni. Buat masa ni, takde lagi novel baru. Bukan takde idea tapi tak larat nak pikul beban nak menulis novel tu. Jadi, aku cuma sambung cerita yang aku asyik bertangguh, Kucing Kau Kenapa?!. Sepatutnya, ada lagi satu, Happy Birthday to You! Tapi aku rasa cerita tu makin tak best and lack of idea, jadi aku decide untuk tak teruskan cerita tu.
Jadi, ni aku publish sebab saya, Nur Minna seorang author yang masih banyak kekurangan ingin menjemput anda untuk membaca Kucing Kau Kenapa?!. Do support me by reading it. Terima kasih daun keladi pada semua kerana meluangkan masa untuk membaca dan memberi peluang pada diri aku untuk menulis cerita lagi.
Projek baru pun takde lagi, selepas TiH 3. Cukuplah sampai takat itu. Lepas ni aku nak buat stand alone cerita aje. Kalau tak jadi macam nilah, Enam hari aku ambik masa untuk move on. Rasa pelik bila dah habis projek TiH. Sumpah. Dia rasa lega tapi rasa dia macam time kau dah habis sekolah, dah habis SPM. Tak tahu nak buat apa.
Nak kerja ke nak bercuti ke nak stay kat rumah ke ambik lesen kereta ke. Ha gitulah perasaannya bila dah habis satu projek. Nak rehat tapi rasa macam nak menulis. Tapi tak tahu nak tulis apa. Sebab itu, aku just sambung je cerita yang tertangguh. Mulakan semula dengan langkah yang kecil. Step by step macam dulu.
Tapi aku akan cuba buat cerita yang luar biasa, yang kau orang takkan lupa, yang kau orang takkan jemu baca lagi, lagi dan lagi. That's my goals. In shaa Allah, lepas habis cerita KKK?! ni aku akan cuba buat cerita baru yang lagi gempak. Stay positive, guys! Selamat bercuti bagi yang sedang bercuti. Selamat bekerja dan belajar untuk yang bekerja dan masih bergelar seorang pelajar. Relaks, baru bulan satu.
Bulan satu? Lagi lapan hari nak bulan dua tau?! Ya rabbi, cepat je masa berlalu. Hmm... takpe, tak terasa sangat sebab aku baru cuti seminggu. hahaha...
Okay, so long guys! Jangan lupa baca cerita aku yang lain tau (saya ugut ni! Eh, gurau je haha...).
Smile always! :)
Nur Minna, 23/01/2020
YOU ARE READING
TIH 3 : Misery Night
Mystery / Thriller[Pemenang Karya Misteri & Thriller Anugerah Wattys 2019] Published : 18/02/2018 Republished : 10/01/2019 Completed : 10/01/2020 Previously known : TiH 3: Nik Amar Fahimi Siapa tak kenal Night? Penembak tepat yang bertopeng hitam. Penuh rahsia. Ada...