"Min, kau take care tau." Pesan Zara sebaik aku memberhentikan kereta.
Zara memang berperangai macam mak-mak sikit. Suka membebel dan meninggalkan pesanan yang sama berulang kali.
"Aku tahu lah. Berapa kali nak ulang ni makcik oi." Balasku sambil memicit kedua belah pipinya.
Dia hanya ketawa geli hati. "Mummy kau jauh, so akulah ibu kau sekarang ni. Membebel pun u tuk kebaikan kau juga." Omel Zara lagi. Ingin membela dirinya.
"Yalah. Kau boleh jadi ibu tiri paling concerned dalam dunia tau." Balasku sengaja mahu menyindirnya.
Usai Zara masuk ke dalam lapangan terbang, aku memandu keluar dari kawasan drop off dan tanpa disedari..
Bumm!
Terasa kereta aku dilanggar dari sisi pemandu.
"Oh no!" Aku terjerit kecil. Kaki mulai menggigil kerana terkejut. Belum sempat meredakan debaran, tingkap kereta sudah diketuk dari luar.
Seorang lelaki sudah setia berdiri di luar kereta. Matanya memandang tajam ke arahku.
Aku cuba membuka pintu kereta, berjaya namun hanya muat-muat badan untuk keluar. Alahai, kemik teruk ke kereta aku ni?
Seorang lelaki berdiri di hadapan aku. Wajahnya aku pandang sekilas. Mak aii handsomenya. Putih, hidung mancung dan semuanya terletak elok di wajahnya.
Aku ralit memerhatikan wajahnya sebelum dia berdehem dan sekaligus mengejutkan aku.
"Ehem."
"Sorry-sorry. I minta maaf sangat. I tahu I cuai." Ujarku penuh dengan rasa bersalah.
"You okay?" Soalnya pendek.
"Hah?" Aku mendongak untuk melihatnya. Matanya tunak memandangku.
"O.. Okay." Balasku sebelum berlalu melihat keretanya pula. Bumper depannya pecah kerana terlanggar sisi keretaku. Bahagian sisinya juga tercalar teruk.
"Alamak teruk sangat ni. I minta maaf. I janji akan bayar ganti rugi." Ujarku mulai resah. Dia guna Range Rover Evoque kut. Mampu ke aku nak bayar ganti rugi?
"Tahu pun. Yang you main keluar je macam jalan ni jalan atuk nenek you punya dah kenapa?" Sindir lelaki tersebut. Telinga aku sudah panas.
Wajahnya aku pandang lama. "Encik, kalau I tahu nak terlanggar macam ni, I tak keluar lah pula. I'm sorry okay." Balasku dalam kesabaran yang masih tersisa.
"Sorry? Come on girl, you ingat sorry you boleh baiki kereta I ke? Idiot." Balasnya penuh sinis.
"Suka-suka hati cakap orang bodoh kenapa? I cakap nak bayar ganti rugi kan tadi? Maksudnya apa? Nak baiki lah kan? No worries I akan bayar." Balasku yakin meskipun hati sudah berkecamuk. Sempat aku jeling dia sekilas.
Arrogant.
"Rude girl." Desisnya perlahan namun didengari oleh aku.
"You are talking to a mirror apparently." Sindirku sinis. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Hei dia boleh kurang ajar dengan aku, takkan aku tak boleh?
Kini dia pula yang senyum sinis memandangku. Badanku dihampiri dan dia semakin mendekat. Nafasku mulai hilang rentak tambahan pula hidungku kini disapa bau kuat cologne berbau maskulin miliknya. Bau yang sangat menggoda dan mampu meruntuhkan bentang keimanan aku.
Badannya tiba-tiba sahaja menghampiri aku. Kedua tangan didepakan dan kemudiannya diriku dikepung. Kaki semakin melangkah ke belakang namun tanpa sedar, aku kini memerangkap diriku sendiri. Belakang badan sudah tersentuh pintu kereta, jarak antara kami juga semakin dekat.
"You.. You nak bu.. Buat apa ni?"
Wajahnya kini menghampiri telingaku. Pantas aku memejamkan mata.
"Giving you some warnings. You shouldn't be rude at me." Bisiknya perlahan. Mampu menegakkan semua buku romaku.
"A..Apa. Mak..Maksud you?" Soalku tergagap-gagap.
"You should behave. Don't dare me." Balasnya tegas sebelum menarik kedua belah tangan dan menjauhi diri aku.
Fuh! Aku hampir hilang nafas seketika tadi. Aura lelaki tersebut terlalu kuat sehinggakan aku merasa lemah berhadapan dengannya.
Aku hanya mampu menunduk di hadapannya. Tidak mahu tunjuk berani lagi. Lelaki ini jelas kelihatan sorang yang agak psycho. Lawan lebih-lebih nanti aku tak pasal-paal masuk berita jadi muka depan pula.
"Kereta you macam mana?" Ujarku perlahan dan masih menunduk.
"Of course you should pay for the cost." Balasnya tanpa nada. "Get in my car." Arahnya.
Pantas aku mendongak memandangnya. "Habis tu kereta I?" Dia ni biar betul. Kalau aku naik kereta dia, siapa yang akan bawa kereta aku.
"Driver I akan bawa. Just in case you would run away from me. It's safer for me to bring you along with me." Jawabnya selamba.
Lari dari dia? Itu yang aku nak sangat buat sekarang ni tapi jauh di dasar hatiku, aku takut.
"Ok." Balasku pendek. Hanya mampu menurut.
⭐️⭐️⭐️
Aku mencongak-congak di dalam kepala. Lapan ribu? Biar betul dia ni? Mamat ni tak boleh consider langsung ke? Claim lah insurans ke apa. Bayar insurans mahal-mahal tapi taknak claim.
"So how?" Soalnya sambil merenungku tajam.
"How about 5k?" Soalku dalam takut-takut.
Dia sudah menghadiahkan jelingan buat aku. "Tadi berlagak, dah sampai sini minta diskaun pula. Lain kali kalau tak mampu, jangan cakap besar." Sindirnya tajam. Tepat menusuk ke hati aku.
Aku terdiam dengan balasannya. Bibir aku gigit perlahan bagi menghilangkan debar. Aku mana ada lapan ribu sekarang ni.
"Cost tu bukan I yang cakap, pekerja workshop ni yang bagitahu. You nak tawar menawar, silakan pergi dekat dalam sana." Bebel lelaki tersebut. Langsung tiada kelembutan di dalam suaranya.
Nak bagi penumbuk boleh? Menyampah betul aku dengan orang macam ni. Dia kata aku berlagak sebab tadi nak bayar ganti rugi. Habis tu aku ada pilihan lain ke? Urghh.
Aku diam tidak berkutik. Cuba memikirkan jalan untuk mendapatkan wang yang secukupnya.
"What if.. I bagi you lima ribu dulu, the rest tu I bayar monthly dekat you." Cadangku dengan harapan dia akan bersetuju. Dia yang sedang duduk di sofa aku pandang dengan penuh berharap.
"Nope." Bantahnya sepatah.
Aku mulai terasa berang dengan lelaki dihadapanku ini. "Dah memang duit I tak cukup, takkan nak suruh I rompak bank pula?" Balasku dengan nada yang sedikit tinggi.
Terbit senyum sinis di bibirnya. "I ada cadangan. You're beautiful and sexy. How about you use your body to.."
Belum sempat dia menghabiskan bicara, sedar-sedar sahaja tangan kananku sudah hinggap di pipi kirinya.
"You jangan ingat I perempuan murah macam tu!" Bentakku kuat sebelum berlalu namun belum sampai lima langkah, tangan kananku sudah digapai dari belakang, mendorong aku untuk berhenti.
"Lepaslah!" Marahku sambil menarik tangan dari pegangannya namun cengkamannya semakin kuat. Bagaikan isyarat bahawa dia tidak akan melepaskan tanganku.
Pemandunya aku pandang dengan pandangan meminta tolong. Dia kelihatan takut-takut untuk memandangku.
"Please." Aku membuatkan gerak mulut.
"Tangan dia dah merah dah bos. Benda boleh bincangkan, kalau ada orang viralkan gambar atau video bos mengasari perempuan macam mana? Bising Tan Sri nanti." Ujar pemandunya perlahan. Kedengaran takut-takut.
Terasa cengkamannya semakin dileraikan.
"Nasib baik si Haziq ni ada." Ujarnya sebelum merengus perlahan. "Kau ni pun satu, lain kali jangan sibuk hal aku boleh tak?" Marahnya kepada pemandunya itu.
Haziq kelihatan terkulat-kulat kerana dimarahi oleh bosnya. Aku memandangnya dengan riak bersalah. Sekali lagi aku membuat gerak mulut. "Sorry." Ucapku tanpa suara.
Dia hanya senyum segaris memandang aku.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.