BAB 6

461 8 0
                                    

BAB 6

JAM sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Bererti giliran Ayra dan Zila pula jaga khemah.Suasana terasa sunyi yang hanya terdengar suara dengkuran dan bunyi binatang yang ada di hutan. Mata Ayra terasa sangat berat tapi digagahi juga untuk bangun. Zila juga begitu. Matanya kelihatan layu.

"Zila, kau jangan nak tidur eh. Mata kau tu buka besar-besar." Kata Ayra sambil menepuk bahu Zila yang sedang bersandar di tepi pohon pokok.

"Yelah aku tahulah. First time kita bermalam kat hutan, tiba-tiba disuruh jadi 'security 1 pagi'. Ini apa cerita ni? Kita mana ada pengalaman nak jadi security hutan." Omel Zila. Tudungnya pun tidak lagi terurus. Baru kali ini dia meluahkan rasa tidak puas hatinya. Tadi tak nak complain sekarang baru nak cakap.

"Dia memang sengaja nak kenakan kita berdua. Mentang-mentang dia ketua, suka-suka hati nak buli 'budak baru nak belajar berdikari.' Lagipun kau kan tahu dia tu dari awal-awal lagi tak suka aku. Ini confirm dia nak kerjakan aku." Kata Ayra

"Leceh mamat yang berlagak fofular macam tu. Depan budak perempuan lain, layanan dia tip top meletop, bagai melayan seorang puteri. Aku tak lah dia layan teruk sangat tapi kau. Hish! Kenapa pula dia tak suka kat kau? Kau bukan kenal dia. Dari hari kita orientation pelajar baru lagi dia selalu marah kat kau. Pelik. Jangan-jangan....."

"Tak ada benda yang jangan-jangan. Kau mulalah dengan imaginasi fantasi dan tak masuk akal. Kisah yang lama tak perlu ungkit. Buat sakit otak je. Sekarang yang aku tahu, aku bosan lah Zila. Nak tengok pokok memanjang lama-lama aku boleh tertidur kat sini."

"Amboi, seronok aku dengar kau berdua punya cerita ni. Abang Nadim nak join jadi pak cik bawang boleh?" Tiba-tiba Abang Nadim muncul dari belakang Ayra dan Zila. Lalu duduk di sebelah Zila. Abang Nadim pelajar senior yang buat master. Dia merupakan ahli jawatankuasa program 'Kem Jalinan Kasih' juga.

"Cerita apa yang seronok abang Nadim? Kita orang hanya meluahkan perasaan tak puas hati je." Kata Zila. Ayra pula hanya mengangguk.

"Kau berdua mengata Yusof kan? Abang tahu kejadian tadi pagi. Ayra dan Yusof bergaduh kan?" Nadim membuka cerita yang membuat hati hancur seperti serunding raya dipagi hari. Dia pun ada tadi menyaksikan 'Drama Sangat' di antara Yusof dan Ayra. Kesian dia tengok Ayra kerana terkena tempias kemarahan Yusof Amsyar. Yusof pun satu tak boleh ke dia tegur secara lembut. Tak payah emosi. Slow and steady.

Ayra menggaru kepala yang berlapik tudung. Wajahnya ditundukkan. Kata-kata Nasim sengaja tidak dibalas. Malas nak membahaskan perkara yang boleh menconteng marker ke muka! Malunya!

"Saya dan Ayra ni Abang Nadim, baru nak berjinak-jinak join kem ni. Jadi kami rasa tak adil jika kami disuruh jadi 'security 1 pagi' kalau nak buat siang-siang dapat juga kami terima. Dahlah kami ni perempuan, belum kahwin pula, cantik, ayu.." Zila terlebih memuji diri sambil melontarkan kekecewaan dihati. Sempat pula dia nak angkat bakul depan abang Nadim.

"Dah, dah, dah. Aku faham Zila. Tak usah memuji diri sangat nak muntah rainbow aku dengar." Nadim buat muka meluat. Ayra juga mencebik. Nak angkat bakul pun angkat je sendiri tak payah guna perkataan 'kami' tu.

"Saya belum habis cakap lagi, abang dah potong." Zila merajuk. Bibirnya dah muncung sedepa. Dah seperti Daisy bini Donald Duck lah pula.

Ayra dan Nadim ketawa serentak.

"Tak perlu diambil hati sangat pasal Yusof tu. Dia memang begitu. Kebetulan mood dia tadi pagi tu tak berapa nak baik sangat. Girlfriend dia tak jadi datang join program ni. Tu yang frust terlentang." Pujuk Nadim. Harap-harap terubatlah hati Ayra. Siapa yang tak terguris hati diherdik depan orang ramai pula. Cekal juga hati Ayra ni.

Girlfriend? Gara-gara teman wanitanya yang tak jadi datang aku jadi mangsa. Aku jadi sasaran untuk meluahkan kemarahannya. Huh! Speechless hakak!

"Yusof dah berpunya rupanya. Ingatkan masih single lagi. Tak professional langsung mamat poyo tu abang Nadim. Hal tiang rumah..ehh salah, hal rumah tangga jangan lah dilibatkan bila bertugas. Ini baru kes makwe belum lagi isteri. Porrahh!" Balas Zila. Matanya melirik Ayra yang sedang mengorek tanah menggunakan ranting pokok. Lirikan yang penuh makna tu. Didalam hatinya mengharapkan kawannya itu bercinta dengan Yusof Amsyar. Lebih-lebih pula kau Zila. Jelas-jelas kawan kau yang seorang ni sangat tidak menyukai Yusof.

"Betul tu Zila. Abang Nadim setuju."

"Abang Nadim tak tidur ke? Dah pukul 1.30." Potong Ayra. Berpura-pura melihat jam tangannya. Sudah-sudah lah cakap pasal mamat tu. Bengkak gegendang telinga mendengar nama dia.

"Abang tak mengantuk lagi. Kalau kat dalam hutan memang abang tak tidur. Tak selesa dan abang ada sedikit trauma." Jelas Nadim. Mana tak trauma bila nyenyak-nyenyak tidur, rupa-rupanya ular sudah membalut kakinya. Itulah kenangan yang memang tak dapat dilupakannya ketika masuk didalam hutan buat kali pertama dulu. Itu belum termasuk lagi bila di sebelahnya ada seseorang tidur menyerupai dirinya sendiri. Seram abang!

"Trauma?" Ayra dan Zila serentak bertanya. Semua mata melihat Nadim.

"Jangan cerita kat sini lah. Nanti abang cerita."

"Saya baru nak ambik feel. Bosan lah abang. Jom kita nyanyi." Saran Zila.

"Boleh. Abang pergi cari gitar kejap." Selang beberapa saat, Nadim kembali dengan memegang gitar.

"Siapa yang nak nyanyi?" soal Nadim.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Aku lah nak nyanyi." Jawab Ayra. Ayra berdehem. Nak adjust suara dulu. Lama aku tak pergi pusat karaoke. Aku bekas peserta Bintang RTM yang tak jadi tau.

Nadim memetik gitar. Lancar tangannya memetik tali-tali gitar itu. Berbakat juga Nadim dalam bidang muzik. Zila melambai-lambaikan tangannya ke atas. Fuh macam buat konsert.

Semalaman terkenangkan dirimu

Mengalir air mataku membasahi pipi

Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku

Sedangkan kau tahu perasaan ini

Merdu suara Ayra melontarkan bait-bait lirik lagu Hati Ini Telah Dilukai nyanyian Krisdayanti dan Ajai. Setiap lirik dinyanyikan dengan penuh perasaan. Feel melebihi feel penyanyi asal. Mengalahkan peserta Akademi Fantasia. Kalau ada Dato' Ramli MS confirm menghadiahkannya standing ovation.

Sedar tak sedar, setelah menghabiskan 20 buah lagu rupa-rupanya jam sudah menjangkau ke pukul 3 pagi. Ayra dan Zila beredar untuk masuk ke khemah mereka. Tinggal Nadim sahaja yang masih memetik gitar. Katanya nak sambung buat konsert subuh. Lantak lah, yang penting mata dua anak dari itu dah mengantuk.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now