BAB 55

407 10 1
                                    

YUSOF Amsyar terkejut bila mendengar suara tawa seorang lelaki di luar tandas. Sedang asyik bermandi-manda tiba-tiba ada suara garau ketawa seperti jin, mana tak terkejut. Sebelum bunyi ketawa itu hilang lebih baik dia pergi skodeng, siapakah pemilik suara ketawa itu? Laju dia menyarungkan baju melayunya. Dicelah-celah pintu dia mengintip keadaan di luar. Tak ada orang pun. Seketika matanya tertancap pada susuk tubuh yang sedang duduk di dalam pondok bersama Ayra. Kebetulan posisi tandas dan pondok itu tidak jauh sangat. Matanya bukannya rabun pun.

Didalam hatinya dia ingin tahu lelaki itu. Boyfriend Ayra ke? Dia ada boyfriend? Teringat kembali ketika di Kem Helang di rumah nenek Meriam dan atuk Daniel, Ayra ada kata dia ada teman lelaki.

"Tak mungkin atuk. Saya dah ada teman lelaki kat kampong. Lagi hensem, baik, tinggi dan yang paling penting boleh menerima saya seadanya. Dia tak pandang pun paras rupa dan bentuk badan. Dia tak kisah langsung bentuk badan saya 'S' ke 'M' ke 'O' pun dia sanggup terima." Suara Ayra terngiang-ngiang ditelinganya.

Terbuntang mata Yusof. Jangan-jangan itu...Mikyad Muqri! Yusof menghampiri pondok tersebut kemudian bersembunyi di sebalik pokok yang berada di tepi pondok itu. Pokok itu terlalu besar membolehkan dirinya bersembunyi di situ. Dah macam spiderman melekat dipohon itu. Ya! Itu dia lelaki yang membuat kakaknya terseksa. Dia kenal wajah itu. Yusrina Amnani pernah melihatkannya gambar lelaki yang menjadi pujaan hatinya. Tak mungkin dia dapat melupakan wajah bekas kekasih kakaknya itu. Menyirap darahnya bila ternampak Mikyad Muqri memegang lengan Ayra. Nak sangat aku patah-patahkan jari mamat ni! Dasar lelaki buaya.

Sakit hati yang masih berbekas dihatinya semakin menggunung. Menunggu saat-saat untuk meletup saja lagi. Peristiwa 5 tahun yang lepas singgah....

BERGEGAS Yusof Amsyar keluar dari dewan kuliah. Dia risau Yusrina Amnani lama menunggunya di Secret Recipe. Hari itu mereka ada temujanji untuk makan tengahari bersama. Lama mereka tak bertemu walaupun mereka adik-beradik. Oleh kerana Yusof Amsyar masuk U, dia kena duduk kat asrama. Yusrina Amnani pula sibuk kerja outstation. Kakaknya itu bekerja di Syarikat Yaz Min Architecture Firm, syarkit milik ayah mereka.

Sampai saja di Secret Recipe, Yusof mencari kakaknya.

Mana pula kak Rina ni? Soalnya didalam hati. Keadaan di kedai makan itu sangat sibuk kerana dipenuhi pelanggan maklumlah orang tengah lapar mahu mengisi perut yang bersalsa.

"Am! Sini." Terdengar suara Yusrina Amnani memanggil Yusof. Yusof menoleh ke arah perempuan yang melambai-lambainya. Terus saja dia melangkah menuju ke meja kakaknya itu.

"Sorry kak Rina tadi lecturer Am terlajak masa nak habiskan tajuk kuliah hari ni. Tu pasal Am lambat." Yusof berterus-terang.

"No it's okay. Kakak pun baru je sampai. Nasib baik kakak sempat buat reservation kalau tak mesti kita duduk kat luar tu. Bertemankan matahari. Panas tu."

"Bijak kakak Am ni! So macam mana dengan buah hati kak Rina? Siapa nama dia? Mikyad Muqri ya?" Soal Yusof. Hari-hari kakaknya itu berceloteh pasal teman istimewanya sampai rasa berbulu telinganya. Mik hensem, Mik baik, Mik sweet...semua dia puji. Parah orang yang sedang dilamun cinta cintun ni!

Pipi Yusrina bertukar warna. Kulitnya yang putih itu menjadi merah apabila nama buah hati disebut. Hatinya berbunga-bunga sakura jadinya. "Dia tetap didalam hati kakak." Balas Yusrina bahagia. Badannya mula berlenggok bagai sotong kembang.

Meluat pula aku tengok kakak aku yang dah kemaruk dengan cinta. Alahai! "Gelinya! Sudah-sudah nak menyotong kak Rina. Jom kita order dulu makanan lepas tu boleh sambung sembang pasal your lovely Mikyad Muqri tu."

Yusrina mengangguk malu. Yusof menggelengkan kepalanya.

Selesai membuat pesanan, Yusrina rancak bercerita tentang Mikyad Muqri. Dari Season 1 sampai ke Season yang latest punya. Mata Yusrina bersinar-sinar ketika menceritakan kisah percintaannya yang bagai kisah dongeng, kononnya happily ever after. Terkejut juga Yusof bila mengetahui Mikyad Muqri sudah berjumpa orang tuanya. Katanya ingin melangsungkan majlis pertunangan tahun itu juga. Syukur Alhamdulillah, benda yang baik jangan ditangguh kata orang kan? Lama-lama bercinta nanti lain pula yang jadi. Bila dah lama-lama bercinta, bila dah kahwin ada pula yang akan kata dah bosanlah, dah tak sukalah, tak ada physics chemistry biology. Lepas tu terlafaz Cik T. Tak nak sebut lah nama penuh Cik T tu, seram tau!

Rancak sekali perbualan adik-beradik itu sehingga tidak menyedari ada mata yang memandang ke arah mereka. Mengintip semua gerak-geri Yusof dan Yusrina. "Sampai hati dia buat aku macam ni!" Mikyad Muqri menumbuk kuat meja.

"Apa kata kita serang mereka abang Mik." Seorang perempuan bersuara.

Tanpa berfikir panjang Mikyad bangkit dari tempat duduknya lalu beredar menghampiri meja Yusrina dan Yusof. Perempuan yang berada di sebelah Mikyad mengekorinya dari belakang.

"So this is your future wife abang Mik? Ewww...tak ada kelas langsung. Tak padan dengan perangai yang suka main kayu 3. Semalam makan malam dengan lelaki tua. Now dating lagi dengan lelaki yang muda." Sarkastik bunyi suara perempuan itu berkata. Dia tersenyum senget dan jahat bagai ahli sihir.

"I tak sangka you akan buat macam ni pada I. You dah tipu I Rina!" Jerit Mikyad. Turun naik dadanya menahan marah. Ramai pelanggan menonton adegan drama pendek mereka. Ah! Peduli apa aku! Biar mereka tahu perempuan ini sudah menyakiti hati aku! Mujur adik sepupunya itu memberitahunya lebih awal tentang kecurangan Yusrina. Semalam dia menerima gambar Yusrina berdua-duaan dengan lelaki tua yang dah tak lama lagi mengginap dilubang kubur. Gambar itu dihantar oleh adik sepupunya itu juga

Yusrina Amnani terpinga-pinga. Dia bingung dengan apa yang terjadi. "Mik..you cakap apa ni? Dia ni adik I lah." Yusrina masih bertenang. Dia tahu Mikyad sedang salah faham dengannya.

"Alasan! Berapa banyak duit yang you bayar budak mentah ni untuk menipu I?!"

"No...I.."

"Abang, abang salah faham ni. Saya dan kak Rina memang betul adik-beradik. Tak kan adik-beradik tak boleh makan sama-sama?" Yusof Amsyar mencuba untuk menenangkan Mikyad Muqri. Dia tidak mahu berkeras juga. Ikutkan hatinya, dah lama wajah tampan 'bakal' abang iparnya itu ditoreh dengan pisau. Benda begini pun tak boleh nak bawa bincang ke?

"Budak mentah kau diam. Jangan nak masuk campur urusan orang dewasa. Dia ada bagi kau 'sesuatu' ke sampai kau sanggup menipu abang Mik, bersekongkol mahu memperdayakan abang Mik?" Si perempuan gedik berambut perang itu menyampuk lagi.

Hai, aku rasa si minah yang tak berapa nak lawa sangat ni tak pernah dijolok dengan garfu agaknya. Tajam pandangan mata Yusof merenung wajah perempuan tinggi lampai di depannya itu. "Cik..saya.."

Bukkk! Satu tumbukan maut singgah ke pipi Yusof Amsyar. Buku lima Mikyad Muqri sudah melayang. Terjelopok badan Yusof ke lantai. Suasana kedai makan Secret Recipe jadi kecoh. Seronok agaknya melihat filem aksi 'Tamil' di situ.

"Am!!" Yusrina menjerit. Pantas dia mengusap pipi adiknya itu.

Yusof mengerang kesakitan. berbintang-bintang pandangannya akibat dari tumbukan maut Mikyad.

"Mik! You kejam! Dia ni adik I! I tak tipu you! Ini mesti sebab perempuan tu kan?!" Airmata Yusrina kini jatuh juga. Sakit hatinya bila kekasih hati tidak mempercayainya. Malah Mikyad lebih mempercayai orang luar.

"Ya! Kalau You nak tahu.. perempuan ni akan jadi isteri I tak lama lagi. Kita putus! You benar-benar kecewakan I Rina!" Mikyad Muqri berlalu pergi bersama perempuan tadi. Sempat juga perempuan itu melemparkan senyuman jahat. Terpancar wajah kemenangan dan kepuasan ketika itu.

Tinggal Yusof dan Yusrina di situ. Yusrina menangis pilu. Sekejap sahaja kisah percintannya menjadi kisah paling tragis didalam kehidupannya. Gara-gara fitnah hidupnya merana. Yusof cuba memujuk kakaknya tapi tidak berhasil. Semenjak itulah Yusrina kini mengalami depression yang sangat teruk. Aku akan ingat sampai bila-bila wajah perempuan gedik itu dan Mikyad Muqri!

TANPA Yusof sedar, airmatanya mengalir. Aku masih ingat wajah perempuan itu! Dia yang bernama Ayra Syafinaz. Aku akan buat hidup kau merana Ayra!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now