BAB 27

400 11 0
                                    

GURUH dan kilat datang bersambung-sambung. Awan gelap pekat menandakan hujan akan turun. Ayra dan Yusof Amsyar tetap meneruskan perjalanan mereka. Selagi belum hujan, selagi itu kaki Yusof Amsyar masih melangkah. Ayra? Dia kan kena dukung.

"Yusof. Awak okay?" Tanya Ayra. Risau pula dia bila Yusof hanya berdiam diri. Walaupun dia tidak menunjukkan yang dia penat. Ayra rasa bersalah pula kerana menyusahkan lelaki itu. Dah lah kena bawa beg. Kemudian dukung dia pula. Kalau dia ringan macam kapas okay lah juga. Ini...berat.

"Okay." Jawabnya ringkas.

"Saya nak minta maaf sebab susahkan awak. Saya betul-betul rasa bersalah sekarang. Kalau awak penat. Awak boleh turunkan saya sekarang. Saya rasa kaki saya dah boleh jalan dah. Dah tak sakit pun."

"Aku tak penat pun."

"Awak jangan tipu boleh tak? Saya tahu awak letih. Tambahan lagi bawa beg-beg tu. Awak tak perlu risau kaki saya dah okay. Turunkan lah saya sekarang." Rayu Ayra. Bukan sahaja rasa bersalah. Rasa malu pun ada juga. Cuba bayangkan kedudukannya sekarang bersama Yusof. Teramat dekat. Belum lagi bila dia tercium bau wangian Yusof Amsyar yang boleh menggoncang jantungnya. Kehangatan tubuh lelaki itu sudah meragut ketenteraman hatinya. Sebelum muncul perasaan ane dan fikiran-fikiran tak masuk akal, ada baiknya dia mengelaknya.

"Jangan degil Cik Ayra Syafinaz. Aku tak akan turunkan kau. Anggap ini sebagai tanda...mmm..tanda..tanda maaf aku. Sebab....seb..sebab aku tercium dahi kau." Tiba-tiba Yusof Amsyar jadi budak gagap. Hah! Sudah. Pipi sudah terasa tebal. Panas. Jantung pun bagai gendang cina dipalu. Kalau boleh didengar oleh naga mungkin sekarang naga itu turut menari. Malu giler!

Mulut Ayra seperti dikunci menggunakan kunci mangga berkod rahsia. Tangannya automatik menyentuh dahinya. Ciuman tanpa sengaja itu masih terasa didahinya. Erk! Ini baru ciuman tanpa sengaja kalau yang sengaja? Hangus dahi dibuatnya.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?"Tanya Yusof Amsyar, bila Ayra tidak memberi apa-apa respon kata-katanya tadi. Harum minah ni. Baunya lembut dan manis. Padahal hampir 4 hari tak mandi tapi wanginya sangat menyegarkan. Sempat lagi kau puji dia ya Yusof.

"Oh..pasal tu. Saya dah maafkan dah. Saya tahu awak bukan sengaja pun." Ujar Ayra. Dahinya masih lagi disentuh. Tiba-tiba muncul idea untuk mengenakan Yusof Amsyar. Ada saja akalnya mengacau lelaki itu. Ayra tersenyum jahat.

"Tapi..oleh sebab awak dah cium dahi saya. Awak kena kahwin dengan saya." Sambungnya lagi dengan nada serius. Cuba mengawal tawanya. Walaupun di dalam hatinya sudah bergelak tawa sakan.

"Hah?!" Buntang mata Yusof Amsyar mendengarnya. Hampir saja terlepas badan Ayra dari pegangannya. Ayra memegang kuat bahu Yusof. Nasib baik sempat pegang. Kalau tak? Patah punggung aku terjatuh ke lantai.

"Saya cakap awak kena kahwini saya." Ayra berbisik ke telinga Yusof Amsyar. Suaranya berubah menjadi suara perempuan miang yang menggoda. Meremang bulu roma Ayra mendengar suaranya begitu. Dia sendiri dah meremang. Mamat depan ni apa cerita?

Jangan kan jantung, habis segala organ yang ada pada Yusof Amsyar bergetar. Bulu-bulu hidung sekali meremang. Tak ada dalam kamus hidupnya untuk mengahwini Ayra. Nama Ayra pun langsung tak tersenarai dalam calon-calon anugerah isteri tercipta untuknya. Merepek!

Akhirnya Yusof menurunkan Ayra. "Aku tak nak kahwini kau!" Wajah Yusof berubah pucat. Ayra mengawal reaksi wajahnya.

"Kenapa?" Ayra merengek. Wajahnya buat-buat sedih. In character tau. Ogy Ahmad Daud kalau tengok lakonannya mesti bangga. Siap bagi standing ovation. Kembang kempis lubang hidung.

"Kau bukan perempuan yang termasuk dalam kriteria calon isteri aku. Kau memang tak layak. Tengok lah badan kau. Bulat mengembang macam pau. Kulit tak putih. Ketot, kurang tinggi bagai tak cukup minum susu. Semua tentang kau, aku tak suka." Yusof Amsyar merengus kasar. Bukan main lagi dia berterus-terang mengejek Ayra.

Ayra ketawa terbahak-bahak. Ketawa yang dibuat-buat. Dia tahu dia tengah berguarau. Tapi apa yang Yusof Amsyar sampaikan itu bukan lah satu gurauan. Dia cukup mengerti lelaki itu benar-benar membencinya. Jujur, dia rasa terpukul dengan ucapan polos lelaki yang berada di hadapannya itu. Robek lagi hatinya. Kau tak payah sedih Ayra. Kau pun bukannya suka dia kan? Lepas keluar dari sini. Kau akan teruskan kehidupan kau. Dia dengan kehidupan dia. Sabar wahai hati.

"Kenapa kau ketawa? Apa yang lucu sangat sampai kau gelak mengalahkan langsuir?" Yusof Amsyar berkerut. Gila ke apa dia ni?

"Jangan risau Encik Yusof Amsyar. Saya tak akan pernah membiarkan awak jadi suami saya. Saya gurau je. Yang awak emosi sangat kenapa? Chill. Menurut pengetahuan awak, saya sendiri sudah mempunyai calon suami. Nama dia sudah lama bertahta di dalam hati saya." Ayra memegang dadanya seolah-olah dia benar-benar jatuh cinta dengan 'calon suami' yang ada di dalam hatinya itu. Senyuman yang manis dilemparkan. Bagai orang angau. Sedangkan kenyataannya dia ingin memujuk hati yang telah dilukai oleh Yusof Amsyar. Hatinya jadi sensitif lagi.

"Boleh tak kalau nak bergurau tu jangan keterlaluan?" Yusof Amsyar menahan geram. Calon suami? Siapa lelaki yang sangat malang diseluruh dunia itu? Mungkinkah lelaki...mindanya terbayangkan seorang lelaki yang dikenalinya. Hatinya dijentik rasa cemburu. Cemburu? Biar betul. Aku tak cemburu.

"Tak boleh. Anggap ini gurauan terakhir saya pada awak. Dengan ini saya umumkan untuk memaafkan kesilapan awak yang tadi. Kosong-kosong. Lepas kita keluar dari hutan ni, kita akan jalankan kehidupan kita seperti biasa. Saya ke hulu awak ke hilir. Apa yang terjadi di sini akan tetap tinggal di sini. Tinggal kenangan. It's up to you either you want it to be your special memories or the other way around. Jom! Kita jalan. Hari dah hujan ni." Ayra berjalan ke hadapan. Beg-beg yang tadi dibawa Yusof, diambil lalu disangkutkan ke bahunya. Terhenjut-henjut Ayra berjalan. Walaupun kakinya terasa sakit tapi itu lebih baik daripada didukung Yusof.

Yusof Amsyar mengekori Ayra dari belakang. "Lepas kita keluar dari hutan ni, kita akan jalankan kehidupan kita seperti biasa. Saya ke hulu awak ke hilir." Kata-kata Ayra terngiang-ngiang dikepalanya. Satu perasaan mengetuk hatinya. Kali ini bukan perasaan aneh, tapi perasaan sedih. Ya, sedih.

HUJAN turun dengan lebat sekali. Lampu suluh yang dimiliki Ayra dan Yusof Amsyar tidak mampu menerangi jalan mereka. Hari pula semakin gelap. Mereka ingin mencari tempat untuk berteduh. Selang beberapa minit, terlihat sebuah rumah yang mempunyai dua tingkat. Bergegas mereka berlari menuju ke rumah tersebut.

Ayra sedaya upaya melangkah dengan lebih laju. Namun kakinya terasa sangat sakit jadi dia hanya membuka langkah yang kecil. Dibiar sahaja Yusof berlari laju di hadapannya.

"Ayra." Suara garau singgah ditelinganya. Ayra mengangkat wajahnya yang tunduk.

"Yusof." Ayra menghentikan langkahnya. Matanya tertumpu pada Yusof Amsyar yang sedang berlari menuju ke arahnya.

Secepat kilat tubuhnya dicempung. Ayra terpaku. Dia merenung wajah lelaki yang sudah basah kuyup itu. Dalam gelap pun muka dia tetap hensem. Keningnya lebat, badan berotot...

Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan

Berdua jalan kaki saat turun hujan

Basah baju kita basah hati kita

Mesranya berpayung daun pisang

Daun pisang tengkorak kau! Ayra wake up! Buat malu je. Kalau dia dengar hati kau menyanyi lagu Memori Daun Pisang tadi sungguh...sungguh akan ku bakar kau hidup-hidup. Tengok situasi boleh tak? Situasi sekarang kau dan Yusof Amsyar bukannya bercinta pun. Basah baju, basah hati..meluat!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now