BAB 22

427 9 0
                                    

TAK jemu-jemu Haziq Syukri memujuk pujaan hati terunanya itu. Dia pun risau juga kerana kehilangan seorang sahabat karibnya tapi oleh kerana dia lelaki jadi dia boleh mengawal kerisauannya. Berlainan pula dengan Zila, kejap menangis, kejap termenung, kejap lagi mulutnya berubah menjadi mulut murai. Pot pet pot pet macam kereta api. Ada saja yang keluar dari mulut mungil pujaan hatinya itu. Perempuan lah katakan.

"Kalau tak jumpa-jumpa bagaimana? Sekarang dah malam. Maknanya hampir 3 hari mereka sesat. Bagaimana kalau ada binatang buas ke? Mereka cedera ke?" Zila merengek. Otaknya sudah memikirkan perkara-perkara aneh. Tudung yang berada di kepala sudah melurut ke depan. Lantak lah, penat aku nak betulkan. Sekarang yang penting keselamatan kawan baik aku. Ayra!

"Kita kena banyak-banyak berdoa Zila. Tak baik fikir yang bukan-bukan. Lagi pun anggota penyelamat sedang berusaha mencari mereka. Dalam masa yang terdekat ini, saya yakin mereka akan menemui Ayra dan Yusof." Haziq Syukri memujuk.

Zila memandang Haziq Syukri dengan pandangan yang sayu. Kekasih hatinya itu kelihatan sedikit tak terurus penampilannya. Terlihat kumis dan misai yang baru tumbuh nipis diwajahnya. Kesian dah beberapa hari dia tak tidur. Mana lagi nak jaga aku. Nak layan kerenah aku yang selalu menangis tiba-tiba. Tau pun kau Zila! Cuba bawa bersabar sedikit. Jangan susahkan Haziq.

"Jangan risau okay? Saya yakin Yusof akan jaga Ayra dengan baik. Dia lelaki yang boleh dipercayai dan diharapkan. Walaupun mulut dia kadang-kadang tak ada lesen, suka-suka dia je nak merempit keluar kata-kata yang mengerat hati tapi dia baik sebenarnya." Sambung Haziq. Sempat pula dia mengata kawannya itu mulut tak ada lesen. Dia tersenyum manis. Teringat pula dia akan Yusof yang memang suka menyakitkan hati Ayra dengan kata-kata pedas berbisa. Kenapa Yusof begitu? Jangan-jangan dia suka kat Ayra kot. Pelik. Sedangkan selama ini dialah lelaki yang paling manis di depan perempuan. Paling menghormati perempuan. Bila bertemu Ayra perangai sweet lemak berkrim itu terus terbang melayang.

Zila pun turut tersenyum. Terubat sedikit hatinya. Sungguh Haziq Syukri memang pandai memujuk. Senang nanti bila dah kahwin, kalau dia merajuk ada buah hati pandai nak memujuknya. Ewah! Bukan main buka topik pasal kahwin. Gatal kau Zila. Haziq belum lagi jumpa orang tua kau. Kau sudah advance berangan pasal merajuk bagai.

"Awak." Panggil Zila lembut. Haziq yang berada di sebelahnya menoleh sambil melemparkan senyuman nipis.

"Ya."

"Terima kasih." Kata Zila. Ikhlas.

"Pasal apa? Apa benda yang nak berterima kasih ni?" Soal Haziq kehairanan. Dahinya berkerut nipis.

"Terima kasih sebab sentiasa bersabar memujuk dan melayan saya. Saya bukan seorang perempuan yang tabah, atau pun kuat. Saya suka menangis. Saya suka merajuk. Tak tahu buat apa-apa benda. Saya selalu mengharapkan orang lain untuk membantu saya. Kadang tu saya suka memaksa orang mengikuti kemahuan dan kehendak saya tanpa memikirkan perasaan mereka. Saya perempuan yang keras kepala dan degil. Macam apa yang saya telah buat kat Ayra. Saya selalu susahkan dia. Sebelum ini pun saya paksa dia untuk ikut program ni, temankan saya. Sekarang cuba tengok apa dah jadi? Ayra sesat. Itu semua salah saya. Kalau saya tak paksa dia temankan saya, benda ini tak berlaku Haziq. Dia mungkin sekarang tengok cerita kegemarannya kat hostel." Air mata yang sudah bergenang dimata kini sudah jatuh mencurah-curah. Sebak hatinya mengenangkan perangainya. Rasa bersalahnya kian menebal buat Ayra. Kawan jenis apa dia ini? Suka mementingkan diri sendiri.

"Shhh. Sayang. Jangan macam ni please. You have hurt my feelings as well. Saya tak pernah rasa terbeban dengan awak. Apa yang saya lakukan kerana saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya yakin Ayra juga begitu. Dia sanggup menuruti kemahuan awak kerana dia menyayangi awak sebab awak kawan baik dia. Saya tak kisah awak seorang perempuan yang keras kepala, saya tak kisah kalau awak seorang yang tak tahu buat apa-apa. For your information, saya sudah lama mengenali awak. Tapi mungkin waktu tu awak tak perasan akan kewujudan saya. Ingat lagi tak seaktu orientasi? Bila Ayra pengsan kerana didenda kena paksa lari 10 pusingan kat padang?"

Zila mengangguk. Dahinya berkerut mengingati waktu itu.

"Awak dan saya mendukung Ayra pergi sickbay." Sambungnya.

"Itu awak ke? Awak yang tolong saya angkat Ayra?" Zila bertanya. Sumpah, dia memang tak perasan lelaki yang ketika itu dengannya adalah Haziq Syukri. Ketika itu dia lebih menumpukan perhatian kepada Ayra. Tak ada masa dia nak memerhatikan keadaan sekeliling.

"Yup. Saya masih ingat lagi peristiwa itu. Dari situ lah saya mula nak mengenali awak. Saya cuba nak mendekati awak tapi sayangnya awak dah ada kekasih waktu tu. Niat saya untuk mendekati awak terpaksa dibatalkan. Walaupun saya tak dapat mendekati awak, saya masih boleh mencari information tentang diri awak. Sorry to say. Ini mungkin kedengaran sangat menyeramkan tapi everyday saya akan intip awak. Saya intip perbuatan awak. Saya tahu jadual awak, kelas awak tingkat berapa, awak suka makan apa. Everything!" Sambungnya lagi. Panjang lebar.

Terlopong mulut Zila mendengar pengakuan Haziq Syukri. Tak sedar pula selama ini dia diintip. Memang menyeramkan. Seram hingga tahap rambut pun ikut naik berdiri tegak. Jangan-jangan size pakaian private aku pun dia tahu. Ini lagi seram.

"Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya tak pernah intip awak mandi atau curi-curi tengok bahagian private awak."

Opps! Dia macam tau je apa yang aku sedang fikirkan. Zila tersengih. Malunya!

"Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Dia tak bagi salam tau. Dia main terjah masuk je. Perasaan saya kat awak semakin mendalam setelah peristiwa awak menangis kat bawah tangga hari tu. Saya tak ambik kesempatan kat awak tau hari tu. Saya memang betul-betul ikhlas memujuk awak. Nak pinjamkan telinga ni semata-mata nak dengar kisah percintaan awak dan Zulkarnain putus. Tapi saya tahu itu lah peluang yang Allah telah berikan kepada saya untuk mendekati awak."

Zila diam lagi. diperhatikan seorang insan yang sudah mencuri hatinya itu. Anak mata lelaki itu direnung. Mencari kebenaran kata-katanya. Nyatanya dia dapat merasakan Haziq Syukri betul-betul dan jujur tentang perasaannya. Terharunya. Tak sangka ada juga wujud lelaki begini. Memang dihari dia diputuskan oleh lelaki buaya darat dan lautan itu, Haziq ada menemaninya. Memujuknya dan menasihatinya. Siap bagi free sapu tangan lagi. Siapa menyangka ketika itu dia sudah mempunyai perasaan istimewa terhadap Zila.

"Kenapa waktu itu awak seperti tidak mengenali saya? Dan waktu hari pertama kita sampai sini awak tanya nama saya dan Ayra selepas awak tolong kami pasang khemah. Awak seolah-olah menganggap saya orang asing atau seseorang yang awak belum pernah jumpa." Tanya Zila.

"Saya sengaja buat begitu. Kalau saya tiba-tiba approach awak, dekati awak mungkin awak rimas atau rasa menyampah kat saya. Malu lah saya kalau awak reject saya. Bagi saya biar perasaan awak pada saya datang secara natural tanpa dipaksa-paksa. Kiranya saya nak jual mahal sikit lah." Jawabnya tenang. Pipinya sudah terasa panas sampai ke telinga. Bagaimanakah rupa wajahnya sekarang? Mungkin seperti balloon yang nak pecah kerana lebih pam.

"Bukan ke senang kalau awak terus-terang awal-awal. Saya pun tak perlu kejar awak sampai sini. Saya pun tak payah fikir strategi bagaimana nak pikat awak. Nak jual mahal buat apa? jual murah-murah dah lah. Sekarang ni disebabkan strategi saya yang tak berapa nak bagus tu lah, Ayra jadi mangsa keadaan." Mulut Zila sudah muncung macam mulut Daisy kekasih hati Donald Duck. Merajuk pula. Sebenarnya hatinya tengah berbunga-bunga. Bunga-bunga cinta. Lagu Misha Omar tu!

"Apa yang awak buat tak sia-sia Azila Syuhada a.k.a bakal suri hati Haziq Syukri. Disebabkan strategi awak tu, perasaan sayang dan cinta saya terhadap awak semakin bertambah, dan bertambah dan bertambah. Kalau nak kira pakai calculator pun dah tak terkira lagi. Pasal Ayra tu awak jangan salahkan diri awak. Ini semua sudah Qada dan Qadar Allah. Ada hikmah disebaliknya. Mana tahu lepas ni hubungan Ayra dan Yusof semakin baik. Perancangan Allah kita tak tahu." Haziq tersenyum manis.

Bibir Zila kini menguntum senyum. Kalau kat hostel sudah tentu katil Ayra menjadi mangsa lompatan berapinya. Guling kiri, guling kanan. Bahagianya! Ayra! Aku jatuh cinta lagi dengan lelaki yang bernama Haziq Syukri! Tiap-tiap hari kalau begini memang penuh semut-semut berkawad dihatinya. Pipinya juga terasa hot.

"Jangan sweet sangat boleh tak? Mahu pecah jantung saya. dup dap dup dap. Lagi satu senyuman tu hanya untuk saya seorang je tau. Jangan senyum kat orang lain macam tu. Nanti saya saman....mudah-mudahan Ayra dan Yusof selamat."

"Ya, sayangku Azila Syuhada. Saya janji. Saya akan buat hati awak dup dap dup selalu. Hari-hari bila kita bersama akan saya hargai dan saya tak akan lepaskan peluang untuk mengenali diri awak. Cinta saya akan saya serahkan hanya untuk isteri saya. Isteri saya yang bernama Azila Syuhada."

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now