BAB 72

614 11 0
                                    

PUAN Yasmin memandang wajah-wajah yang ada di depan matanya. Sekejap dia memandang Yusof, sekejap dia memandang Ayra. Kedua-duanya hanya tunduk memandang pinggan yang penuh dengan lauk pauk. Wajah masing-masing merah jambu dah sama seperti merah jambu buah naga yang baru dibelinya tadi. Tuan Yazid juga menyedari perubahan di antara anak lelaki dan menantunya itu. Saling tersipu-sipu malu.

"Pasangan pengantin yang tak berapa nak baru ni dah kenapa tunduk-tunduk? Nak masuk ke dalam pinggan tu ke?" Puan Yasmin bersuara setelah lama berdiam diri. Tuan Yazid di sebelahnya tertawa kecil. Puan Yasmin sengaja mengenakan anak menantunya itu. Senyuman disimpan elok.

Serentak Yusof dan Ayra mengangkat kepala memandang Puan Yasmin. Semakin hangat rasa pipi mereka bila mendengar Tuan Yazid ketawa seperti sedang mengenakan mereka berdua. Segannya! Yusof dan Ayra menundukkan wajah masing-masing lagi. Teringat kejadian semalam. Semalam..semalam bermulalah malam pertama bagi pengantin yang tak berapa nak baru sangat tu! Silapnya pintu bilik lupa nak dikunci. Tiba-tiba Puan Yasmin menyerbu bilik, disangkanya mereka sudah tidur rupa-rupanya...errmm tak payah nak cakaplah. Faham-faham sendiri je!

"Lepas ni kita akan dapat cucu sayang Yasmin oi. Meriahlah nanti rumah kita dengan suara budak-budak." Tuan Yazid menyakat. Didalam hati dia rasa berdoa semoga doanya itu dimakbulkan. Taklah rumah besar itu terasa sunyi.

Uhukk! Uhukk! Tersedak Yusof mendengar kata-kata Tuan Yazid. Ayra menggosok belakang suaminya sambil menyerahkan air. Aduh! Malunya tak terkata!

"Terbatuk kamu ye Am? Itu perkara biasa. Tapi mama setuju cakap sayang Yazid tadi. Lagi ramai cucu lagi bagus. Kita boleh buat team bola." Puan Yasmin lagi ikut serta mengenakan Yusof dan Ayra. Seronok pula dia mengenakan mereka. Dia tahu dulu Yusof dan Ayra suka bergaduh, saling benci membenci. Beberapa kali dia ternampak dan terdengar mereka bertikam lidah tanpa disedari oleh anak lelakinya dan menantunya itu. Sekarang cuba tengok...masing-masing tersipu malu. Orang dah jatuh cinta katakan!

"Mama, ayah..kami naik dulu." Yusof menarik lembut tangan Ayra kemudian laju mereka belah dari ruang makan.

"Nak buat anak lagi ke Am?" Tuan Yazid belum berhenti dari menyakat. Puan Yasmin ketawa lepas mendengar pertanyaan suaminya. Yusof tidak membalas, tunduk saja wajahnya melihat lantai sambil menjinjing tangan Ayra. Panas terasa pipinya.

"Amboi sukanya sayang Yasmin kita tu..nak tak kita buat anak lagi?" sambung Tuan Yazid. Giliran isterinya pula disakat.

Pantas lengan Tuan Yazid disapit ketam berbisa milik Puan Yasmin. "Kita ni dah tua sayang Yazid oi. Lebih baik habiskan nasi tu cepat, lepas tu kita pergi ke masjid ada ceramah Ustaz Don nanti. Jangan nak mengurat kita pula." Puan Yasmin mengomel manja. Suaminya pula terkeke-keke di sebelahnya. Inilah masa yang paling menyeronokkan bagi pasangan itu. Bergurau-senda boleh mengeratkan lagi kemesraan yang ada. Gurau-gurau manja sajalah.

MIKYAD Muqri menarik nafas panjang. Gelisah dihatinya tidak dapat dikawal. Kini dia sudah berada dihadapan Villa YazMin. Kata Ayra di situlah Yusrina menetap. Setelah lama berpisah, ini kali pertama dia ingin bertemu dengan bekas kekasih yang masih dicintai dan disayangi, Yusrina Amnani. Bermacam-macam perkara yang terbayang diminda. Apa dia nak buat jika sekiranya dia disiram air? Atau dia tampar? Atau dia ditumbuk? Itu tak apa lagi. Bagaimana kalau lamarannya ditolak? Hancur lumat hatinya! Tak tidur semalaman dia bila mengenangkan penerimaan Yusrina padanya nanti.

Tiba-tiba pintu utama villa terbuka. Kelihatan seorang wanita bertudung lilit dan berjubah berwarna ungu lembut keluar. Terlopong mulut Mikyad memandang kecantikannya. Ayu! Hatinya memuji. Hati lelakinya bergetar hebat. Wanita itu hanya menunduk melangkah ke hadapan. selangkah demi selangkah dia semakin hampir kepada Mikyad.

"Rina." Sapa Mikyad. Air liur ditelan. Memang cantik. Kalau dulu Yusrina hanya membiarkan rambut lurus miliknya terurai lepas. Kini rambutnya itu sudah ditutup elok dan rapi dengan tudung lilit. Berpakaian sopan dan labuh. Yusrina lebih nampak matang dan dewasa dari sebelumnya.

Yusrina mendongak. "Mikyad?" nyata dia memang cukup terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Langkahnya terhenti. Dunianya bagai berputar-putar, gelap gelita kemudian gedebuk! Yusrina pengsan.

"Rina!" Mikyad menjerit. Lantas dia berlari laju menyambut badan Yusrina. Dia panik! Belum berbuat apa-apa lagi dia dah pengsan. Kemudian badan Yusrina dicempung lalu dibawa masuk ke dalam ruang tamu villa. Rina dibaringkan diatas sofa.

"Apa dah jadi ni?! Rina! Ya Allah kenapa ni?!" satu suara menjerit dari belakang Mikyad. Mikyad terkejut mendengar suara itu. Perempuan yang berumur dalam lingkungan 60-an itu berlari terkedek-kedek mendekati majikannya.

"Awak siapa? Macam mana boleh jadi begini? Awak nak rogol majikan saya ye?" soalan demi soalan terhambur dimulut mak Iffah. Dia sangat mencurigai Mikyad yang tiba-tiba muncul diruang tamu villa.

"Saya Mikyad Muqri. Teman lelaki Rina." Ceh! Belum apa-apa sudah mengaku diri kau teman lelaki? Sepatutnya kau tambah perkataan 'Ex' didepan 'teman lelaki' tu. Baru betul! Ah! Suka hati akulah!

Mulut mak Iffah sudah berbentuk 'o' dia tercengang. Berkelip-kelip matanya memandang Mikyad.

"Mak cik boleh tak ambilkan minyak angin? Saya nak sapukan sikit kat hidung Rina. Kalau tak sampai esok pun Rina akan terbaring begini."

Terkocoh-kocoh mak Iffah mencari minyak angin. Beberapa minit kemudian dia kembali bersama minyak angin. Diberikan minyak tadi kepada Mikyad. Sedikit saja minyak angin itu disapukan ke hidung Yusrina. Tidak lama selepas itu, Yusrina bangun. Perlahan-lahan dia menggerakkan badannya untuk duduk. Dia menoleh ke kiri.

"Mikyad?" Nama lelaki yang berada didepan matanya itu disebut lagi. ternyata dia tidak bermimpi. Lelaki itu memang benar-benar ada didepan matanya sekarang. Mak Iffah meninggalkan mereka berdua. Sudah mengetahui Yusrina tidak apa-apa dia berasa lega lalu beredar ke dapur.

"Ya...I Mikyad Muqri." Jawab lelaki itu sayu. Rindunya dia pada wanita itu. Sungguh tidak terkata. Sekiranya Yusrina itu sudah sah menjadi isterinya, akan dipeluk-peluk, dicium-ciumnya dia. sayangnya mereka belum ada ikatan yang sah lagi. jangan nak mengada-ngada memegang anak dara orang!

Yusrina menekup mulutnya. Adegan airmata tidak lama lagi akan tiba. "Bagaimana....?" Yusrina tidak lagi mampu berkata apa-apa. Dia kehilangan kata ketika itu.

"Rina...I minta maaf atas apa yang telah berlaku. Semuanya salah I, I yang tidak pernah memberi you peluang untuk menerangkan segalanya. I sakitkan hati you. I tuduh you bukan-bukan. Semuanya sudah terjawab, you hanya mangsa fitnah Ayda..Arwah Ayda reka cerita pasal you. Dia hantar gambar you dengan lelaki lain. Bodohnya I, I percaya kata-kata dia. I seksa you sehingga you sakit..you sakit sebab I kan?" Mikyad tertunduk. Wajahnya diraup. Lelaki itu menangis.

"I dah lama maafkan you. I tahu you pun mangsa juga. Awalnya memang I marah, I sakit hati, I kecewa..tipulah kalau I tak marah...I mengalami depression yang sangat teruk. Setelah I sembuh, I sedar semuanya adalah dugaan dari Allah. Dulu I jauh dari DIA, I lupakan DIA..bila Allah ambil you dari kehidupan I baru I sedar...I terlalu banyak dosa pada DIA. Apa yang berlaku ada hikmahnya Mikyad. Setelah you pergi I dapat cinta yang kekal..Cinta kepada sang Pencipta. Itu yang membuat I lebih tenang. Sekarang I dah banyak berubah. Alhamdulillah. I tak menyalahkan you, I tak menyalahkan arwah Ayda..sebaliknya I nak berterima kasih pada you dan arwah Ayda...kerana kalian berdua telah banyak menyedarkan I." Panjang lebar Yusrina meluahkan isi hatinya. Bibirnya terukir senyuman yang sangat manis. Matanya tenang merenung insan yang dicintainya itu.

Ayda...arwah kakak pada Ayra. Ayra sudah membongkar segalanya pada Yusrina sehari sebelum Mikyad menemui Yusrina. Berkali-kali adik iparnya itu meminta maaf. Dia tidak menyalahkan Ayra sama sekali, apatah lagi membencinya. Baginya adik iparnya itu tidak bersalah dan tidak ada apa-apa yang patut dimaafkan. Dia bersyukur kerana memiliki adik ipar yang baik dan penyayang seperti Ayra. Beruntung Yusof mengahwini wanita sebaik Ayra.

Mikyad kagum dengan kekuatan dan ketabahan Yusrina. Dia tersenyum nipis lalu berkata. "Sudi tak you jadi isteri I? kali ini I betul-betul akan jadikan you sebagai isteri I. I akan tebus kesalahan I yang lepas. I akan jaga you elok-elok. I tak akan sakitkan hati you lagi. I janji! I masih sayang dan cintakan you!" wajah Yusrina ditatap penuh kasih dan sayang. Mengharap lamarannya akan diterima. Tatapan Mikyad dibalas oleh Yusrina. Dia tersenyum manis. Matanya bergenang dengan airmata.

"Mikyad Muqri, I terima lamaran you." Hati masing-masing berbunga-bunga bahagia.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now