BAB 25

414 7 0
                                    

MIKYAD Muqri melepaskan tali lehernya.Tengkuknya terasa sengal diurut perlahan. Seharian dia bertapa di pejabatnya, meeting seharian memang meletihkan dan membosankan. Asyik-asyik benda yang sama juga yang hendak dibincangkan. Bawah matanya juga sudah nampak kehitaman. Dah jadi panda jadian. Inilah hasilnya jika tidur tak mencukupi. Orang bangun pagi, dia menggunakan waktu pagi untuk membuat peta bersejarah.

Hidup bujang lah katakan. Balik rumah bukannya ada orang rumah nak membebel. Lain lah kalau dia duduk kat kampong. Sudah tentu Puan Asmidah berpidato 24 jam. Mahu mengalir tahi telinga berdarah dibuatnya. Mak mana yang tak risau bila anak terunanya yang sudah menginjak usia 30 tahun masih berperangai seperti budak-budak sekolah. Dan...belum kahwin.

Tiap-tiap hari pasti akan ada panggilan dari Puan Asmidah yang diterimanya. Topik yang dibincangkan pasti pasal KAHWIN. Siap nak jadi pengurus biro pencarian jodoh lagak ibu kesayangannya itu. Setiap hari juga ada saja nama-nama perenpuan yang didengarnya. Monalisa, Ariana Ross..Hah! Macam nama drama TV pula. Biar betul mak aku ni. Ada wujud ke nama tu dalam dunia reality? Sakit kepala dibuatnya.

Mikyad Muqri mengerling ke arah jam dnding ruang tamunya. Pukul 9? Sekejap saja masa berlalu. Niatnya ingin menymbung membuat kerja yang dibawa dari pejabat terbantut. Dia menuju ke biliknya lalu mencapai tuala yang tersadai dijemuran. Dia ingin membersihkan diri dulu sebelum menunaikan solat isyak.

SELESAI solat Isyak, telefon bimbitnya berdering. Ini tak lain tak bukan peminat setia yang suka menelefonnya. Siapa lagi kalau bukan Puan Asmidah.

"Assalamualaikum warrahmatullahi wabrakatuh mama ku sayang." Mikyad Muqri bersuara setelah butang hijau diigeser ke sebelah kanan.

"Mik. Kamu dah tahu belum..." Belum sempat Puan Asmidah menghabiskan ayatnya. Mikyad Muqri memotong.

"Tak tahu mama. Kalau pasal perempuan yang mama nak kenalkan Mik tak tahu dan tak nak tahu. Okay mama?" Janggut nipis didagunya diurut-urut lembut.

"Hish budak ni. Mama bukan cakap pasal calon menantu mama. Mama nak bagitahu Mik. Ayra dah hilang dalam hutan." Balas Puan Asmidah dengan nada cemas. Anak terunanya ni memang suka menyampuk cakapnya. Kalau Mikyad Muqri berada di sebelahnya sudah tentu telinga anaknya itu dipulas-pulas. Geram!

"Hah? Ayra hilang? Bila?" Bulat biji mata Mikyad Muqri mendengar berita yang disampaikan oleh ibunya itu. Bila masa Ayra pergi hutan? Setahunya sepupunya itu tidak menyukai benda yang berkaitan dengan sukan, adventure atau pun hutan.

"Dah 2 hari kata mak cik Asdina kamu tu. Sekarang ni pun orang sibuk cari dia dan seorang lagi kawan dia. Tak ingat pula apa nama budak lelaki tu." Jawab Puan Asmidah. Gusar hatinya bila mendapat tahu Ayra hilang bersama kawannya lelaki. Takut terjadi apa-apa di sana. Ayra sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. Terasa juga kesedihan yang dialami adiknya, Puan Asdina. Ayra adalah anak saudaranya yang paling dia rapat dan sayangi.

"Ayra hilang hutan mana ma? Bagaimana boleh jadi begitu?" Soal Mikyad Muqri. Bagai polis pencen dia menyoal ibunya.

"Kem Helang. Mik jangan banyak tanya sangat. Mama bukannya tahu banyak pasal ni. Kalau Mik risau sangat pergi tanya mak cik Asdina kamu sendiri." Balas Puan Asmidah sebelum meletakkan ganggang telefon.

"Kem Helang?" Hampir saja telefon bimbitnya terlepas. Apabila nama tempat itu disebut. Tubuhnya terasa lemah. Tempat itu telah menyimpan banyak kenangan. Ya, kenangan bersama Yusrina Amnani.

5 TAHUN yang lalu.

"Mik. You nak bawa I pergi mana? Dah 2 jam perjalanan kita, masih tak sampai-sampai lagi ke?" Yusrina Amnani sudah tidak senang duduk. Badannya terasa sengal-sengal kerana kurang bergerak. Asyik duduk dalam kereta memanjang. Dia memandang Mik yang kusyuk memandu.

Mikyad Muqri tersenyum memandang wajah insan yang disayanginya itu. Soalan buah hatinya tidak dijawab. Sekali-sekala dia memandang cermin depan melihat kawan-kawannya yang lain membuat tahi mata ditempat duduk belakang.

Setengah jam kemudian mereka pun sampai ditempat yang dituju.

"Kem Helang?" Yusrina Amnani bertanya sambil membuat sedikit senaman. Mengurangkan sedikit sengal-sengal dibadannya. Matanya asyik memerhatikan sekelilingnya, kemudian memandang papan tanda yang tertulis 'KEM HELANG.'

"Kita akan berkhemah kat sini."

"Wow! Macam best je tempat ni Mik." Sarah menyampuk. Terlopong mulutnya melihat kecantikan pemandangan di situ. Sejuk dan menenangkan mindanya.

"Memang best pun. Sebab tu aku bawa kau orang semua datang sini." Ujar Mikyad Muqri sambil mengangkat barang yang ada di dalam bonet keretanya. Diikuti oleh Yusrina Amnani dan beberapa kawannya yang lain.

Beberapa hari mereka berkhemah di sana. Berbagai aktiviti yang mereka telah buat. Indah sekali kenangan itu. Betambah bahagia lagi apabila di hari terakhir mereka berada di Kem Helang. Lamaran Mikyad Muqri diterima oleh Yusrina Amnani. Kem Helang telah menjadi saksi kejadian tersebut. Saksi cinta pasangan itu.

"Yusrina Amnani. Sudi tak you menjadi permaisuri hati I? Hidup bersama I tak kira susah mahu pun senang. I nak you sentiasa berada di sisi I. Biar lah you jadi milik I selamanya sampai syurga." Mikyad Muqri berlutut. Kotak baldu merah di pegang dengan erat. Tak lepas matanya memandang mata bundar Yusrina Amnani yang berwarna hitam pekat itu.

Lama Yusrina Amnani berdiam diri. Berketar lutut lelaki itu menanti jawapan buah hatinya. Di dalam hati Allah sahaja yang tahu. Namun disembunyikan perasaan gugupnya. Mengapa lama sangat Rina diam? Mungkin dia tak sudi terima kau Mik. Shhh! Jangan fikir yang bukan-bukan. Seketika Mikyad Muqri merasa keliru dan tak yakin lamarannya akan diterima.

Yusrina Amnani tersenyum simpul. Lucu juga tengok Mik gugup. Takut ditolak lah tu. Bisik hatinya.

"I terima you untuk menjadi imam, suami sekaligus bapa kepada anak-anak kita nanti." Tangannya menyambut cincin yang diserahkan oleh Mikyad Muqri. Lalu disarungkan ke jari manisnya. Dia tersenyum manis memandang 'bakal' Encik suaminya. Ceh! Yusrina Amnani belum apa-apa lagi sudah cakap pasal anak. Kahwin pun belum tau! Suka-suka aku lah yang penting aku bahagia hari ini.

Melompat-lompat jantung Mikyad Muqri setelah lamarannya diterima. Ya be da be du! Alhamdulillah. Perasaan yang gusar tadi kini bertukar berbunga-bunga. Segala bunga sudah tumbuh dihatinya kecuali bunga tahi ayam atau bunga cactus. Mama aku nak kahwin!

AIR mata Mikyad Muqri mengalir ke pipi. Hilang sudah kenangan lalu. Sekarang tiada lagi Yusrina Amnani dihatinya. Sakit hatinya kerana peristiwa yang lalu masih lagi terasa. Tidak mudah baginya melupakan perempuan itu. Nama Yusrina Amnani bagaikan sudah menjadi darah daging di dalam hatinya. Sebab itu luka yang perempuan itu hadiahkan telah membuat hatinya hancur.

Hancur hatiku mengenang dikau

Ah, sudah! Jangan nyanyi. Pengsan Ahmad Dhani bila dengar kau menyanyi. Dia menyeka airmatanya.

"Ayra." Nama sepupunya itu meniti dibibir.

"Bagaimana lah keadaan kau sekarang? Tak suka hutan tapi nak pergi juga masuk kat dalam hutan tu mengapa? Budak ni memang nak kena tarik telinga. Suka sangat cari pasal." Mikyad Muqri mengomel sendiri. Namun jauh dari sudut hatinya sudah dibalut rasa risau dan mengharapkan sepupunya itu cepat-cepat ditemui.

Tiba-tiba terlintas difikirannya untuk pergi ke Kem Helang sendiri. Dia ingin mencari sepupu kesayangnnya itu. Duduk tanpa membuat apa-apa tidak akan mendatangkan hasil. Tangan Mikyad Muqri ligat menekan skrin telefonnya.

"Hello, Emma. Saya nak awak cancel kan semua meeting saya esok. Saya nak pergi somewhere. Tolong buatkan surat permohonan cuti saya untuk 3 hari. Maximum 1 minggu. Ada urgent matters saya nak selesaikan. Dan ini hal peribadi."

"Terima kasih Emma." Mikyad Muqri meletakkan ganggang telefon. Lalu menuju ke biliknya untuk mengemaskan barang-barangnya. Dia nekad untuk pergi ke Kem Helang.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now