BAB 20

467 8 0
                                    

LAMA juga Yusof Amsyar melelapkan mata. Ayra biarkan saja lelaki itu berehat. Sementara menunggu Yusof bangun, dia sibuk memasak bubur segera yang dibawanya dari hostel. Dalam keadaan yang darurat begini, ada gunanya juga barang-barang yang ditapaunya sumbat masuk dalam beg. Beg yang dikutuk Yusof Amsyar semasa hari pertama program. Beg sebesar alam katanya.

Ini lah yang dinamakan beg doraemon. Ada makanan, ada periuk belanga, mancis, cawan, kettle dan banyak lagi. Tolak peti ais, Tv, katil tu semua tak ada. Kalau muat memang dah lama dia sumbat masuk ke dalam beg juga.

Selang beberapa minit kemudian, Yusof Amsyar terjaga.

"Awak dah okay?" Tanya Ayra ikhlas. Risau juga dia tengok Yusof tadi. Pucat sangat mengalahkan zombie. Rupa-rupanya lelaki itu gastric.

"Okay kot. Kau buat apa tu?" Terkebil-kebil Yusof Amsyar membuka matanya. Mata penuh dengan tahi mata. Tu lah pasal susah nak tengok.

"Bubur." Jawab Ayra ringkas. Tangannya menggaul-gaul bubur yang hampir masak.

"Bubur?"

"Bubur. Awak gastric je kan? Bukannya hilang ingatan ke apa kan?" Perli Ayra. Bubur pun tak tahu ke?

Yusof Amsyar menarik muka masam. Salah ke aku tanya? Pelik kat hutan pun dia boleh buat bubur.

"Nah makan ni. Lepas tu minum air ni banyak-banyak." Ayra menyerahkan bubur itu kepada Yusof.

Belum apa-apa bubur tadi disuap ke mulut.

"Wei! Panas lah. Tiup dulu lah." Belum sempat Ayra bersuara. Bubur tadi dah berterbangan bebas diudara. Terbakar bibir Yusof.

"Gelojoh sangat. Tak pasal-pasal bibir seksi awak dah jadi bibir sosej." Galak Ayra mentertawakan Yusof Amsyar.

"Bak sini bubur tu. Biar saya suapkan." Bubur itu kini beralih tangan. Ayra meniupnya lalu menyuakan bubur itu ke mulut Yusof Amsyar.

Macam budak kecik. Ayra menggelengkan kepala.

Perasaan apa lagi yang timbul kali ini? Soal Yusof dalam hati. Semakin hari semakin senang hatinya bergetar. Nak sangat aku sekolahkan hati aku ni. Bukan sekolah lah. Tapi hantar kat hospital. Pergi buat check-up.

"Sedap tak bubur saya masak?" Suara Ayra membantutkan lamunan Yusof Amsyar.

"Biasa je." Jawabnya. Walaupun sebenarnya dia mengakui bubur yang Ayra masak memang sedap. Mengalahkan masakan mak Minah. Pembantu rumahnya.

Ayra menjegilkan matanya. Biasa je? Dia tak tahu kat kampung bubur aku nombor 1 paling top top meletop.

Yusof buat-buat tidak nampak dirinya telah dilaser oleh Ayra. Biar dia rasa sakit hati. Mengapa kau suka sangat buat dia sakit hati? Hatinya mula bertanya. Dia perempuan yang sudah memusnahkan impian kakaknya. Tapi itu cerita lama Yusof! Lama atau tidak ia tetap telah menjadi parut didalam hati. Walau ia sudah tidak lagi berdarah.

DARI tadi Lagi Yusof Amsyar hanya mendiamkan diri. Ayra tanya, dia tak balas. Dibiarnya saja perempuan itu membebel seorang diri. Memandang pun tak. Pelik. Aku ada buat silap ke? Lantak kau lah. Ini mesti kes hantu sudah masuk dalam badan. Semalam dia okay hari ni tak pula.

Kini hampir 2 jam mereka berjalan untuk mencari jalan keluar. Tak ada tanda-tanda mereka menemui jalan keluar. Penat jangan disebut. Tapak kaki sudah tidak terasa berpijak dibumi. Air peluh mengalir deras macam buka paip, kalau disimpan dalam botol sudah dapat 100 botol. Kalau boleh dijual sudah tentu untung.

"Yusof, kita rehat dulu boleh?" Soal Ayra lemah. Kaki dia sudah terasa amat sakit seperti tumbuh kematu. Nafasnya juga sudah tidak berirama.

Yusof yang berada di depan, memandang Ayra. Mukanya masam merenung Ayra yang sudah duduk di atas rumput.

"Kalau asyik rehat bila nak sampai?" Nada suara Yusof Amsyar tinggi.

Ayra memandang sekilas muka Yusof yang sudah merah menahan marah. Dia berjauh hati sedikit kerana lelaki itu meninggikan suara kepadanya. Wahai hati kenapa pula kau bersedih.? Bukannya kau tak biasa dibuat begitu. Hari ini sensitif pula.

"Tak boleh cakap lemah-lembut sikit?" Ayra cuba berlagak tenang. Dalam hati Tuhan saja yang tahu.

"Tak ada masa aku nak berlembut. Kau asyik rehat, rehat, rehat. Tadi boleh je aku diam. Aku turut kehendak kau. Sekarang ni aku dah tak tahan lagi dah. Tu lah makan banyak sangat. Berjalan pun lembab macam siput." Mulut Yusof Amsyar mula mengejek. Bila mulut tak ada insurans begitu lah. Cakap main sembur tak pakai penapis. Tak ingat nak jaga hati orang lain.

"Lembab? Siput? Awak kalau nak cakap pandang kiri dan kanan. Awak tak nampak apa yang saya bawa dari tadi ke hulu ke hilir ni? Nampak? Atau awak rabun. Barang-barang ni semua saya yang pikul tau! Awak yang suruh kan? Nak denda bagai. Denda tak masuk akal. Sekarang bila dah jadi benda begini, awak salahkan saya pula? Kalau awak bagus sangat, nak cepat sangat awak angkut barang-barang ni sorang-sorang!" Gunung berapi dah meletus. Lantang suara Ayra meluahkan amarahnya. Biar bergegar hutan dan seisinya. Dia sudah tidak peduli. Ditinggalkannya barang-barang tadi bersama Yusof Amsyar. Ayra melangkah ke hadapan. Sesat pun sesat lah janji dia tak bersemuka dengan lelaki yang bernama Yusof Amsyar.

Terpinga-pinga Yusof dibuatnya. Itulah kau tak habis-habis menyakiti hati Ayra. Kan ditinggalkan baru padan muka! Terkocoh-kocoh Yusof mengutip beg-beg yang berselerak di atas rumput.

"Beratnya!" Berkerut dahinya mengangkat semua beg-beg itu. Dalam pada masa yang sama matanya mencari kelibat Ayra.

"Mana pula dia dah pergi?" Dia mula cuak. Kelibat Ayra sudah hilang dari pandangan.

"Argghhhh!!!" Kalau lah tadi dia cuba bersabar benda ni tak akan jadi. Wajahnya diraup kasar. Memang patut disekolahkan juga mulut kau Yusof!

Tercungap-cungap Yusof Amsyar berlari mengejar Ayra. Namun bayangan Ayra masih tidak terlihat. Tangannya kiri dan kanan penuh dengan beg-beg. Ini rupanya apa yang Ayra rasakan. Letih yang teramat sangat. Mahu putus urat-urat aku. Mana si Ayra ni pergi? Please come back Ayra! Kalau ada apa-apa terjadi kat kau, aku tak akan maafkan diri aku sendiri.

Baru sekarang kau menyesal Yusof. Hatinya menyindir tuan badannya sendiri. Tadi bukan main lagi kau mengutuk dia. Tak nak bagi dia rehat. Kejam sangat kau Yusof. Budak tu dah angkut barang yang berat-berat kau ejek dia siput. Banyak makan apa semua. Apa jenis manusia kau ni?

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now