BAB 69

539 10 0
                                    

Enam hari yang lalu....

YUSOF Amsyar keluar dari tandas setelah mencuri keperawanan bibir Ayra. Dia duduk dibirai katil sambil bersiul-siul bahagia. Tidak disangkanya secepat itu dia terjerumus dengan perasaan dan nafsu yang menguasai diri. Ia susah untuk dikawal Yusof, lebih-lebih lagi bila Ayra berkeadaan tanpa sehelai benang. Hati lelakinya bergoncang hebat. Dia menyentuh bibirnya berkali-kali, kehangatan dan kelembutan bibir si isteri masih dapat dirasakannya. Sah! Dia dah diserbu penyakit angau!

Seronok berangan-angan, seketika matanya tertancap pada beg pakaian berwarna ungu milik Ayra. Terasa gatal hatinya ingin membuka beg itu. Dia masih ingat lagi beg itulah yang dibawa Ayra ketika mereka sesat di dalam hutan dulu. Beg yang pernah disebutnya 'beg sebesar alam' yang didalamnya terdapat bermacam-macam barang, mengalahkan poket Doraemon. Lalu dia tersengih sendirian.

"Bawa baju macam orang nak terus tinggal kat hotel. Banyak sangat. Patut berat semacam je aku angkat." Yusof mengomel. Satu per satu dibeleknya. Sehingga dia terlihat buku berwarna merah jambu.

"Diari? Dah besar panjang pun masih tulis diari?....Ayda Syafiyya? Siapa tu?" Tanpa membuang masa diari dibuka dan dibaca didalam hati.

Yusof menggeletar. Berkali-kali rambutnya diurut ke belakang. Apa yang dibacanya sungguh membuat dirinya tidak keruan. Geram, benci dan rasa kesal bergabung. Diari tadi digenggam kuat. Dia jadi gelisah dan resah. Sekejap duduk. Sekejap berdiri. Selama ini dia menyangka Ayra penyebab utama kepada kekecewaan kakaknya. Rupa-rupanya ada insan yang lain yang merosakkan kebahagiaan kakaknya!

"Kakak kembar Ayra...Dia...dia orangnya! Dia yang aku jumpa kat restoran 7 tahun lepas? Ya Allah! Aku sudah menganiaya orang yang tidak bersalah...aku membenci perempuan yang salah selama ini. Kenapa aku tidak perasan perbezaan mereka selama ini?" Jantung Yusof bagai dicabut dari dadanya. Sakit! Ya..dia rasa sakit. Pandangan matanya kabur. Airmata ditubir mata cuba ditahan. Sia-sia saja dirinya merancang untuk membalas dendam. Ayra sudah sah menjadi isterinya. Kebencian yang terbuku dihati lesap secara tiba-tiba. Hanya yang ada kini satu perasaan halus yang menguasai dirinya. Perasaan yang selalu mengganggu hari-harinya. Dia yakin perasaan itu telah lama wujud tapi dia selalu cuba menangkisnya kerana benci yang tidak bermakna itu bersarang didalam diri.

Beberapa minit menyesali perbuatannya sendiri, Yusof keluar dari bilik hotel meninggalkan Ayra yang masih di dalam tandas. Tidak sanggup dia berdepan dengan isterinya malam itu. Apatah lagi dia belum bersedia untuk berterus-terang akan niatnya mengahwini Ayra. Menceritakan tentang rancangan jahatnya pada Ayra. Itu pasti akan menyakitkan hati isterinya. Sejujurnya dia tidak mampu melihat wajah kecewa Ayra bila dia sudah mengetahui segalanya. Dia tidak mampu melepaskan Ayra. Dia tidak mampu dibenci oleh Ayra, walaupun dia tahu Ayra memang sudah membencinya dari mula lagi. Tapi..cukuplah dia dibenci kerana perbuatannya yang lalu dan BUKAN ia dibenci kerana dendamnya!

MASA berbulan madu diantara Ayra dan Yusof sudah pun habis. Tiba masanya masing-masing melakukan tugas seperti biasa. Yusof sibuk dengan kerjanya di Syarikat Yaz Min Architecture Firm. Ayra pula akan memulakan tugasnya sebagai Penolong pengurus Syarikat ZeelaSyu Production. Ayra bekerja dengan sahabat dunia akhiratnya Azila Syuhada. Beratus-ratus kali juga Zila memujuknya supaya bekerja dengannya, namun baru beberapa hari yang lepas dia setuju. Dia kini bukan lagi jadi pemandu peribadi Yusran disebabkan status yang disandangnya kini sebagai isteri kepada Yusof Amsyar dan Yusriyah sudah membuat keputusan untuk berhenti bekerja. Yusriyah ingin menumpukan perhatiannya pada Yusran dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Lebih-lebih lagi sekarang dia tengah berbadan dua. Jadi dia kenalah menjaga kandungannya yang baru memasuki 1 bulan itu. Tak larat lagi dia nak ke hulu ke hilir membuat kerja berat.

Kekok. Itu yang dirasakan oleh Ayra bila berdua-duaan dengan Yusof. Apatah lagi suaminya itu kini sudah berubah menjadi suami terlajak sweet dan romantik. Ayra tidak biasa dengan Yusof Amsyar yang sweet mengalahkan madu lebah. Setiap masa Yusof akan mengirimkan ayat-ayat cinta padanya melalui Whatsapp dan SMS. Tipulah jika dia tidak terkesan dengan ayat-ayat Yusof yang manis itu. Gara-gara Yusoflah hatinya terasa lemak berkrim dan cukup manis, boleh jadi gemuk hatinya membaca ayat-ayat cinta Yusof. Semakin mekar rasa cinta dan sayangnya pada si suami tapi...Ayra belum mampu untuk membalas itu semua selagi dia belum menebus kesalahan Ayda Syafiyya pada Yusrina Amnani!

Baru dia tahu suaminya itu juga ringan tulang menolongnya memasak. 100% perubahan Yusof dari yang sebelumnya.

"Sayang Ayra tengah masak apa?" Tiba-tiba suara garau menerjah telinga Ayra namun kedengaran manja. Tangan Yusof melingkari bahu Ayra. Ayra terus membeku. Meremang bulu-bulu badan dibuatnya. Alahai, jangan buat begitu boleh? Mahu pengsan aku kat dapur ni nanti.

"Saya..saya nak masak sambal udang." Jawab Ayra perlahan. Kus semangat. Tolong jangan seksa jantung aku! Lemah tulang temulang hakak!

"Mari aku tolong. Tangan kau kan baru sembuh jangan banyak gerak sangat." Laju saja Yusof mengambil pisau yang berada ditangan Ayra. Bawang-bawang dihiris laju. Macam Chef Wan. Sap sap sap bawang sudah siap dihiris.

Ayra terkebil-kebil memandang Yusof. Prihatinnya dia! Dia pandai masak rupanya. Ingat tahu pandai makan je. Oleh kerana kerja masak memasak Yusof yang tapau habis, Ayra hanya menjadi peneman Yusof berdiri disampingnya. Mata Ayra tak lari dari memerhatikan Yusof. Sempurna. Puji Ayra didalam hati. Memang Yusof seorang lelaki yang sempurna. Serba-serbi elok, muka hensem, badan pun macam model, tangan sasa, pandai masak, romantik......Memuji sakan nampak? Dulu bukan main benci sekarang semua nampak elok.

Tiba-tiba..

"Ouch!!" Ayra menggosok matanya yang terasa pedih. Elok-elok memuji tiba-tiba air dari bawang yang ditumbuk Yusof terpercik kat mata Ayra.

"Ayra...Sorry! Aku tak sengaja. Jangan gosok mata tu." Yusof rasa bersalah. Cepat-cepat dia membawa Ayra ke singki dapur. Tuala tersidai ditepi singki dicuci dan dibasahkan lalu dilapkan ke mata Ayra yang pedih.

"Ayra aku minta maaf, aku tak sengaja tadi." Riak wajah Yusof risau. Dia benar-benar rasa bersalah. Tangannya masih melap mata Ayra perlahan-lahan.

"Tak apa. sikit je pun. Saya tahu awak tak sengaja." Ayra mencuba membuka matanya perlahan-lahan. Dah semakin okay, pedih pun semakin kurang. Yusof memegang pipi Ayra. Dibelek-belek wajah Ayra ke kiri ke kanan. Ayra tergamam. Jarak mereka terlalu dekat membuatkan Ayra rasa sesak nafas seketika.

"Nasib baik mata kau tak merah." Gumam Yusof. Terus sahaja bibirnya mengucup dua belah kelopak mata Ayra. "Dah baik dah?" Soalnya pada Ayra yang dalam kebingungan. Terkesima kerana tindakan Yusof tadi. Pipi terasa hangat.

"Dah." Ringkas jawab Ayra. Matanya dilarikan ke arah lain. Tak sanggup bertentangan mata dengan Yusof. Mata Yuosf terlalu menggoda hati wanitanya. Malu jika suaminya itu tahu dia sedang berperang dengan si jantung yang berdegup laju macam merempit.

"Mujarab juga ubat yang aku bagi kau ni." Yusof tersengih. Matanya merenung ke anak mata Ayra lagi. Kalau pipi dah merah tu kau sebenarnya malukan? Katanya didalam hati. Sedangkan dia juga seperti Ayra. Si jantung berdentum-dentum bagai bunyi dentuman bunga api perayaan tahun baru. Hati berbunga-bunga dekat dengan si isteri.

"Ubat?" Ayra berkerut. Dia ada bagi aku ubat ke tadi? Tak perasan pun.

"My kiss tadi." Yusof tersenyum simpul. Ya Allah aku sedang berbahagia sekarang! Seronok juga bercinta lepas kahwin. Boleh bermesra-mesra tanpa memikirkan dosa. Nak cium-cium pun dah halal. Nak peluk-peluk pun dah halal. Aik Yusof kau bukan main asyik bergumbira! Belum cukup gembira lagi, Ayra belum balas pun cinta kau. Bukannya dia tidak perasan isterinya itu selalu mengelak jika dia ingin bermesra. Whatsapp dan SMS yang dihantarnya juga tidak dibalas. Mungkin Ayra belum terbiasa dengan itu semua, jadi Yusof memberi isterinya itu peluang untuk menerimanya.

Mata Ayra membulat. "Gatal!" Ditolak lembut dada Yusof kemudian meneruskan kerjanya memasak sambal Udang yang terbantut tadi.

"Aku gatal dengan kau je sebab...." Yusof memandang lembut wajah Ayra. Senyuman manis terhias diwajah tampannya. Dia berlagak tenang. Perlahan-lahan dia mendekati Ayra lagi.

"Sebab?" adui jangan dekat-dekat boleh tak? Pengsan aku kalau begini terus.

"Sebab aku sayang Ayra Syafinaz banyak-banyak." Laju bibir Yusof melafazkannya, lalu pipi Ayra jadi mangsa ciuman bibirnya.

Gugur lagi jantung Ayra! Aku jatuh cinta lagi mak!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now