BAB 71

629 11 0
                                    


"KENAPA pandang saya macam tu? Tanya Ayra. Dahinya berlapis melihat Yusof Amsyar yang sedang meratah wajahnya macam bagai nak makan selepas dia baru pulang dari bertemu Mikyad.

"Kau pergi mana tadi?" Soalan Ayra dibiar tanpa jawapan. Suaranya serius melontar pertanyaan pada Ayra. Yusof duduk dikerusi sofa sambil bersilang dada.

"Pergi makan." Jawab Ayra ringkas. Tudungnya dibuka kemudian menyimpan beg tangannya diatas meja solek. Renungan tajam Yusof tidak dipedulikan.

"Kau makan dengan siapa?" Yusof bertanya lagi.

Ayra menoleh ke arah suaminya. Hatinya rasa tidak sedap tapi dia cuba menenangkan hatinya dari berfikir benda yang bukan-bukan. "Sama abang Mik." Ayra jujur tidak mahu berselindung. Buat apa nak takut? Dia bukannya buat maksiat pun.

"Abang Mik? Sedap je kau panggil dia 'abang' ye?" Sinis kedengaran suara Yusof digegendang telinga Ayra. Yusof tersenyum devil. Dia berdiri lalu mendekati Ayra..setapak..demi setapak.

"Apa salahnya? Dari dulu lagi saya panggil dia abang. Dia tu kan abang sepupu saya." Balas Ayra. Ayra cuak bila Yusof mula mendekatinya. Senyuman Yusof yang amat menggerunkan itu membuatkan hatinya berdebar-debar. Seakan-akan sesuatu yang buruk mungkin terjadi hari itu.

"Aku TAK..suka. Aku tak suka isteri aku disentuh oleh manusia macam dia!" Suara Yusof naik satu oktaf. Gigi dikencing kuat. Bergerak-gerak tulang rahangnya menahan api kemarahan. Mujur ketika itu hanya Ayra dan Yusof saja yang ada dirumah. Tuan Yazid dan Puan Yasmin menginap di Villa Yaz Min bersama Yusrina, Yusriyah dan suami serta Yusran pula bercuti ke Singapura. Manakala mak Minah dan pak Ali pulang ke kampung masing-masing menjenguk ahli keluarga mereka. Kalau mereka ada sudah tentu haru biru jadinya mendengar suara Yusof yang bergema dirumah mewah itu.

Terangkat bahu Ayra dek terkejut mendengar suara Yusof. "Bila masa dia sentuh saya?" bibir Ayra terketar-ketar. Tiba-tiba dia takut melihat wajah bengis milik suaminya itu.

"Tadi! Kau ingat aku buta! Aku masih ada mata untuk melihat semuanya!"

"Dia...dia..bukan sentuh..dia Cuma pujuk saya."

Tiba-tiba tangannya direntap kasar. Badannya terdorong ke depan terpeluk badan sasa Yusof Amsyar. menggeletar seluruh badan Ayra bila tangannya dicengkam kuat. Ayra ingin melepaskan genggaman Yusof tadi tapi malangnya dia tidak kuat. Tenaga Yusof cukup hebat tak mampu dilawannya. "Kau sukalah dipujuk oleh dia? kalau aku pujuk kau, kau suka?" Nada suara Yusof bertukar lembut lagi tapi sarkastik. Pipi milik isterinya disentuh lembut. Terasa hembusan nafas kasar Yusof ke kulit Ayra.

"Awak ni kenapa? Awak dah gila ke?" Ayra menepis lembut tangan sasa Yusof. Dia jadi panic dan takut diperlakukan sebegitu. Soalan Yusof menyenakkan dirinya. Tiba-tiba saja suaminya berubah menjadi serigala buas.

"Memang aku gila! Aku gilakan kau Ayra Syafinaz! Selama ini aku pujuk rayu kau, aku buat macam-macam untuk meluahkan isi hati aku tapi kau tak pernah balas! Bila si Mikyad tu raba-raba kau, kau terima pulak! Kau memang perempuan murahan ke?!"

Pangg!! Satu tamparan hebat dihadiahkan pada Yusof. "Awak jangan cuba untuk menghina saya Encik Yusof Amsyar! Saya masih ada maruah diri! Selama ini saya tak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki melainkan awak! Awak suami saya! Awak lelaki yang bersalam dengan Tok kadi masa pernikahan kita! Awak lelaki yang melafazkan ijab dan qabul masa pernikahan kita! Awak tak ingat?! Atau awak sudah amnesia?!" Giliran Ayra kini bersuara lantang meluahkan api kemarahannya. Pantang baginya bila harga diri direndah-rendahkan. Airmatanya jatuh lagi. Entah kali ke berapa hari itu dia membuang airmatanya. Sampainya hati awak Yusof! Hina sangat ke aku dimatamu?

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now