BAB 21

412 9 0
                                    

"ABAH. Mak. Ayna harap abah dan mak bertenang dengan apa yang akan Ayna sampaikan." Kata Ayna yang baru sahaja menerima panggilan daripada Zila dan cuba berlagak tenang. Walaupun suaranya sedikit bergetar kerana menahan air mata yang sudah bergenang di matanya.

Ayna membetulkan posisinya di atas sofa. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum memulakan bicara. Tuan Ahmad dan Puan Asdina yang duduk bersebelahan di hadapan Ayna, mencuba untuk bertenang dan bersabar menanti Ayna bersuara.

"Kak Ayra hilang di Kem Helang." Dengan sekali nafas, Ayna meluahkan ayat tersebut.

"Ya Allah! Ayra anak mak!" Puan Asdina menangis. Tidak mampu dia mengawal emosinya.

"Bila Ayna?" Tuan Ahmad cuba berlagak tenang. Kalau dia turut sama emosi, keadaan akan menjadi kecoh. Tambahan pula isterinya yang di sebelahnya perlukan seseorang untuk menenangkannya.

"Hari ini masuk 2 hari dia hilang. Dia bukan hilang sendirian. Dia bersama seorang lagi ketua program yang Kak Ayra ikut. Sekarang pasukan penyelamat berusaha untuk mencari mereka." Jawab Ayna. Berhati-hati dia menutur ayatnya supaya orang tuanya tidak cemas dan terkejut.

Puan Asdina menangis teresak-esak. Mengenangkan nasib anak perempuan yang hilang di dalam hutan. Bagaimana keadaan anaknya itu sekarang? Berbagai andaian bermain difikirannya. Semua andaian itu membuatkan dirinya semakin risau. Apa tah lagi itu lah kali pertama anaknya pergi ke hutan. Patut lah dia tidak merasa sedap hati bila Ayra menelefonnya beberapa hari yang lepas. Ayra meminta izin kepadanya untuk mengikuti program yang mana dikehendaki tinggal di hutan selama seminggu. Kalau dari awal lagi dia tidak mengizinkan Ayra semua ini tidak akan berlaku.

"Bawa beristighfar Dina. Banyak-banyak berdoa dan bersabar. Jangan terlalu bersedih sangat. Abang yakin anak kita selamat. Anak kita seorang tu kuat semangat, pasti sekarang dia sedang berusaha mencari jalan keluar." Pujuk Tuan Ahmad. Sekali gus itu juga menunjukkan harapannya untuk melihat anaknya selamat kembali nanti. Sebagai ayah semestinya dia juga merasa sedih. Tapi dia lelaki dan ketua keluarga, dia mesti kuat dan terpaksa menahan sedihnya. Biar lah dia hanya menangis di dalam hati.

Ayna mengangguk. Dia mendukung kata-kata abahnya. Kemudian memeluk tubuh maknya erat.

YUSOF Amsyar masih meneruskan perjalanannya. Hari sudah semakin gelap. Matahari juga sudah hampir terbenam. Hatinya risau kerana sedari tadi lagi dia masih belum menemui Ayra. Dengan sisa masa yang ada sebelum hari berganjak malam, dia mesti mendapatkan Ayra.

Ayra Syafinaz, kau memang benar-benar membuatkan aku risau. Mana kau dah lari? Argh! Ini semua gara-gara mulut kau Yusof! Nak sangat aku sedekahkan mulut ni ke rumah kebajikan. Cakap sedap mulut, langsung tak fikirkan perasaan dia. Sekarang dia dah merajuk. Merajuk di tengah-tengah hutan. Lebih tepat lagi merajuk dalam keadaan sesat.

Selang beberapa minit.

"Aaaaa." Terdengar suara tangisan halus. Meremang bulu roma Yusof Amsyar mendengarnya. Tetapi bunyi tangisan itu hanya sekejap sahaja. Tiba-tiba berhenti.

"Mungkin aku salah dengar kot." Nada suara Yusof Amsyar separa berbisik. Dia berlagak tenang. Walaupun jantungnya sudah berdetak dentum bergendang kerana ketakutan.

Kemudian bunyi itu bersuara lagi. "Aaaaa"

"Kau bunyi lagi. Tolong jangan ganggu aku. Aku nak cari kawan aku lah." Kali ini Yusof Amsyar memejamkan matanya. Tak sanggup dia untuk membuka mata. Kalau tiba-tiba si pemilik suara itu muncul mengejut di depannya confirm pengsan.

"Yusof..." Suara tangisan yang halus itu memanggil namanya pula.

Yusof Amsyar membuka matanya. Ah, sudah! Dia panggil aku pula. Masak aku. Peluh di dahinya semakin rancak keluar. Si jantung pula tak usah ditanya, dari tadi lagi dia sudah 'bersenam' aerobik.

"Yusof.." Dia panggil lagi.

"Yusof.." Dan lagi.

"Yusof.." Dan lagi.

Panggilan yang terakhir bukan lagi berbunyi tangisan halus. Tapi suara perempuan yang sedang menjerit memanggilnya. Yusof Amsyar mengamati bunyi suara itu. Dia melangkah perlahan-lahan ke hadapan. mengekori bunyi suara yang sedang memanggilnya tadi.

"Kau tak usah takut. Kau relax Yusof. Kalau dia Cik 'han' kau lari laju-laju. Tapi kalau dia Cik 'Man' syukur Alhamdulillah." Cik Man a.k.a cik Manusialah apa lagi kan?

Setelah beberapa tapak melangkah. Lelaki itu terlihat seorang perempuan yang sedang duduk membelakanginya sambil memeluk lutut di bawah pokok. Dia berbaju warna putih dan bertudung.

"Sah, ini bukan Cik 'Han.' Cik 'Han' tak pakai tudung."

Yusof menghampiri perempuan itu. Hilang sudah rasa takut dihatinya sedikit. Berhati-hati dia melangkah supaya dia tidak mengejutkan perempuan itu.

Tangannya kini sudah mendarat ke bahu perempuan itu.

"AAAAAAAA" Perempuan itu menjerit kemudian ditampar-tamparnya badan Yusof Amsyar.

"Woi! Sakit lah." Pantas tangan perempuan tadi ditangkap.

Yusof Amsyar mengangkat wajah perempuan yang sedang tunduk itu. Perempuan itu hanya menurut tapi matanya terpejam erat.

"Ayra!!!" Yusof Amsyar terkesima.

Ayra membuka matanya setelah mendengar namanya dipanggil.

"Yusof!!!"

"Ayra!!!"

"Yusof!!!"

Dah kenapa pula makhluk Tuhan dua orang ini, panggil nama memanjang? Tadi seronok panggil-panggil nama, sekarang dah main tenung-tenung pula. Beberapa saat, keduanya kaku memandang di antara satu dengan yang lain.

Ayra berdehem.

"Kau...kau okay?" Tanya Yusof Amsyar. Dia sudah merasa tidak keruan. Lantas tangannya melepaskan tangan Ayra perlahan-lahan. Muka sudah panas menahan malu. Namun disudut hatinya dia lebih risau akan keselamatan perempuan itu. Pandangannya masih tertumpu kepada Ayra.

"Hah? Saya...saya..." Tergagap-gagap Ayra menjawab soalan Yusof Amsyar. Dah kenapa pula lidah aku ni? Tak cukup vitamin?

"Sejak bila kau ada penyakit gagap?" Yusof Amsyar menaikkan keningnya. Sengaja dia ingin menyakitkan hati Ayra. Sekurang-kurangnya hilang lah perasaan yang tidak keruan yang tengah bersarang dihati.

"Bila masa saya gagap?" Soal Ayra kembali. Menutup malunya. Dia sendiri menjadi bingung apabila lidahnya sukar untuk berkata-kata. Geram hatinya bila Yusof cuba untuk menyakatnya. Bukan menyakat tetapi lebih kepada memerli dirinya.

"Tadi."

"Mana ada saya gagap. Menurut pengetahuan awak, saya tak okey. Pasal apa awak lambat sangat tadi? Kenapa baru sekarang awak muncul? Awak sengaja ke nak tinggalkan saya sorang-sorang kat sini. Puas lah hati awak biarkan saya sesat?!" Nada suara Ayra kini kian meninggi. Semasa Ayra tadi meninggalkan Yusof, disangkanya Yusof akan mengekorinya dari belakang. Oleh kerana marah plus merajuk plus frust terlentang kerana diejek, Ayra malas menoleh ke belakang. Main sedap hati saja dia melangkah tanpa mengetahui hala tujuan. Bila dia merasa dia sudah melangkah jauh langkahnya berhenti buat seketika. Dia menoleh ke belakang. Yusof Amsyar tiada di situ. Siapa yang tidak panik? Itu lah akibatnya merajuk, ikutkan hati dan perasaan. Bila dah sesat tahu pula nak menyesal.

"Kau yang tinggalkan aku sorang-sorang. Angkut barang-barang tu. Nak salahkan aku pula? Sepatutnya aku yang marah." Yusof Amsyar membalasnya dengan tenang. Walaupun di dalam hatinya pun sedang menggelegak bagai air panas yang mendidih.

Ayra menjelingnya tajam. Nak sangat aku cincang halus lelaki yang penuh ego ni! Sabar wahai hati. Lelaki ini memang selalu menguji kesabarannya. Bersiap sedialah untuk kau terhiris wahai hatiku. Bibir bawah digigit. 

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now