BAB 7

448 8 1
                                    

KENANGAN sewaktu hari pertama orientation pelajar baru mengisi kotak fikiran Ayra...

Bunyi lonceng jam Ayra mengganggu tidurnya. Dengan keadaan yang masih mamai, tangannya ligat mencapai jam loncengnya. Matanya digosok perlahan. Terkebil-kebil Ayra memandang jam tadi.

"Alamak! Aku dah lambat. Zila ni pun satu apa pasal kau tak kejutkan aku??!" Terkocoh-kocoh Ayra terjun dari katilnya menuju ke tandas. Tak payah mandi lah, gosok gigi je. Keluar dari tandas terus saja Ayra menyarungkan baju T-shirt berlengan panjang. Tudung pun main belasah saja ambil. Last sekali sarung name tag. Dah siap!

Pertama kali duduk kat asrama Ayra masih tidak dapat membiasakan diri. Selalu Mak dia yang tolong kejutkannya bila nak pergi sekolah. Now pandai-pandailah bangun sendiri. Apalah yang akan jadi nanti? Confirm aku dimarahi oleh pensyarah atau pun abang senior!

Bagai dikejar anjing sepuluh ekor Ayra berlari ke padang kompleks sukan kampus. Tercungap-cungap Ayra berlari. Dari jauh lagi sudah kelihatan ramai pelajar-pelajar baru sudah sedia berdiri di tengah-tengah panas terik. Terlihat juga ahli-ahli persatuan pelajar sedang 'sibuk' mendera pelajar baru. Ayra berlari menuju kea rah salah seorang ahli persatuan pelajar. Terkulat-kulat dia menerangkan sebab dia terlewat datang.

"Oh lambat bangun. Bagus kalau macam tu. Kau fikir University ni bapa kau punya?!!! Boleh datang bila suka, kalau tak suka duduk kat rumah?!" Sudah terdengar suara harimau mengaum. Baru hari pertama minah gempal ni dah buat hal. Sakit pula rasa tekak aku.

Terangkat-angkat bahu Ayra mendengar suara 'harimau' tadi. Sedikit masa lagi tercabutlah jantung aku mendengar suara president ni.

Ayra hanya menundukkan wajahnya. Tak berani dia tengok muka harimau yang ada di depan matanya.

"Apa pasal kau senyap?! Bisu? Atau kau pekak?! Sekarang kau pergi kat depan tu. Aku nak kau lari pusing padang sehingga 10 round. Cepat!!!!" Tangan 'harimau' itu menunjuk ke arah padang. Kemudian dia bercekak pinggang. Ambik kau! Biar badan kau tu kurus.

"Saya baru je habis lari. Saya rasa saya dah tak larat nak lari lagi." Ayra menjawab. 10 round? Gila ke apa? 1 round pun bagai nak pitam dia nak lari. Kalau 10 round memang...

"Pandai kau menjawab. Aku tak kisah dan aku tak nak tahu. Sekarang ni aku nak kau lari 10 pusingan. Atau kau nak aku tambah lagi 10 pusingan jadi 20 pusingan?" Lelaki yang dikatakan harimau a.k.a President majlis perwakilan pelajar tadi sudah mendekatkan jaraknya dengan Ayra. Wajahnya bengis. Merah padam. Besar kecik besar kecik je aku tengok minah ni. Dahlah cuaca panas. Sekarang dia nak buat hati aku panas lagi.

"Okay. Okay saya lari sekarang. 10 pusingan je kan?" Ayra dengan pantas membuka langkah untuk berlari. Terdengar suara-suara sumbang yang mengejeknya. Hmm..malunya!!!!

Sukan memang bukan bidang Ayra. Bagi lah Ayra apa saja jenis sukan, satu pun yang tak ada yang menepati citarasanya. Apatah lagi disuruh berlari. Memang menjadi musuh Ayra sejak dari sekolah rendah lagi.

"Berapa pusingan lagi ni? Aku baru berlari 1 pusingan, sudah letih bagai nak mampus. Macam mana aku nak lari 10 kali pusingan? Nampaknya akan adalah keranda yang akan mengusung aku pergi tanah perkuburan." Omel Ayra seorang diri.

"Hoi!!!! Budak junior!! Apa pasal kau lari lembab sangat?! Cepat sikit boleh tak?!" Terdengar jeritan dari president.

"Berlagak sungguh. Baru jadi president belum jadi menteri. Siapa suruh buat denda yang berat-berat?" Ayra terus berlari tanpa henti. Jeritan dari mamat poyo tadi tidak dia hiraukan. Kau peduli apa? Aku punya kaki yang nak lari bukan dia.

SETELAH selesai berlari 10 kali pusingan, Ayra terus terbaring di atas track. Bukan main cemas lagi Zila melihat keadaan Ayra yang lemah tidak bermaya seperti mayat hidup. Badan Ayra digoncang kuat. Tidak ada respon yang Ayra berikan. Zila semakin panic.

"Ayra! Ayra!" Zila memanggil lagi. Kali ini pipi Ayra ditampar lembut. Lemah seluruh badan Ayra.

President poyo dan beberapa orang lagi budak senior menuju ke arah Zila dan Ayra. Suasana jadi kecoh sebentar.

"Aku suruh lari pun dah jadi macam ni? Memang kau ni lembab." Lelaki itu bersuara. Kejam sangat ke denda aku tadi? Terbit rasa bersalah dihatinya setelah melihat wajah Ayra pusat lesi.

Amboi mulut suka hati kata kawan aku lembab. Habis kau tu pandai sangatlah. Nasib baik kau senior kalau junior memang aku cakar-cakar muka dia yang kacak itu. Sempat lagi Zila mengutuk lelaki yang berada di depannya itu. Jelingan maut dihadiahkan kepadanya.

"Yusof dah lah tu. Kau bagi budak ni rehat. Kesian dia keletihan. Muka pun pucat aku tengok. Kau bawa dia pergi sickbay." Salah seorang lelaki berkata kepada Yusof. Keterlaluan kau Yusof Amsyar. Agak-agak lah kalau nak kerjakan anak dara orang. Sampai pengsan budak ni dikerjakannya.

"Kau bawa lah sendiri Ziq. Aku tak larat nak papah budak gempal ni." Minah ni yang pengsan, aku pula yang kena bawa dia pergi sickbay? Buang masa!

"Tak payah susah-susah. Biar saya sendiri yang bawa Ayra pergi sickbay. Kalau tak nak tolong tak perlu kutuk-kutuk orang. Kata budak gempal lah apa lah." Giliran Ayra pula bersuara.

"Saya tolong awak." 'Kawan' Yusof Amsyar terus mendukung Ayra dibantu oleh Zila. Mereka meninggalkan Yusof Amsyar yang sedang bengang melihat aksi kawannya yang tiba-tiba jadi hero Hindustan.

"AYRA! Ayra!" Suara Zila membantutkan angan Ayra tanpa belas kasihan.

"Sempat lagi kau berangan ya. Kenapa kau belum tidur lagi?" Sambungnya.

"Entah mata aku ni macam dah merajuk. Tadi bukan main berat sekarang terbuka luas." Balas Ayra sambil membetulkan posisinya. Tiba-tiba pula kejadian 3 tahun yang lalu itu singgah ke kotak fikirannya. Itu baru part 1, belum lagi part 2.

"Kau baca lah doa dulu baru senang nak lelap. Cepat tidur. Lambat tidur nanti susah pula nak bangkit awal esok. Kau tu ada sejarah bangkit akhir. Jangan sampai sejarah mungkin berulang. Macam pernah aku dengar ayat tu." Zila mula buat tazkirah subuh. Dia mencari posisi yang selesa supaya dapat melelapkan matanya.

"Hmm kau jangan Zila. Sejarah mungkin berulang jangan kau sebut. Sensitive tau tak? Bikin hati aku jadi stress. Kau pun sama cepat lah tidur. Esok jangan pula kau nak merungut sebab kau mengantuk lah, tak cukup tidur lah. Aku tak nak dengar alasan daripada mulut kau." Ya sebolehnya Ayra mahu buang jauh-jauh sejarah hitam pekat seperti si mochaccino kopi hitam pekat kelat itu. 

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now