BAB 11

453 12 2
                                    

"SAYANG! I Miss You so much. Sorry baru hari ni I dapat temankan you." Gedik suaranya berbicara. Seorang perempuan sudah memeluk Yusof Amsyar.

Bulat mata Ayra dan Nadim. Terkejut melihat aksi perempuan yang berada di depan mata. Eeee tak malu ke peluk lelaki yang bukan muhrim?

Ayra mencebik. Gelinya tengok aksi mesra mereka berdua.Yang perempuannya tergerdik-gedik mengalahkan agar-agar, yang lelaki pula tak malu merangkul badan si perempuan tadi. Sama-sama padanlah tu.

Nadim tersenyum simpul memandang Ayra. Kemudian tersengih-sengih. Tapi tangannya masih lagi ligat membungkus lengan Ayra dengan bandage.

"Apa pasal abang macam tu?" Tanya Ayra kehairanan.

"Ayra cemburu?" Hampir terkeluar semula maggi cawan tadi. Ayra tersedak mendengar pertanyaan Nadim.

"No way!"

Nadim ketawa kecil.

"Yes, you did Ayra. Abang ni dah umur 35 tahun. Dah ada bini, dah ada 2 orang anak yang sangat comel. Abang dah mengalami fasa-fasa ni."

"Baru sekali pandang abang dah dapat agak apa yang Ayra rasa sekarang. Ayra mungkin masih confuse dengan perasaan tu tapi Ayra pasti akan mendapat kepastian soon or later." Sambung Nadim lagi. Dulu zaman bujang, dia juga pernah mengalami benda yang sama dengan isterinya. Kalau dah jodoh yang Allah telah tetapkan pasti akan bertemu. Akhirnya dia yang menjadi musuh dalam 'peperangan' kini telah menjadi pasangan hidupnya. Bidadarinya. Ibu kepada anak-anaknya.

Ayra senyap. Dia bertanya dengan dirinya sendiri. Aku cemburu? Ah! Mustahil!

MALAM bertandang. Semua pelajar menghabiskan masa mereka dengan 'menyumbangkan' suara. Apa lagi kalau bukan menyanyi. Ayra dan Zila juga turut serta. Tidak ketinggalan juga pasangan bahagia, Yusof Amsyar dan teman istimewanya. Ramai peminat Yusof Amsyar menangis, meraung dan berlumuran hingus. Mana tak sedih, lelaki yang dipuja sibuk berkepit bersama si kekasih hati.

Boleh tahan taste Yusof Amsyar ni. Rambutnya ikal mayang seperti indomee goreng, berwarna kuning mengalahkan kuning buah mangga, tinggi seperti model, mukanya memang cantik tapi sayang tebal sangat bedak yang dipakai dan badannya kurus kerempeng. Itu pujian daripada perempuan yang reda apabila lelaki pujaan hati dah ada teman wanita. Bagi perempuan yang tak dapat menerima kenyataan akan mengutuk teman wanitanya itu berbakul-bakul.

"Lama sangat kau pergi mandi tadi Ayra. Sayang kau tak sempat tengok adegan mesra si Yusof tadi. Bukan main lagi dia dan si Ayu tu bercium-ciuman. Nasib baik cium kat pipi kalau kat bibir...hmm.." Bisik Zila. Takut didengar oleh Yusof Amsyar yang berada tidak jauh daripada mereka. Zila buat muka nakal.

"Astaghfirullah Al Azim. Sudah-sudahlah tu Zila. Lebih baik kita doakan mereka tu supaya tidak terjerumus ke dalam lembah maksiat. Depan orang ramai pun mereka berani buat begitu. Apa lagi kalau mereka dalam keadaan yang berdua-duaan. Takut aku Zila. Kejap apa nama makwe dia? Ayu? Aku macam pernah dengar nama tu."

"Aku bukan apa Ayra. Aku rasa meluat melihat tingkah laku mereka tu. Lagaknya seperti orang yang dah kahwin, dah ada ikatan. Aku dulu pun ada boyfriend tapi alhamdulillah aku dan Zul tak pernah berpegangan tangan, cium pipi kanan, cium pipi kiri. Over lah mereka tu. Cakap pasal Ayu ni, sakit dada aku. Kalau kau nak tahu dia lah Ayu kerinting yang scandal dengan Zul."

"What?!" Ayra terjerit kuat. Semua mata tertumpu kepadanya. Zila menyikunya.

Ayra tersengih. Berpura-pura membetulkan tudungnya yang senget ditiup angin.

"Ada cicak tadi tu yang terjerit tu." Bohong Ayra. Kemudian pelajar yang lain menyambung 'konsert' mereka.

"Tapi kenapa..macam mana dia boleh dengan Yusof Amsyar?" Tanya Ayra lagi. dengan nada berbisik.

"Itu yang aku musykil. Lantak lah dia nak buat apa sama Zul. Yang aku tahu sekarang, perempuan tu bukan perempuan yang baik. Aku rasa dia ni playgirl cap ayam brand lah. Dia bermesra dengan Yusof tapi mata dia sempat melirik kat lelaki lain. Tengok tu." Zila memuncungkan bibirnya. Menunjuk ke arah pasangan yang sedang asyik berasmaradana. Ayra juga memandang ke tempat yang sama. Betul juga kata Zila.

"Ayra nyanyi lah satu lagu." Suara Nadim menghentikan aktiviti 'mengupas bawang' Ayra dan Zila.

Ayra diam sebentar, sebelum bersetuju dengan pemintaan Nadim.

"Abang, play lagu Tiada Lagi Tangisan." Ayra pindah duduk dengan Haziq Syukri lalu duduk bersebelahan Nadim. Semua pelajar memberi tepukan kecuali Yusof Amsyar.

Haziq Syukri mengambil tempat duduk di sebelah Zila. Bukan main gembira lagi Zila dapat duduk dengan lelaki pujaan hatinya. Begitu juga Haziq Syukri. Hati bersorak-sorak bagai cheer leader yang sedang bersorak untuk kumpulan Rugby.

Ayra tersenyum simpul melihat sahabatnya itu. Janji kau bahagia Zila. Tidak lama kemudian Nadim memetik gitarnya, lagu Tiada Lagi Tangisan nyanyian Misha Omar berkumandang. Ayra menarik nafas sebelum memulakan nyanyiannya. Matanya dipejam.

Kini telah lama kita berpisah

Rintihan asmara kian berubah

Tiada lagi mengharap

Tiada lagi belaian manjamu

Semua telah berakhir

Selesai Ayra menyanyi, semua menepuk tangan. Ada yang bersiul dan ada juga yang menangis. Feel sangat tu! Ramai yang tidak menyangka Ayra Syafinaz mempunyai suara merdu seperti buluh perindu. Termasuk Yusof Amsyar. Dalam diam dia menyukai suara Ayra.

"Abang Nadim tak sangka suara Ayra sedap. Sesedap pudding caramel. Lemak-lemak gitu." Puji Nadim kepada Ayra.

"Tak lah sedap sangat abang. Tapi boleh lah dapat mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza." Seloroh Ayra. Semua tertawa mendengar gurauannya. Kembang kempis hidungnya bila mendengar pujian Nadim.

Didalam gelak tawa, ada seseorang yang sedang iri hati terhadap Ayra. Siapa lagi kalau bukan Ayu. Mana tak cemburu, Yusof Amsyar sedari tadi kusyuk mendengar nyanyian Ayra. Matanya tidak pernah lepas daripada memandang Ayra sehingga dirinya yang berada di sisi langsung tidak diendahkan. Semua orang sibuk memuji-muji Ayra. Pantang bagi Ayu jika ada seseorang yang lebih mendapat tumpuan dari dirinya. Ini tak boleh jadi! Aku kena bertindak!

"Excuse me. I pun nak nyanyi juga." Ayu bersuara. Dia berdiri lalu berdiri dekat di sebelah Ayra sehingga Ayra terpaksa berundur sedikit ke belakang.

Yusof Amsyar terkedu dengan permintaan Ayu. Oh My God! Please don't you dare Ayu! Hatinya risau. Mahu dihalang tapi Ayu sudah berada di depan. Muzik juga sudah dimainkan oleh Nadim. Akhirnya dia hanya menutup mukanya dengan topi.

Semua pelajar tidak sabar ingin mendengar suara Ayu menyanyi. Mereka terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Orang cantik confirm suara pun cantik.

"RASA SAYANG RASA SAYANG SAYANG HEY..." Ayu membuka mulut.

Bengkak gegendang telinga mendengar nyanyiannya. Bagai Tsunami melanda, semua pelajar berlari bertempiaran sambil menutup telinga masuk ke khemah masing-masing. Sumbangnya! Hanya Nadim dan Yusof Amsyar saja yang masih setia duduk di situ.

"Eh, kenapa ni? I belum habis nyanyi lah!"

Yusof Amsyar menarik lengan Ayu, supaya beredar dari situ. Malunya dapat makwe cantik tapi suara mengalahkan suara katak!

"You, kenapa semua orang lari? Hujan ke? Tak pun. I nak habiskan lagu I."

Nadim yang mendengar kata-kata Ayu ketawa terbahak-bahak. Terhingut-hingut bahunya ketawa. Harap muka je cun tapi bengap. Dia tak sedar ke suara dia tak sedap?

"Suara you tak sedap." Jawab Yusof Amsyar jujur.

"What?!!"

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now