BAB 42

405 9 0
                                    

AYRA keluar dari biliknya lalu menuju ke dapur. Kasihan dia melihat mak Minah yang tak menang tangan memasak makanan untuk hidangan makan malam. Bagai Master Chef dia bersilat, berkungfu, berperang dengan kuali dan periuk semua. Hebat bukan? Umurnya yang sudah menginjak kepala 60 tahun masih lagi cergas dan cekap di dalam dapur. Walaupun badannya gempal tapi mak Minah pantas membuat dan menyelesaikan tugasnya.

"Mak Minah, mari Ayra tolong." Ayra bersuara. Sendok yang di dalam genggaman mak Minah sudah berpindah ke tangannya.

"Tak payah Ayra. Kamu duduk diam je. Ini bukan kerja kamu. Kerja mak Minah. Lagi pun acara ni untuk menyambut kedatangan kamu." Ujar mak Minah.

"Tak apa. Ayra bosan juga duduk terperap di dalam bilik. Ayra masuk sini ingatkan dapat lah tolong mak Minah. Kurang sikit bebanan mak Minah. Kita boleh borak-borak." Tanpa memperdulikan kata-kata mak Minah, Ayra terus mengambil tugas potong memotong.

Mak Minah menggelengkan kepala. "Perangai kamu serupa dengan Am. Masuk dapur je terus tolong mak Minah buat kerja. Tapi kerja potong memotong je lah. Benda lain hancur berderai."

"Am? Siapa tu mak Minah?" Tanya Ayra.

"Am tu adik kepada Yusriyah. Dia tak ada masa ni mungkin kejap lagi dia balik lah kot. Maklum lah orang tengah sibuk mengurus syarikat. Bila dia dah ada nanti boleh juga Ayra berbual-bual dengan dia. Lagi satu mak Minah nak kasi tahu. Am tu hensem tau. Baik, rajin, suka budak-budak, sesuai sangat dijadikan suami pilihan dihati." Balas mak Minah panjang lebar. Mulut pot pet pot pet tapi tangannya masih ligat buat kerja masak-memasak. Power tau!

Ayra tersenyum sambil mengangguk-angguk. Amboi panjang lebar pula mak Minah nak buat 'promo' pasal Am ni. Tiba-tiba pula buka topik pasal suami.

"Patut lah dari tadi Ayra belum nampak batang hidung dia rupanya dia kerja ye. Kak Iyah ada berapa orang adik-beradik mak Minah. Mak Minah confirm tau banyak kan? Dah lama mak Minah tinggal dengan keluarga ni." Tanya Ayra hanya sekadar berbasa-basi. Sebelum mak Minah sambung buat iklan pasal Am lebih baik tukar cerita lain.

"Memang mak Minah tinggal lama. Semua benda mak Minah tau sampai ke lubang cacing lagi. Yusriyah ada 3 orang adik-beradik. Dia anak yang sulung. Anak kedua pula Yusrina dan anak bongsu pula Am. Tak ramai pun mereka adik-beradik. Sekarang cuma tinggal Yusriyah dan Am je lah yang tinggal. Yusrina..." Kata-kata mak Minah terhenti di situ. Apabila Tuan Yazid dan isterinya Puan Yasmin tiba-tiba muncul.

Kalut Ayra berdiri. Terasa seram pula Ayra berhadapan dengan Tuan Yazid dan Puan Yasmin. Bagai mengadap Sultan lagaknya.

Mak Minah tersenyum menampakkan gigi palsu Polident. Dia bergegas menuang Teh panas yang terhidang di atas meja dapur buat majikannya itu.

"Buat apa berdiri ni Ayra. Sambung lah buat kerja tu. Tak perlu malu-malu. Pak cik dan mak cik ke mari nak berkenalan dengan Ayra. Tadi pagi tak sempat nak jumpa." Tegur Tuan Yazid mesra setelah duduk di atas kerusi. Puan Yasmin juga turut menghadiahkan Ayra senyuman manis. Semanis pavlova. Langsung tidak sama seperti apa yang Ayra bayangkan. Biasanya orang kaya bila berhadapan dengan pembantu rumah ke pemandu ke mesti muka ketat kelat. Sombong dan berlagak. Berlainan pula dengan apa yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu.

"Baik lah Tuan, Puan." Ayra duduk semula di tempatnya tadi. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu diteruskannya juga aktiviti potong memotongnya. Aku macam kenal pula ayat yang aku cakap tadi. Ya tak ya juga bukan ke waktu dulu aku guna dialog ni semasa aku berlakon jadi pembantu rumah. Tak sangka pula ia jadi kenyataan.

"Manis wajah Ayra. Sejuk mata mak cik tengok. Umur Ayra berapa?" Tanya Puan Yasmin. Dia masih tersenyum manis memandang Ayra. Diperhatikan wajah Ayra yang duduk berhadapan dengannya. Sungguh cantik budak ni. Kulit tak berapa putih tapi masih kelihatan cantik. Bertudung pula. Paling penting tak kekok bekerja di dapur. Sopan pula. Memang 70% ke 80% lulus jadi menantu aku. Belum pun sampai sehari budak ni duduk kat sini, otak sudah berfikir pasal menantu? Ish ish ish.

"26 tahun Puan." Balas Ayra ringkas.

"Tak payah berpuan-puan Ayra. Panggil mak cik sudah lah. Ni umur kamu muda setahun dari anak mak cik. Bila dia datang nanti mak cik kenalkan."

"Eh eh. Sayang Yasmin, mengapa lain macam aje bunyinya. Macam nak menjodohkan Ayra dengan anak bujang awak tu pula." Giliran Tuan Yazid pula bersuara. Bini aku ni tak sabar-sabar lagi nak menerima menantu baru.

Ayra terbeliak. Tangannya terhenti memotong sayuran. Nasib baik pisau yang dipegangnnya tak terlepas. Aku datang bukan nak cari laki. Aku nak bekerja. Tak senang duduk aku kalau begini jadinya.

"Apa salahnya? Ayra masih bujang lagi kan?" Tanya Puan Yasmin.

"Ah? Hehehe..." Ayra hanya tersengih-sengih. Ah, sudah! Semakin meremang bulu-bulu dada semua. Tolong lah jangan jodoh-jodohkan aku pula. Seramnya!

Ayra memandang mak Minah. Mak Minah bukan main lagi main kenyit-kenyit mata. Ibu jarinya dinaikkan. Tanda bagus. Ayra menaikkan keningnya sebelah. Yang ni pun dua kali lima juga.

"Bagus lah kalau begitu. Maknanya mak cik ada peluang nak jadikan Ayra menantu." Puan Yasmin berterus-terang. Dia tersenyum bahagia. Sudah tergambar di dalam mindanya sebuah perkahwinan yang indah di antara anaknya dan Ayra. Sama cantik, sama padan, serba-serbi perfecto!

"Mak cik kamu memang begini Ayra. Berapa kali rancangannya gagal sebab Am reject semua calon mak cik kamu recommend. Suka sangat jodohkan orang." Tuan Yazid menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan. Cubitan ketam hot dan pedas sudah hinggap dipahanya.

"Sayang Yazid apa tau? Saya ni seorang ibu, saya boleh nampak mana yang baik dan yang buruk buat anak saya. Am tu walaupun dia pemilih tapi naluri saya tetap mengatakan Ayra bakal menjadi menantu saya. Saya juga yakin Am tak akan menolak calon saya yang ke 100 ni."

Kepala yang tak gatal digaru. Ayra cuba berlagak tenang dengan senyuman yang kekok. Apa aku nak cakap ni? Kenapa semakin rumit keadaan? Mak cik ni pun satu tak ada angin, tak ada Tsunami tiba-tiba nak jodohkan aku pula. Calon ke 100 pula tu. Kalau calon yang lain pun dah ditolak. Aku pun kira senasib lah dengan mereka. Confuse aku...aku ni dipanggil duduk kat rumah mewah ni nak jadi pemandu peribadi atau...jadi isteri si Am tu? Lelaki tu pun aku tak kenal. Serabut. Ayra mengomel di dalam hati.

"Sayang Yasmin, Am setuju atau tak saya tak kisah tapi masalah sekarang orang empunya badan suka ke idok? Anak teruna kamu tu mulut dia kadang tak ada lesen. Mana mahu perempuan dengan lelaki mulut laser begitu. 99 calon yang awak bawa tu pun boleh berdarah telinga bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut puaka Am tu."

Ayra jadi tidak keruan. Sakit telinga mendengar topik perbincangan suami isteri itu.

"Pak cik, mak cik saya pergi bilik saya kejap nak kemas-kemas. Tadi tak sempat nak buat." Ayra meninggalkan Tuan Yazid dan Puan Yasmin.

"Sayang Yazid, saya yakin Ayra suka tu dah lari ke bilik mesti dia malu. Saya akan pastikan Ayra dan Am bersatu." Puan Yasmin masih berkeras. Teh yang terhidang diteguk sampai habis. Terasa haus tekaknya bertekak dengan suami kesayangannya.

Dalam hatinya sebenarnya mengiyakan apa yang Tuan Yazid sampaikan. Mulut si Am ni boleh tahan juga bila nak mengejek orang. Ah...itu semua small matter. Misi untuk menemukan anaknya dan Ayra pasti akan berjaya. Nanti malam aku kena tulis strategi. Kalau bisnes memerlukan pelan. Begitu juga dengan jodoh. Kita kena buat Pelan Jodoh. Baru boleh berjaya. Geliga otak kau Yasmin.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now