BAB 63

417 7 0
                                    

"MARAH ke sayang?" Suara Yusof tidak diperdulikan. Biar kau melalak seorang diri. Nak main sayang-sayang pula. Ingat aku boleh layan sayang dia? Aku masukkan ibu jari kaki aku ni kat hidung kau baru tahu! Omel Ayra dalam hati.

"Ayra! Aku dah kata tadi kan jangan pergi jauh-jauh kat depan tu bahaya." Yusof menjerit sedikit. Dia mengekori langkah Ayra. Geram aku minah ni, suka sangat buat aku risau. Makan ayam kan bagus kenyang juga perut. Malam-malam merayap.

"Awak saja je kan nak tipu saya. Saya tengok tak ada apa-apa pun kat situ. Yang ada cucul dan pokok-pokok je itu pun bahaya? Awak pergi je lah balik Villa. Saya nak tenangkan fikiran." Ayra bersuara. Kakinya semakin laju melangkah.

"Ayra stop! Aku kata berhenti. Jangan pergi kat situ aku cakap." Jerit Yusof lagi. Dia memang jenis perempuan yang keras kepala mengalahkan batu!

"Pergi balik je lah. Saya tahu jaga diri saya Encik Yusof." Ayra masih berkeras mahu meneruskan aktiviti menjelajahi taman.

"Kau..." Ayat Yusof terhenti.

"Ahhhhhhhhhh!" Ayra menjerit. Kakinya tersilap langkah menyebabkan badannya jatuh dari bukit. Bergolek-golek badan Ayra di atas tanah macam ayam golek bazaar Ramadhan

"Ayra!!!!" Yusof panik. Laju Yusof berlari mendapatkan Ayra yang sudah terlantar di bawah. Bukit yang tidak berapa tinggi itu dituruni Yusof dengan pantas.

"Aku dah cakap tadi kan. Kau yang degil sangat nak juga pergi sini. Tengok apa dah jadi?" Marah Yusof. Dia mendapatkan Ayra. Lalu badan Ayra dicampung.

"Sakit.....tangan saya sakit Yusof." Ayra mengerang kesakitan. Seluruh badannya terasa lemah. Lemah kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku dan sakit yang terasa ditangannya.

Yusof berhenti melangkah. Tangan Ayra diperiksa. "Tangan kau patah ni. Kita pergi klinik okay?"

Dengan keadaan yang lemah gadis itu hanya mengangguk. Padan muka kau Ayra siapa suruh tak dengar cakap tunang? Kan dah sakit. Nasib baik tak ada apa yang teruk. "Sorry. Saya susahkan awak lagi. Saya..."

"Dah jangan banyak cakap. Kau duduk diam-diam dalam dakapan aku ni. Tak larat aku nak bercakap lagi. Badan kau pun bukan ringan sangat masih sama je macam berat kau dulu." Sempat lagi Yusof mengejeknya. Ayra buat muka. Tak padan dengan patah tangan masih mampu lagi dia nak melawan Yusof. walaupun sakit hati kerana dikutuk Yusof namun dia merasa bahagia sedikit dekat lelaki itu. Terasa ada getaran didada. Ayra mengambil kesempatan memerhatikan setiap inci wajah milik Yusof. Tak ada yang berubah dari wajah lelaki itu malah semakin kacak. Ya! Yusof memang kacak. Alangkah bagusnya jika lelaki itu mengahwininya kerana lelaki itu benar-benar menyintai dan menyayanginya. Pasti dia akan menjaga lelaki itu elok-elok. Sayang ketat-ketat lagi padat! In your dreams Ayra.

SEMINGGU kemudian...

PERNIKAHAN dan persandingan Yusof dan Ayra berlangsung dengan meriah sekali di Hotel Aman. Ramai sanak saudara berkunjung datang ingin meraikan bersama hari bersejarah bagi mereka berdua. Sekali lafaz saja Ayra sudah bergelar isteri kepada Yusof Amsyar. Dia tidak tahu sama ada dia harus bergembira atau bersedih. Dahlah tangannya pun belum sembuh. Ini jenis pengantin yang limited edition. Sebab apa? sebab pengantin perempuan masih lagi memakai bandage dan penyangga tangan atau Arm sling. Bukankah unik tu!

Selesai bersanding, Yusof dan Ayra pergi ke meja santapan. Meja santapan yang dihiasi dengan hiasan yang indah itu bukan menjadi tumpuan Ayra tapi lauk-pauk yang terhidang itu lebih menarik tumpuannya. Wahhh sedap nampaknya!

"Baru pernah tengok makanan ke?" Yusof berbisik pada Ayra. Ayra menoleh. Lelaki itu melemparkan senyuman pada tetamu yang datang. Senyuman lakonan sinetron!

"Makanan ni saya tengok lebih menyelerakan daripada saya tengok awak." Bisik Ayra. Lalu dia menolak kerusi untuk duduk. Pengantin lelaki ditinggalkan di belakang. Apa yang penting perut perlu diisi. Wah semua makanan laut. Ketam, udang, sotong! Sedapnya! Tapi macam mana nak makan? Tangan pun berbalut. Harapkan tangan kiri nampaknya gigit jarilah aku! Mak help me!

Yusof tersenyum sumbing. Rasa sakit hati disimpan elok. Nanti kau! Kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Ayra. "Kenapa tak makan lagi?" Soal Yusof sinis. Padan muka! Tadi bukan main tinggalkan suami. Tak padan dengan tangan patah minah ni.

"Macam mana nak makan. Tangan saya masih sakit. Nak kupas udang dan ketam tu tak dapat guna satu tangan je. Aduhh leceh! Perut saya lapar." Balas Ayra sedih. Direnung saja juadah santapan yang menggiurkan itu tanpa disentuh. Waktu beginilah tangan ni nak patah. Salah kau sendiri jugakan?! Ouchh! Please wahai otak jangan lagi kau sakitkan si hati.

Yusof ketawa puas. Ayra..Ayra..sakit kau yang cari sendiri sekarang nak merungut dah tak ada maknanya. Dia memerhatikan isterinya itu hanya menelan air liur saja, timbul pula rasa kasihan dihati. Mesti dia lapar sangat, dari tadi lagi dia belum makan. Mana taknya mak andamnya pot pet pot pet pergi modify muka dia. Berjam-jam menyolek sampai tak sempat nak sarapan. Siapa lagi mak andamnya kalau bukan Zila. Tapi bebaloi juga, cantik dia modify wajah minah ni. Cantik dan hmmm...cantik! Dah jatuh cinta ke?

Satu per satu lauk-pauk masuk ke dalam pinggan Yusof. Semuanya dimakan dengan penuh nikmat. Ayra hanya memerhatikan lelaki itu. Mesti sedap! Makan pun dah comot.

"Kau nak mana satu?" Soal Yusof setelah menyuap nasi ke mulut buat kali ke sepuluh. Ayra ternganga.

"Cik Puan isteri..aku tanya ni kau nak mana satu lauk-pauk tu?" Soalnya lagi.

"Ah?...Saya nak semua sekali." Jawab Ayra. Nak tanya buat apa? bukannya aku dapat makan pun kan?

Yusof mengambil pinggan milik Ayra. Kemudian kulit ketam dan udang dikupas satu per satu. Ayra ternganga lagi. Dia nak makan second round ke? Sampainya hati pinggan aku juga dia nak kebas. Tak berhati perut langsung! Tak nampak ke aku tengah lapar?

"Buka mulut." Yusof bersuara. Tangannya yang berisi nasi dan udang disuakan ke mulut Ayra. Seketika isterinya itu bengang. Yusof mengangkat keningnya membagi isyarat menyuruh Ayra memakan nasi yang berada ditangannya. Lambat-lambat Ayra menyuapnya.

"Sedap?"

Ayra mengangguk. "Nak lagi?" Tanya Yusof. Ayra mengangguk laju. Yusof tersenyum kecil namun terlihat manis dan kacak.

Bagai budak kecil Ayra disuapkan oleh Yusof. Alahai mengapa dia sweet sangat? Pipinya terasa panas. Si hati jangan ditanya dia sudah lama bergendang-gendang. Dia terharu dengan apa yang Yusof lakukan padanya. Macam drama TV3 rasanya!

"Nah minum air." Yusof menyuakan minuman jagung pada Ayra. Ayra meneguknya dengan rakus. Memang kering rasa tekaknya ketika itu.

"Perlahan-lahan minum tu nanti tercekik leher siapa yang susah?" Nasihat Yusof. Ayra tersengih malu. Amboi prihatinnya dia pada isterinya.

Habis pinggannya licin. Perut pun dah kenyang. Lalu Ayra berdiri tapi ditarik lengan kirinya oleh Yusof hingga membuatnya terduduk semula. "Nak pergi mana isteriku?" Soal Yusof. Dia memandang Ayra lembut.

"Nak masuk dalam." Jawab Ayra ringkas. Ya Allah! Apa sal aku tengok si Yusof ni berbunga-bunga berguguran? Ada pelangi juga! Eh! Dah gila ke aku ni?!

"Kalau nak masuk pun tunggu aku. Kita masuk sama-sama. Lagi satu....." Ayatnya terhenti. Yusof mengambil napkin miliknya kemudian melap mulut Ayra yang penuh dengan minyak kari ketam. "Lap dulu mulut ni...kan dah bersih dan...cantik." Anak mata Yusof memandang tepat ke anak mata milik Ayra. Mereka saling bertentangan mata. Orang disekeliling tidak diendahkan. Bagai dunia ini milik mereka berdua yang punya. Debaran hati yang berombak Tsunami hanya masing-masing saja yang rasa.

Haiiii kenapa dengan dia hari ni? Tolong jangan buat aku begini...lama-lama bersemut hati aku, kaki kena potong kerana diabetes. Aku boleh jatuh cinta betul-betul pada dia!!!

"Ada pertandingan bertentang mata ke? Kalau nak main game tu pun tunggu lah habis acara. Ni lepas ni acara photoshoot pula. Jom masuk. Aduhai kembang bulu roma mata aku tengok." Tiba-tiba Haziq Syukri kacau daun. Dari tadi lagi sebenarnya dia memerhatikan dua mempelai itu bersama Zila. Siap main suap-suap bagai. Aduii mengalahkan orang yang betul-betul bercinta. Tapi...Dia berharap kawannya itu betul-betul mencintai Ayra. Dia juga yakin Yusof akan kalah dengan perasaannya sendiri. Tengok saja cara Yusof memandang Ayra, orang buta pun boleh hidu kawannya itu sudah Fall in Love! Dah lama mereka berkawan dia sudah masak dengan perangai kawannya itu. Awal kata benci lama-lama sayanglah tu.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now