BAB 41

432 14 0
                                    

SATU minggu sudah berlalu. Hari yang dinanti Ayra telah tiba. Dia kini berdiri di depan rumah mewah majikannya; Yusriyah Amali. Dengan semangat di dalam dada dia melangkah menuju pintu utama rumah itu. Lonceng dinding ditekan beberapa kali. Beg pakaian yang dibimbit disimpan ke lantai. Lenguh tangannya mengangkat beg tersebut.

Tidak lama kemudian pintu utama terbuka luas. Terpampang wajah ayu Yusriyah Amali dimuka pintu. Dia tersenyum memandang Ayra. Ayra membalas senyumannya tadi.

"Assalamualaikum." Sapa Ayra.

"Waalaikumussalam. Minta maaf Cik Ayra sebab lama nak buka pintu. Mak Minah sibuk kat dapur. Sampai tak menyempat dia nak sambut Ayra." Yusriyah Amali menarik tangan Ayra masuk ke dalam rumahnya.

Ayra hanya menurut. Sempat lagi tangan kirinya menyambar beg pakaiannya. Amboi, Puan Yusriyah ni belum apa-apa dia sudah main rembat je tangan aku. Apa tadi dia kata mak Minah? Ooo...mungkin pembantu rumah dia lah kot takkan nama kucing pula. Ye idok?

"Hari ini Cik Ayra relek je. Esok baru boleh mula kerja. Sementara tu biar saya tunjukkan kawasan rumah ni. Lepas tu saya bagi jadual kerja Cik Ayra."

"Tak payah ber cik-cik pula puan Yusriyah. Ayra je. Senang sikit dan kedengaran lebih mesra." Ujar Ayra.

"Ayra. Sedap nama tu. Kalau macam tu Ayra pun tak payah panggil puan-puan bagai. Panggil saya Kak Iyah. Puan tu terlalu formal dan kedengaran tua sangat. Ahaha." Yusriyah Amali tertawa lembut. Ayra juga turut tersenyum mesra. Mesra kah?

Lemah-lembutnya dia ketawa. Tak sama macam aku. Jauh bezanya. Kalau aku ketawa memang mulut ternganga luas bagai gua batu belah batu betangkup. Bisik Ayra dalam hati.

"Mari kak Iyah hantar Ayra ke bilik Ayra. Dalam rumah ni ada 10 buah bilik." Terang Yusriyah Amali sambil mengatur langkah ke depan. Diikuti dengan Ayra di belakang.

Mak ai! 10 buah bilik? Ramai sangat penghuni rumah ini. Ayra melangap.

"Tingkat bawah bilik mak minah, Pak Ali dan bilik hujung ni untuk Ayra. Mana kala tingkat 2, bilik kak Iyah, papa dan mama, Yusran, 2 bilik kosong kiranya untuk tetamu lah. Tingkat atas sekali pula 2 bilik iaitu bilik adik-adik kak Iyah." Sambungnya lagi.

"Saya ingat, kak Iyah je tinggal kat dalam rumah ni. Rupa-rupanya satu family."

"Betul. Nanti kak Iyah kenalkan Ayra dengan family yang lain ye. Ini bilik Ayra. Pergi lah rehat atau kemas-kemas barang." Yusriyah Amali meninggalkan Ayra sebaik sahaja dia menunjukkan bilik Ayra.

Ayra memerhatikan sekeliling biliknya. Semuanya lengkap. Yang paling penting ada penghawa dingin. Tanpa penghawa dingin, dia tak boleh tidur. Maklum lah cuaca kan panas. Mahu jadi ayam panggang dia nanti tanpa penghawa dingin. Dia menuju ke tandas pula. Bagus juga bilik driver pun ada tandas sendiri. Jadi tak payah lah dia pergi angkut barang-barang mandi. Tak perlu juga tukar pakaian kat tandas luar. Ada privacy sikit.

Oleh kerana majikan aku suruh rehat...apa lagi siap sedia lah jadi Sleeping Beauty. Hai tilam empuk aku datang!!

YUSOF Amsyar merehatkan matanya daripada terus mengadap komputer ribanya. Kerjanya tak pernah putus-putus. Tak pernah kurang. Dari mula dia bekerja di Syarikat Yaz Min Architecture Firm. Walaupun ini syarikat ayahnya tapi dia tidak akan pernah mengambil kesempatan untuk goyang-goyang badan. Status dirinya sebagai anak kepada pemilik Syarikat Yaz Min Architecture Firm tidak ada kena mengena dalam hal kerja. Dia tetap pekerja. Kalau dia sambil lewa menjalankan tugasnya alamatnya gulung tikar lah syarikat ayahnya yang telah dibina hampir 25 tahun.

Yusof mengeluarkan telefon bimbitnya. Banyak betul SMS. Kak Iyah? Rindu sangat ke kat aku sampai SMS aku 10 kali? Satu per satu pesanan ringkas itu dibaca.

Kak Iyah sudah dapat pemandu peribadi untuk Yusran.

SMS yang seterusnya dibaca lagi.

Nanti malam ada jamuan sedikit. Jangan balik akhir pula. Kak Iyah nak memperkenalkan pemandu peribadi Yusran.

Lelaki itu tersenyum nipis. Lagaknya macam nak memperkenalkan calon suami. Pemandu peribadi pun nak diadakan jamuan? Hebat sangat ke dia tu? Ada-ada saja kak Iyah ni.

"Hoi! Kau senyum sorang-sorang kenapa Encik Yusof Amsyar?" Tiba-tiba terpacul wajah Haziq Syukri di muka pintu bilik Yusof.

Terangkat bahu Yusof tatkala disergah oleh Haziq. Dia menjeling tajam kepada Haziq.

"Kau kalau sekali tak kejutkan orang tak boleh? Lain kali ketuk pintu dulu. Lepas tu bagi salam." Omel Yusof Amsyar.

"Aku ketuk atau tak sekarang ni aku dah masuk pun bagaimana nak ketuk? Ketuk kepala kau boleh?" Seloroh Haziq Syukri. Kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi sofa.

"Semenjak kau bertunang dengan artis fofular tu, bukan main power lagi loyar buruk kau eh." Yusof Amsyar membaling kertas yang sudah diremuk menjadi bola. Haziq Syukri pantas menangkapnya.

"Tak kena. Kau kena ingat aku pemain bola keranjang terhebat. Ni yang kau dari tadi tersengih-sengih. Tersenyum-senyum apa hal? Kau dah nak kahwin ke?"

"Kahwin? Calon bini pun belum ada, nak cakap pasal kahwin. Buang air liur je. Kak Iyah lah dia dah dapat pemandu peribadi untuk anak dia. nanti malam dia ajak makan sesama. Katanya nak buat jamuan sikit untuk menyambut pemandu peribadi dia tu lah." Terang Yusof Amsyar. Tangan sasanya disilang. Terasa sejuk pula bilik aku ni. Tadi panas semacam.

"Oooo.. pasal tu je lah. Ye lah. Mana lah tau kan kau nak kahwin? Ayu tu bukan calon isteri kau ke? Tiap-tiap hari datang sini jumpa kau. Siap bawa bekal mangkuk tingkat lagi buat kau." Haziq buat tidak tahu saja renungan laser daripada Yusof Amsyar. Dia tahu kawannya itu sudah lama putus dengan Ayu. Reason? Dia sendiri tidak tahu. Kawannya itu sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan yang istimewa kepada Ayu. Mungkin ada sebab yang kukuh membuatkan Yusof Amsyar tawar hati pada Ayu.

"Okay. Aku tak akan cakap pasal dia lagi. tapi buat hari ini lah. Kalau esok lusa aku mungkin sebut lagi nama tu." Sambungnya lagi. terkekek-kekek dia ketawa mengenakan Yusof Amsyar.

"Kalau kau nak gigi kau semua hilang disebabkan penumbuk aku melayang bebas ke muka kau. Kau better jangan sebut pasal minah gatal miang sundal pagi petang siang dan malam tu. Aku jijik." Yusof Amsyar tayang penumbuk pada Haziq Syukri.

Haziq Syukri tersengih. Kepalanya digaru kerana gatal.

"Aku nak tanya kau sesuatu. Kenapa kau putus dengan Ayu? Semenjak kita pulang dari Kem Helang sampai sekarang kau masih belum cerita lagi kat aku hal yang sebenarnya." Soal Haziq Syukri.

Yusof Amsyar berdehem. Peristiwa 3 tahun yang lepas berlayar diminda. "Dia berzina dengan lelaki lain ketika kita pergi Kem Helang."

Haziq Syukri terlopong. "Kau tahu dari mana benda ni?"

"Aku saksikan apa yang dia buat dengan lelaki tu. Bukan aku sorang je nampak tapi juga..tapi juga..Ayra." Jawabnya tergagap-gagap. Bila nama Ayra meniti dibibir. Timbul pula rasa rindu pada perempuan itu. Dimana dia sekarang? Stop Yusof! tak perlu kau tanya. Kan lebih bagus kalau kau tak jumpa. Kau pun tak perlu fikirkan pasal dendam Kak Yusrina.

"Aku...aku tak tahu apa nak cakap. Aku harap kau akan dapat perempuan yang terbaik nanti. Mungkin jodoh kau dekat. Ketentuan Allah kita tak tahu kan?" Haziq mendekati Yusof. Bahu lelaki itu ditepuk lembut.

Yusof Amsyar tersenyum. Dia mengaminkan kata-kata Haziq Syukri di dalam hati. Ayu sudah tidak ada kena mengena lagi dalam hidupnya. Sakit hatinya memang sudah tidak ada lagi tapi hanya meninggalkan parut. Cukup lah dia dulu pernah tersilap langkah memilih kaca bertahta plastik. Tiruan pula. Rugi-rugi, buat rugi umur saja. Duit pun sudah banyak dihabiskan untuk membelanja Ayu. Kalau dia dapat kumpul duit tu mungkin dia sudah jadi Thousannaire

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now