BAB 43

431 9 0
                                    


MALAM bertandang. Suasana di rumah mewah Tuan Yazid dan Puan Yasmin cukup meriah. Walaupun hanya ada 8 orang berkumpul di ruang makan. Yusriyah Amali dan suaminya Alzam, Yusran Amadi, Tuan Yazid, Puan Yasmin, mak Minah, Pak Ali dan Ayra. Ayra cepat mesra dengan mereka. Tambahan lagi dengan kerenah Yusran Amadi.

Jam menunjukkan pukul 8 malam, semuanya sibuk menikmat jamuan kecuali Puan Yasmin. Sekejap dia duduk. Sekejap dia berdiri. Tak senang duduk bagai cacing kepanasan. Tuan Yazid mengerling isterinya itu sekilas.

"Sayang Yasmin, makan lah. Kenapa ni? Bukan main risau saya tengok wajah awak." Tegur Tuan Yazid dengan mulutnya yang masih penuh makanan.

"Sayang Yazid, saya risau..anak awak tu belum lagi balik-balik. Selalu awal je dia balik. Malam ni akhir pula." Omel Puan Yasmin. Riak wajahnya kelihatan cemas.

"Kejap lagi ada lah tu mama. Iyah dah SMS tadi. Katanya klien akhir datang mesyuarat. Masa mesyuarat pun delay lah." Yusriyah Amali bersuara. Dia cuba menenangkan ibunya. Am pun satu, call lah mama kalau tahu nak balik lewat sikit.

"Klien? Siapa klien tu? Suka-suka hati datang lewat. Tak berdisiplin betul. Sepatutnya mereka lebih menghormati masa orang lain bukan kita saja yang tahu menghormati masa mereka. Ingat orang tak ada buat kerja lain selain menunggu mereka? So selfish. Ini lah punca kenapa orang bawahan suka datang lewat kerana boss mereka pun datang lewat juga. Jangan salahkan orang bawahan sebab apa dia orang masuk kerja lewat. Boss mereka yang buat hal. Geram betul dengan perangai orang macam ni." Panjang lebar Puan Yasmin bertazkirah dimalam hari.

Ayra lebih senang melayan Yusran. Dia tidak berani nak bersuara atau masuk campur hal keluarga itu. Begitu juga dengan mak Minah dan Pak Ali, mereka leka berbual sesama sendiri. Alzam pula hanya mendiamkan diri. Dia sendiri sudah masak dengan perangai ibu mertuanya itu. Sekejap lagi pasti ibu mertuanya itu penat berleter.

"Assalamualaikum!" Terdengar suara seseorang.

Semua menoleh ke arah pemilik suara sambil menjawab salamnya serentak. "Waalaikumussalam."

"Hah. Itu pun Am. Panjang umur." Riak wajah Puan Yasmin bertukar menjadi ceria. Tidak ada lagi muncung Donald duck. Laju dia melangkah mendapatkan anak terunanya itu.

Lain pula dengan Ayra. Wajahnya berubah cuaca menjadi mendung. Manusia yang berada di depan matanya itu membuatkan dirinya terkejut. Banyak-banyak orang kenapa dia yang muncul? Matanya bertentangan dengan anak teruna Puan Yasmin. Riak wajahnya juga nampak terkejut sama seperti Ayra tapi setelah beberapa saat wajahnya tenang kembali

"Perkenalkan anak mak cik...Yusof Amsyar. Am ini Ayra. Pemandu peribadi Yusran." Puan Yasmin bersuara setelah kembali duduk di meja makan.

Yusof Amsyar melemparkan senyuman yang manis. "Saya Yusof. Pak su kepada Yusran. Mana kak Iyah kutip dia ni?"

Hampir tersedak Ayra mendengar ayat terakhir Yusof Amsyar. Namun dia dapat mengawalnya. Kemudian dia tersenyum cuba berlagak tenang. Walhal di dalam hati berdidih api kemarahan. Memang dasar pelakon bertaraf kelas bawah. Depan ber 'saya-saya' kat belakang aku yakin mesti dia akan ber 'aku-kau' tengok lah nanti.

"Kenapa Am tanya begitu? Tak baik. Ayra tu manusia bukannya sampah atau barang nak dikutip-kutip." Suara Tuan Yazid kedengaran tegas ketika menegur Yusof Amsyar. Puan Yasmin menjegilkan mata pada Yusof Amsyar.

"Am...Tolong hormat sikit. Ayra ni orang berpendidikan. Kak Iyah ambil dia bekerja kerana dia tidak kisah pun bekerja sebagai pemandu." Giliran Yusriyah Amali lagi yang bersuara. Rasa nak cili-cili je mulut Am ni. Suka sangat menyakitkan hati orang lain.

"Tak apa. Saya tak terasa pun. Lagi pun saya tahu Encik Yusof Amsyar ni tak pernah sekolahkan mulut dia sebab tu ayat yang digunakan main lepas je. Bagai orang tak ada lesen, tak tahu undang-undang jalan raya. Traffic light warna merah pun dia jalan je. Tak pandang kiri dan kanan." Kata Ayra sinis. Dia meratah wajah lelaki yang sudah lama dia tidak jumpa itu.

Semua yang mendengar kata-kata Ayra ketawa lepas. Yusof Amsyar menjeling Ayra tajam. Ingatkan bila dah jadi orang gaji. Opss salah, jadi pemandu tak berani nak melawan. Rupa-rupanya sangkaannya tersilap. Dia terlupa Ayra adalah lawannya. Bila bertengkar pasti ada saja yang Ayra bidas.

"Saya suka awak Ayra. Senang bertemu dengan awak. Mama, ayah...Am naik dulu nak bersihkan diri. Lagi pun Am dah kenyang dah." Sempat lagi Yusof menjeling Ayra sebelum meninggalkan ruang makan.

Tuan Yazid dan Puan Yasmin berpandangan. Kedua-duanya tersenyum simpul. Ada harapan lah dia menerima menantu baru tahun ini.

Ayra juga tidak mahu kalah. Jelingan maut juga dilemparkan pada Yusof. Tak berubah-ubah perangai. Kali ini tiap-tiap harilah kau akan mengadap dia. Mendengar maki hamun. Bertengkar dengan dia. Arghhh! Kenapa boleh aku terperangkap situasi begini? Lelaki yang dipuji mak Minah dan Puan Yasmin tu dial ah? Am...Yusof Amsyar? Paling parah Puan Yasmin mahu menjodohkan aku dengan dia! Tak boleh..Ini memang tak boleh jadi!

MATA Yusof Amsyar tidak dapat dilelapkan. Malam itu matanya benar-benar tidak mengantuk, tidak seperti malam-malam yang biasa. Fikirannya terganggu dengan kehadiran Ayra. Pertemuannya kali ini dengan Ayra membuatkannya buntu. Semakin dia nak elak, semakin dekat pula dirinya dengan perempuan itu. Dia sanggup tidak menghadiri majlis pertunangan Haziq Syukri semata-mata untuk mengelak daripada terserempak dengan Ayra. Apa saja acara yang melibatkan Ayra, dia tidak akan hadir.

Tadi ketika dirinya menuju ke ruang makan. Matanya sentiasa memerhatikan seorang perempuan yang duduk bersebelahan anak buahnya itu dari belakang. Terdetik dihatinya mengatakan perempuan itu adalah Ayra. Tapi mustahil lah Ayra yang gempal tiba-tiba jadi kurus. Bila berdepanan, tekaannya benar belaka. Ayra Syafinaz sudah berada di depan mata. Terkejut? Setentunya terkejut tambahan lagi Ayra sudah berubah. Berubah menjadi kurus. Ke mana perginya Ayra yang gempal?

"Aku peduli apa kau kurus ke, gempal ke..Yang penting sekarang kau sudah ganggu kehidupan aku! Kau...Arghh! Kenapa? Kenapa setelah 3 tahun kau muncul lagi?!" Yusof Amsyar yang duduk dibirai katil. Bantal di sebelahnya menjadi mangsa tumbukannya. Rambutnya yang panjang hingga ke bahu, diikat.

"Apa kau nak buat sekarang Yusof? Kau mahu meneruskan rancangan untuk membalas dendam atau pun...kau memilih untuk melayan perasaan kau?" Dia keliru. Keliru dengan jawapan bagi soalan yang dipersoalkannya tadi. Di antara dendam dan cinta?

Lama Yusof Amsyar berfikir. Namun dia tidak dapat menemukan jawapannya. Sia-sia sahaja usahanya menahan perasaan terhadap Ayra. Puas dia mencuba mengikis perasaan itu tapi ia tetap singgah jua menyapa dirinya. Puas dia mencuba untuk melupakan Ayra tapi bayangan Ayra tetap menghantuinya. 3 tahun berperang dengan perasaan sendiri. 3 tahun mencuba untuk bertahan. Sekarang lelaki itu dapat merasakan perasaannya semakin bebas berleluasa di dalam hatinya.

"Kak Rina..maafkan Am! Am tak mampu menghalangnya lagi...Am...sayang dia." Lirik suara itu meluahkan kata-kata yang sudah lama terpendam. Yusof Amsyar menggenggam bingkai gambar yang terletak di meja kecil sebelah katilnya. Air mata seorang lelaki kini terjatuh juga.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now