2

3.6K 366 575
                                    

"Baiklah tuanku putera sekalian, sila buka buku latihan matematik sekarang" seorang guru perempuan tersenyum manis kepada 11 orang putera yang berada di dalam kelas diraja itu.

Tetapi arahan dia tidak diendahkan oleh putera-putera itu. Ada yang tidur, berborak dan main alat tulis.

Guru itu hanya mampu tersenyum, sudah biasa dengan perangai putera-putera ini.

Dia menghampiri Seungcheol yang sibuk bercakap dengan pensel. Kesian dia kena palau.

"Putera Seungcheol, boleh tolong tegur semua sepupu kamu? Kita nak mula belajar ni" ujar Guru perempuan itu lembut, dia tidak boleh bercakap kasar pada putera kalau dia tersilap langkah tak tahu la apa yang akan jadi nanti.

Seungcheol memandang guru itu pelik.

"Apa yang cikgu cakap?" Soal Seungcheol selepas dia membuka earphone-nya yang dari tadi melekat ditelinganya.

Guru itu mengusap dadanya, sabor la sabor. Dia pun salah tak check si Seungcheol tu buat apa ingatkan tengah cakap dengan pensel rupanya nyanyi depan pensel.

"Boleh tolong bagitau semua sepupu kamu untuk fokus? Kita dah nak start belajar ni" kata guru itu sekali lagi tapi kali ni senyumannya menjadi kelat.

"Ouhhh cakap la awal-awal, tak payah bagi senyuman macam tu tak berseri mana pun tengok" Seungcheol bangun dari duduknya. Guru itu mengusap dadanya sekali lagi.

Sabor la nasib baik anak maharaja kalau tak memang ingin dilunyainya.

Seungcheol menolak pintu almari dan ambil sesuatu. Dia kembali ke tempatnya bersama barang ditangannya.

Guru itu ternganga.

"Boleh ke ni?" Soal guru itu ragu-ragu.

"Boleh je, kalau Seungcheol yang buat semua boleh" Seungcheol tersengih lalu memandang sepupunya yang makin huru hara itu, muka dipasang series.

Pak! Pak! Pak!

"WOI DAH LA TU! BELAJAR LA WOI! BELAJAR!!" Seungcheol memukul rotan milik datuknya di atas meja dengan kuat.

Semua tersentak dan cabut duduk di tempat masing-masing.

Mingyu yang baru hendak minum air pun tersedak mendengar bunyi itu apatah lagi Jeonghan. Terus terbangun dia.

Guru itu memandang Seungcheol tak percaya. Nampaknya Seungcheol jelah yang layak jadi guru mereka. Babai cikgu.

Apabila semua sudah kembali ke tempat masing-masing, Seungcheol menoleh memandang guru itu. Tenjat kitew.

"Cikgu!!" Panggil Seungcheol.

"Y-ye" soal guru itu cuak.

"Dah boleh mula belajar" ujar Seungcheol lalu mencampak rotan itu keluar dari kelas.

"WOI ROTAN ATOK TERBANG!!" Jerit seseorang lantang di luar kelas itu.

Selang beberapa saat, lelaki itu masuk ke dalam kelas dengan pucatnya, maybe effect rotan terbang tadi.

"Datang pun ingatkan tak datang" perli Soonyoung pada Lee Jihoon.

"Eh hello! Of course aku datang" Jihoon menjeling Soonyoung lalu duduk di sebelah Junhui.

Jihoon memandang Junhui pelik. Perasan dengan pandangan pelik dari Jihoon, dia menegur.

"Apa kau?"

"Mental ek? Kita belum start belajar lagi buat apa cakap dengan buku tu?" Jihoon menggaru kepalanya.

13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||Where stories live. Discover now