Kring!!
"Eii bising la!!" rungut Jeonghan lalu menutup wajahnya dengan bantal, pagi-pagi macam ni dah ganggu orang nak tidur tak tau ke dia tidur lambat tadi hshshshshh.
Kringg!!
"CHOI SEUNGCHEOL TUTUP LA ALARM TU BISING LA!!" jerit Jisoo lalu memukul katil mereka, maklum la Seungcheol tidur bawah Jisoo pula tidur kat atas manakala Jeonghan tidur katil single itu yang single memanjang je dia tu eh tibe.
"NI BUKAN ALARM BODOH HISH MAK AKU CALL" balas Seungcheol lalu memukul katil mereka tanda protes.
"JAWAB LA HALAHH AKU NAK TIDUR" jejaka itu merengus geram apabila Jisoo kembali memukul katil mereka tanda 'dia ingat dia seorang je boleh protes aku pun boleh la'.
Dengan wajah yang masih berair liur basi, dia mengangkat panggilan telefon itu.
"Omma~~ kenapa call ni? Baru pukul 6 pagi~~" rengeknya lalu dia memandang Jeonghan yang turut memandangnya dengan pandangan geli.
"Jijik anjir" komen Jeonghan dengan wajah judgenya.
"Diam la kau" balasnya lalu membalikkan tubuhnya untuk tidak memandang Jeonghan lagi.
// kamu semua buat apa kat sana semalam? //
"Sekolah la omma apa lagi?" Seungcheol menggaru kepalanya, takde kentut takde bau tetiba call tanya macam tu cuba la tanya khabar ke dia ni sihat ke tak, nak mati dah ke haih sedih dia macam ni.
// Habis sekolah kamu buat apa? //
"Balik?" Jawab Seungcheol tetapi dalam nada pertanyaan.
// kamu pasti? Omma dapat video kamu semua berlari satu Seoul!! Dengan geng mana tah kamu lari siap bising-bising tengok telefon!! Kenapa kamu semua lari?! //
"MWO?! VIDEO APA?!" jejaka itu terus bangun dari perbaringannya apabila Maharani Choi mention video.
// Omma malas nak terangkan balik kamu tengok la kat grup family, omma chaw lu //
Tut. Tut. Tut.
Seungcheol masih terdiam, tidak kisah dengan ommanya yang menamatkan panggilan begitu sahaja. Sekarang di fikiran pasal video.. video apa pula ni?! oh no jangan kata video yang dia tak sengaja rakam Mingyu mandi--eh bukan yang tu video lain ni sebab ommanya mention semua dan lari jadi bukan video Mingyu mandi fuh selamat.
"Pahal kau ni? Mata sebesar alam, kenapa mak kau call kau? Mak kau suruh kau kahwin ke?" Soal Jeonghan sambil mengangkat keningnya nakal manakala Jisoo elok tidur berdengkur mengabaikan sepupu-sepupunya.
"Bukan beruk!! Pergi buka grupchat family sekarang" arah Seungcheol apabila dia mula tersedar dari lamunannya.
"Hurm menyusahkan la nak buka grupchat pagi-pagi buta macam ni" omel Jeonghan malas masih tidak mengambil telefonnya yang tergeletak kemas di atas meja kecil di sebelah katilnya.
"Buka jelah gila" ujar Seungcheol lalu melempar bantalnya pada Jeonghan, dengan malas Jeonghan mengambil telefonnya lalu dibuka grupchat family mereka.
Matanya terbuntang luas apabila melihat video yang dihantar oleh atok mereka, kelihatan dia dan sepupu-sepupunya berlari bersama Bts dan Got7 dengan jeritan mereka yang sedang bermain PUBG sambil mengejar mereka.
"WADAHEL?!"
+++
"Pada pagi yang mulia ini kita kena la makan bijirin? Bijaran? Bijan? Bidan? Bajingan? Hmm apa-apa jelah kita kena la makan cereal untuk dapatkan tenaga uyeayy!!" Jerit Taehyung dengan ceria di depan telefonnya yang sedang berkedip menandakan iainya sedang merakam.
YOU ARE READING
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfic13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...