"Kecik-kecik tak nak mampos dah besar menyusahkan orang" Mingyu berdecit sinis.
"Hoi patutnya kau yang kena mampos! Salah orang la korang cari pasal! Dasar budak mentah!!" Salah seorang gangster merengus geram.
Acah berani padahal ada 5 orang nak dibandingkan dengan 13 putera alamatnya lenyek la korang nanti. 13 putera itu memasing ada tali pinggang hitam dalam seni pertahankan diri silap orang la korang cari pasal.
"Ok kita slow talk, kenapa korang kacau gerai tu?" Junhui menunding gerai aiskrim yang sudah bersepah semua barangnya.
Rasa kesian pun ada bila tengok.
"Sebab dia hutang dengan aku!!"
"Berapa?" Jeonghan dengan berlagaknya acah buka dompet nipisnya. Bukannya ada duit pun beli makanan pun suruh Chan yang belanja.
"100 won"
"Kebabian apakah ini?" Wonwoo menepuk dahinya. Alah sikit je dia punya ngamuk tu sampai lebih 1000 won orang tu hutang.
"Hutang juga kan?!"
"Ok chill, kitaorang akan ganti balik duit ermm 100 won kau tu janji kau jangan kacau pak cik aiskrim ni lagi! Kau apa tau aiskrim dia sedap au!!" Ujar Jihoon tegas.
Pada masa yang sama acik jual aiskrim tu tirharu. Menyempat mu.
"Tak nak!!"
"Apa masalah kau hah?! Orang nak bayarkan tak reti bersyukur betul!! DAH ORANG BAYARKAN DIAM JELAH" Seokmin mengusap dada Minghao perlahan.
"Sabor bang sabor sekarang bukan masa yang sesuai kau nak mengamuk" Seokmin cuba menenangkan Minghao yang hampir meletus itu.
Itu baru sikit dia mengamuk tu.
"Sekarang aku nak korang blah, tak baik kacau festival ni apa kata maharaja dengan putera kat sini" kata Seungcheol dengan sopan tetapi tegas.
"Heh kitaorang tak kisah la pasal diorang tu! Diorang pun tak pernah kisahkan rakyat kat sini buat apa kami nak jaga hati mereka!!" Seungcheol mengusap dadanya, dia terus menoleh kebelakang lalu menepuk bahu Jisoo selaku ketiga tertua disitu. Nak harapkan Jeonghan lagi teruk pula nanti jadi.
"Jisoo kau settlekan, kang kalau aku yang settle lunyai pula nanti memasing" ujar Seungcheol dengan sabar.
Jisoo mengangguk perlahan.
"Baiklah kami nak minta maaf atas kebiadapan kami tapi saya merayu supaya lepaskan pak cik ni, kami akan bayar dua kali ganda dari itu" Jisoo membungkuk 90 darjah.
Kesemua terkesima dengan tindakan Jisoo yang agak dikatakan sopan.
Putera yang lain hanya mampu menahan muka dari membuat muka meluat.
"Patutlah dalam exam bab tatatertib Jisoo hyung selalu dapat markah penuh" bisik Hansol pada Seungkwan.
"Yeah betul tu" Seungkwan yang masih terkejut hanya mengiyakan aje.
"Baiklah kami akan lepaskan pak cik tu!! Tapi janji bayar dua kali ganda" kata ketua gangster.
"Bayar sekarang pun boleh lagipun saya pantang mungkir janji ni" Jisoo mengambil dompet Soonyoung lalu mengeluarkan beberapa keping duit.
Soonyoung pula hanya mampu menatap dompetnya yang diambil dengan sayu.
'Takpe la demi rakyat aku sanggup
〒▽〒' bisik hati Soonyoung.
Jisoo menghampiri ketua gangster itu lalu diberikan duit itu.
"Terima kasih" ujar ketua gangster itu riang.
"Boleh saya kata sesuatu" pinta Jisoo.
"Apa?" Usai mendapat keizinan, Jisoo membisik sesuatu kepada ketua gangster itu.
"Maaf sebab kalau kamu semua ingat kami tak kisahkan kamu semua jangan risau kami akan cuba sedaya upaya ok" bisik Jisoo pada ketua gangster itu.
Yang jantan tu apa lagi dah terkaku la. HAHAHAHAHAHAHA.
"And kalau kau dan anak buah kau nak hidup lagi, jangan sesekali kau berani kacau mahupun sentuh rakyat aku, deal?" Sambung Jisoo lagi.
Dia memandang ketua gangster itu dengan tenang.
"K-korang ni.." belum sempat ketua gangster itu berkata, Jisoo terlebih dahulu memotong.
"This is our secret, so better tutup mulut tu nanti jadi masalah besar pula" Terus Jisoo pergi dari situ meninggalkan gangster itu.
"So jom makan" Jisoo menghampiri sepupunya.
"Dah habis?"
"Kalau tak habis takdenya aku ajak pergi makan" Jisoo membuat muka.
"Mana tau en" Soonyoung mengangkat bahu. Berdendam lagi la tu.
"Kenapa dengan samseng itu? Kaku semacam je hyung cakap apa kat diorang?" Soal Chan.
"Cakap macam biasa la jangan dikau berani pak cik aiskrim k habis!!" Chan memandang Jisoo curiga. Hyung dia sorang ni bukan boleh percaya.
"Dah biarkan jelah samseng tak sedor diri jom nikmati malam ni lusa dah kena pergi Seoul" semua mengangguk. Rasa sedih sebab kena tinggalkan tempat tinggal mereka.
Sedang enak mereka menikmati makanan dengan menggunakan duit Soonyoung, sian dia weh asyik kena jadi mangsa je.
Ngenggggggggg!!
Tiba-tiba kedengaran siren yang kuat datang dari istana. 13 putera itu memandang sesama sendiri.
"Tu kan siren..."
"Ada putera yang hilang!!!" Jerit seorang perempuan yang sudah berusia di depan 13 putera itu.
Ye itulah siren kecemasan, di istana terdapat pelbagai siren salah satunya pasti la ada siren untuk putera. Jika siren itu berbunyi itu menandakan ada putera yang hilang.
Jikalau siren itu berbunyi sekali, itu menunjukkan hanya seorang putera sahaja yang hilang kalau dua kali jadi dua putera yang hilang.
Kini siren itu berbunyi sebanyak 13 kali. Kesemua penduduk menjadi gelisah kerana apabila sampai ke siren yang ke 13 siren itu menjadi panjang menandakan hanya 13 putera itu sahaja yang hilang.
"Kemana pula putera semua tu pergi?"
"Harap-harap tak jadi apa-apa la pada mereka"
"Jangan la mereka diculik"
13 putera yang mendengar perbualan penduduk disitu mula memandang sesama sendiri dengan bingung.
"Bapak siapa yang tak tidur lagi waktu macam ni hah? aduhh"
________
Sorry lambat update!!
ANDA SEDANG MEMBACA
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfiction13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...
