"Akhirnya aman pun" Namjoon menghela nafas lega apabila tiada lagi kedengaran seperti gempa bumi di rumah sebelah.
"Apa yang hyung lega ni" soal Jimin yang baru sahaja tiba di ruang tamu.
"Jiran baru kita tu la sejam weh diorang memekak je dari tadi nasib baik dah senyap" cerita Namjoon, apabila dia mengenangkan kembali dimana ketika elok dia makan ramen depan TV dengan hanya sekali jeritan 'LAPAR' habis ramennya selamat menyembah karpet.
Sungguh tragis dimatanya ketika itu.
"Fuhhh dasyat" Jimin yang turut seperti memahami kisah jejaka itu turut menggelengkan kepala perlahan.
"Mana Seokjin hyung?" Soal Namjoon tiba-tiba.
"Ouh dia ada kat dapur tengah masak— aik? Mana orang tua tu? Hilang dah?" Jimin menggaru kepalanya kelibat Namjoon sudah tidak lagi kelihatan di ruang tamu mungkin ke dapur.
Tujuannya? Hmmm anda pasti tahu apa tujuannya HAHAHAHAHAHHA.
Di dapur pula, Seokjin sedang sibuk menyediakan makan malam dan dibantu Hoseok dan Jungkook. Dia tahu amat berisiko untuk memberi peluang pada kedua jejaka itu menolongnya memasak tetapi apakan daya disebabkan makan malam untuk hari ini adalah besar jadi dia terpaksa meminta tolong pada dua orang jejaka itu.
"Hyung, macam mana nak basuh udang ni?"
"Hyung!!! A-aku rasa ayam tu hidup lagi!! ARGHHH DIA BERGERAK HYUNG!!"
"DEY NAK TOLONG TU BOLEH TAK SENYAP?!" Jerit Seokjin geram, terdiam Hoseok yang baru sahaja menjerit kegelian.
"M-mian hyung" mereka kembali menyambung membuat kerja masing-masing dengan senyap.
Tiba-tiba muncul satu makhluk yang tak dijemput sedang elok mengintai mereka.
"Apa kau nak Namjoon" jejaka itu tersentak perlahan apabila dirinya dipanggil Seokjin. Hmmm kantoi la pula.
"Korang tengah buat apa?" Soal Namjoon yang sememangnya amat diketahui oleh semua orang yang soalan itu amat la bodoh abadi cilaker.
"Berak"
"Letak asid kat sup ni hah"
"Dasar buta, dah nampak kan apa aku buat ditanya lagi buat apa" bidas Hoseok bengang, tak faham betul dia dengan member baya dia ni sikit-sikit meraban kejap bijak kejap bodoh memang macam ni kot orang pandai.
"Alorh aku tanya je -,-" Namjoon memuncung sedepa lalu dia berdiri di sebelah Seokjin yang masih sibuk mengacau sup.
"Hai sayang—
"Pale bana kau sayang" potong Jungkook yang berdiri tidak jauh dari mereka. Aku nak basuh udang pun tak senang silap-silap ada yang bernafas guna udang kejap lagi.
"Kacau ah kau ni Jungkook!! Bawah umur en?! Tak payah la curi-curi dengar!!" Bentak Namjoon tidak puas hati, kacau line betul.
Jungkook pula sudah terkumat-kamit mencarut pada Namjoon, eh dia yang cakap kuat-kuat dituduh pula aku curi dengar. TAK HINGIN LA NAK DENGAR AYAT SWEET DARI ORANG GAY NI.
"Kook, kau nak basuh udang tu pun jangan la sampai lenyek-lenyek aku tengok macam dah takde rupa dah udang tu" tegur Hoseok, dia tahu Jungkook pasti sedang marah tengok la cara dia basuh udang, orang basuh lembut je dia basuh siap tumbuk-tumbuk udang tu.
Apa salah udang tu pun dia tak tahu.
Namjoon pula hanya mengabaikan mereka berdua sekarang di depan matanya adalah Seokjin.
"Ermm hyung" Seokjin menoleh memandang Namjoon yang semakin dekat padanya, dahi dikerutkan.
"Apa kau nak? Tak nampak ke aku sibuk" soal Seokjin kasar. Mengacau je orang nak memasak.
"Ngeheee" Namjoon tersengih makin lama makin dekat mereka berdua siap berlaga bahu lagi.
Jungkook dan Hoseok hanya menjulingkan mata, malas nak layan babak 18 tahun keatas itu. Katanya mereka inesen lagi ehek.
Belum sempat Namjoon ingin merapatkan mukanya dengan muka Seokjin, dirinya sudah mencium dinding terlebih dahulu.
"Wahhh hyung!! Masak apa?!" Soal Yoongi dengan suara acah teruja, Seokjin menatap jejaka itu hairan bukan ke tadi dia elok terbongkang kat bilik?
"Tagune kau hyungggg" carut Namjoon perlahan, dia memandang kemesraan Yoongi dan Seokjin di depan matanya. Auch sampai hati awak Jinnie buat abang macam ni (ಥ_ಥ)
Tidak tahan dengan kemesraan mereka berdua akhirnya Namjoon membawa diri masuk ke dalam bilik. Nak nangis la tew.
Manakala Seokjin dan Yoongi pula elok bertengkar di depan sup.
"Eww tak sedap"
"HAPE KAU KATA TAK SEDAP?! PALE HOTAK KAU"
"Ermmm tak sedap juga bagi aku"
"AHHH KAU MEMANG SEMUA TAK SEDAP PI MATI SANA HALAMAK"
"Eleh orang gurau jer"
"NENEK KAU LA GURO AKU SELIGI KAU NANTI KANG" Yoongi menjelir lidahnya lalu lari ke ruang tamu, join Jimin dan Taehyung menonton cerita di TV.
Agaknya Namjoon memang tak reti beza kot apa itu kemesraan dan pergaduhan hmmmm.
+++
"Hyung nak apa-apa tak? Aku boleh masakkan"
"PUFFF!!" Tersembur air di dalam mulut Seungcheol mendengar Mingyu ingin memasak.
"Kau boleh memasak?" Soal Seungcheol tidak percaya.
"Iyer aku boleh masak, aku selalu je masak kat dapur dengan dayang-dayang itu yang bila dah nak waktu makan aku takde, busy masak untuk KORANG" terang Mingyu dengan ayat yang terakhir saje dia kuatkan. Bagi dengar sikit jasa yang dia bagi pada sepupunya.
"Takpe la hyung tak lapar" Mingyu mengangguk faham setelah mendapat jawapan dari hyungnya itu lalu mengambil makanannya dan makan di depan Seungcheol.
"Kau makan steak, Mingyu?" Soal jejaka itu speechless.
"Iyolah habistu aku nak makan apa lagi?" Balas Mingyu tanpa memandang Seungcheol, dirinya sedang sibuk makan sambil menonton cerita.
"Tapi nantikan malam nanti kita pergi makan kat rumah jiran nanti kau kenyang macam mana"
"Takdenya Mingyu hyung kenyang, selagi dia boleh makan so dia akan makan juga" celah Hansol yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Fuhh sedap la hyung masak nanti masak lagi tau" puji Hansol dan jejaka itu hanya mengangguk.
"Kau makan?"
"Haah, dah Mingyu hyung masak lebih aku, Seungkwan dan Chan makan jelah" terang Hansol manakala Seungcheol masih memandang Mingyu tidak percaya.
"Mana Soonyoung?" Soal Jeonghan yang turut baru muncul di ruang tamu.
"Lepas makan roti tu dia terus tidur" jawab Wonwoo selaku roommatenya.
"Aman weh tadi dah macam gempa bumi dah Soonyoung jadi godzilla weh" cerita Jeonghan yang masih trauma dengan kejadian tadi.
"Nasib baik kitaorang balik awal kalau tak mesti ada yang kena makan" Mingyu menggelengkan kepala, nasib mereka sempat sampai ke rumah kalau tak mungkin Jihoon akan jadi makanan tengah hari Soonyoung.
"Esok kita dah start sekolah tau so rajinkan diri tu bangun awal" pesan Seungcheol yang lain mengangguk lemah.
Satu lagi kelemahan mereka, dulu ibu bapa mereka yang kejutkan mereka sekarang nak harapkan siapa pula? Mampu harapkan alarm telifon jelah itupun kalau diorang tak pekak lagi nak bangun. Aduyai.
_____________
Yow sorry lambat update hehew I DAH MUNCUL GAISS HSHSHSHSHHSHS
ANDA SEDANG MEMBACA
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfiction13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...
