21

2.1K 228 246
                                    

"Ermm sedap juga ek makanan kat kedai ni" puji Seungkwan yang baru sahaja membeli makanannya dan memakan sebungkus roti coklat.

Setelah mereka membayar makanan, mereka terus keluar dari kedai serbaneka itu mengabaikan tatapan pelik dari penjaga kaunter kerana membeli makanan macam setahun tak makan. Bayangkan seorang ada sepuluh bungkusan pelbagai aneka makanan ringan siapa je tak pelik borong banyak-banyak dah la menjerit macam tak pernah nampak makanan.

"Tulah kan" ujar Jihoon mengiyakan apa yang dikata oleh Seungkwan.

"Lagi sedap bila bayar tak pakai duit sendiri HAHAHAHAHAHA!!" Gelak Jeonghan lalu memandang Seokmin yang sedang meratapi dompetnya yang sudah kempis itu.

"Habis duit aku korang kebas hish!!" Marah Seokmin pada sepupu-sepupunya.

"Eleh macam la tak biasa keluarkan duit" usik Jisoo sambil menyiku perut jejaka itu yang berdiri disebelahnya.

"Memang tak biasa pun!!" Semua ketawa, gembira melihat wajah masam Seokmin tetapi tawa mereka terhenti apabila terdengar suara dibelakang mereka.

"Jeonghan?" jejaka itu memusingkan badannya apabila namanya disebut diikuti yang lain.

"Hmm? Seungcheol?"

"Jisoo hyung!"

"Hansol.."

"Pendek"

"Hanat kau tinggi"

"Seokmin"

"Eh kembar!!"

"SEUNGKWAN HENSEM WUUHUUU" semua memandang Seungkwan hairan, tiba-tiba menjerit macam orang gila.

"Syok sendiri siot orang tu, siapa tu?" Soal Jisoo lalu memandang sepupu-sepupunya meminta jawapan.

"Tak tau, aku pun tak kenal" ujar Wonwoo, mengangkat bahu tak bersalah.

"Orang gila tu baik jangan layan" Mingyu terus menarik lengan Jihoon menjauh dari Seungkwan.

"Sampai hati korang ._." Seungkwan memuncungkan bibirnya, merajuk kerana dilayan sebegitu.

"Korang dari mana? Asal muka pucat semacam?" Soal Jeonghan, tidak melayan rajuk jejaka itu. Maleh dia nak layan orang mengada-ngada ni.

"Kitaorang sesat jadi kitaorang patah balik dan ambil lorong ni huh.. sedapnya makanan korang nak sikit--

"Pergi beli sendiri ni aku punya shuhh aku lapar" halau Jihoon sambil memegang makanannya erat, sekali sekala dia menampar tangan Mingyu yang gatal nak ambil makanannya.

"Yelah jom beli cepat tunggu kitaorang!!" Ujar Seungcheol lalu mengajak Mingyu, Wonwoo dan Hansol membeli makanan, mereka terus rasa lapar lepas tengok makanan sepupu mereka yang menggoda tu.

"Iye cepat kalau lambat kitaorang tinggal" mereka berempat terus mencicit lari masuk ke dalam kedai serbaneka selepas diugut Jisoo. Selesai sahaja membeli mereka mula berjalan pulang ke rumah sambil bersembang kosong dan makan.

"Jom balik mesti yang lain risau" ajak Hansol setelah mereka selesai membeli makanan, yang lain mengangguk lalu meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah.

"Munafik betul kalau diorang risau aku rasa diorang tidur tak kisahkan kita pun buktinya takde siapa call dari tadi" rengus Mingyu geram, masih teringat lagi dia Soonyoung yang tak angkat callnya sampai bateri telifonnya habis.

"Haah kan diorang kan jibake tak kisah pasal kita" sahut Jisoo.

"Sedar pun"

"Diorang still kejar korang ke?" Soal Seungkwan memandang Hansol yang sedang sibuk makan jajan dengan penuh berselera.

13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||Where stories live. Discover now