"Eh kejap, kita nak beli bahan basah kat mana?" Soal Seokmin, dua sepupunya itu mula memberhentikan langkah mereka.
"Entah, Jisoo hyung tak cakap pula kena beli barang kat mana" jawab Mingyu dan diangguki oleh Minghao.
"Cuba waze kat sini mesti ada mall" cadang Minghao, terus Seokmin mengeluarkan telifonnya lalu search mall mana yang paling dekat di kediaman mereka.
"Eh korang!!" Mendengar laungan itu serentak tiga sepupu itu pusing kebelakang kelihatan Seokjin berlari kearah mereka sambil melambai.
"Korang nak pergi mana ni?" Soal Seokjin setelah dia betul-betul berada di depan mereka bertiga.
"Beli bahan basah tapi kitaorang tak tau nak beli kat mana jadi Seokmin tengah search" ujar Mingyu.
"Ohhh kalau macam tu jom la ikut hyung—
"Korang!! Aku dah jumpa!! Mall paling dekat!!" Celah Seokmin gembira ditunjuk mall yang berdekatan.
"Mall?"
"Ok aku call grab!!" Mingyu mengeluarkan telifonnya pula lalu aplikasi grab ditekan.
"Grab?" Seokjin memandang mereka bertiga tidak percaya, kenapa nak bali bahan basah kat mall? Mahal weh bahan-bahan yang dijual kat sana dan grab? Jalan kaki pun dah sampai la ke sana.
"Kenapa tak pergi pasaraya—
Belum sempat Seokjin ingin menyoal kelihatan kereta grab sudah muncul di hadapan mereka berempat.
"Ok la kami pergi dulu, bye Seokjin hyung!! Jumpa malam ni!!" Mereka bertiga terus masuk ke dalam perut kereta itu lalu melambai kearah Seokjin setelah kereta itu mula bergerak.
"Hah ye bye..."
+++
Di rumah pula, Soonyoung yang baru turun ke dapur mula mengusap perutnya kerana lapar. Dibuka peti sejuk tapi hampeh kosong sahaja di dalamnya.
"Ahh takde makanan ke? Laparrr" Soonyoung menghampiri sepupu-sepupunya yang sedang khusyuk menonton cerita di ruang tamu.
"Hyung" panggil Soonyoung.
"Apa?" Sahut Jeonghan tanpa memandang jejaka itu.
"Lapar" ujarnya sedih.
"Kalau lapar pergi la makan"
"Tapi mana ada makanan" Jeonghan memandang Soonyoung dengan terkejut manakala Jisoo memandang jejaka itu datar.
"Laparrrr nak makannnnnn" Soonyoung mula berguling berserta leterannya yang mahu makan manakala yang lain hanya mampu menggaru kepala masing-masing.
Macam mana nak dapat, 97 lines tu baru je keluar dari rumah dah ada yang minta makanan.
"Aku dah kata dan mesti ada yang menggelupur nak makan" Jisoo menggeleng perlahan lalu menyambung menonton cerita mengabaikan kesedihan yang berlaku terhadap Soonyoung kerana kelaparan.
+++
"Terima kasih pak cik!" Usai sahaja memberi duit tambang, kereta grab itu terus meluncur laju keluar dari kawasan mall itu.
"Benda pertama kita nak buat ialah cari pasar raya kat mall ni rasanya masuk-masuk dah boleh nampak kot" ujar Minghao dan tekaannya betul masuk sahaja mereka di pintu mall sudah kelihatan pasar raya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/172433581-288-k461610.jpg)
YOU ARE READING
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfiction13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...