13 putera memandang antara satu sama lain, masing-masing memberikan isyarat gaya burung, anjing, kucing tak lupa juga natang pink. Jangan risau hanya mereka sahaja yang faham maksud bahasa isyarat itu.
"Boleh aku tanya, kenapa kita berada kat kediaman putera mahkota?" Soal Seokmin dengan bingung.
Diorang jarang datang ke kediaman itu sebab itu kawasan larangan untuk 'mereka'. Ada la pernah sekali diorang buat hal kat situ terus diorang dilarang masuk ke situ.
Kalau nak masuk kena ada sebab tertentu and then nak masuk kena kurang dari 3 orang untuk 13 putera sahaja. Sebab diorang ni mana boleh percaya sangat kalau bawa ramai-ramai.
"Aku nak lawat hyung aku la, kau pahal? Tadikan aku dah kata aku rindu dia" ujar Seungcheol, mencari gaduh.
"Lek la tak payah marah waduh-waduh" Seokmin menggelengkan kepala, tak padan dah tua bangka.
"Bukan tak boleh masuk ke?" Celah Soonyoung.
"Asal pula tak boleh masuk?" Jihoon memandang Soonyoung hairan.
"Diorang takde la masing-masing pergi luar negara" jawab Soonyoung, perasan dengan riak muka mereka yang terkejut dan bingung dia menyambung.
"Omma aku bagitau, hyung aku pergi luar negara kahwin lari kot" terus kepala Soonyoung dicepuk oleh Jeonghan.
"Kahwin lari bendanya?! Ada kerja la tu kau ni" Soonyoung tersengih.
"Maksudnya hyung aku pun pergi luar negara la?"
"Yelah takkan dua-dua kahwin lari pula kan" Seungkwan terus memeluk Jeonghan apabila ada tanda yang lelaki itu mahu menumbuk muka Soonyoung.
Cakap tak kena tempat!!
"Kau ni Soonyoung, merepek pula dia
-_-" Wonwoo meluku kepala Soonyoung."Ermm tuan putera?" Semua terdiam apabila mendengar suara itu.
Lek la dayang istana je yang tegur pfft.
"Ye nak apa?" Soal Minghao dengan cool.
"Baginda nak jumpa dengan tuanku semua katanya ada benda yang nak dibincangkan" kata dayang itu berserta senyuman manis.
"Ermm baiklah yang pasal hendap ni tolong rahsiakan ye" pinta Jisoo, dayang itu mengangguk faham.
13 putera itu mula mengekori dayang itu sehingga la mereka tiba di salah satu pondok tempat di mana datuk mereka suka bersantai disitu.
Dayang itu mula meminta diri untuk membuat kerja, tinggal la putera-putera itu bersama datuknya.
"Kenapa panggil kami ke sini?" Soal Seungcheol selaku paling tua di kalangan sepupunya.
"Sabor sat kita kena tunggu yang lain dulu" ujar datuk mereka.
"Siapa?" Mereka memandang antara satu sama lain. Dalam beberapa minit kemudian muncul la ibu bapa mereka.
Masing-masing dah terdiam. Nasib baik adik beradik mereka takde kat sini.
"Annyeong anak omma!!" Jihoon tersenyum kekok melihat ommanya yang tetiba ceria.
"Baiklah semua ada kan kat sini?"
"Dah!"
"Kita akan adakan mesyuarat hari ni berkenaan kamu semua, cucuku yang disayangi" kata datuk mereka dengan senyuman manisnya.
Bagi mereka itu bukan senyuman manis tapi senyuman udang di sebalik batu. Mesti ada apa-apa ni.
"Kita tak nak lengahkan masa lagi Jongsuk sila" appa kepada Jihoon mengangguk lalu memandang Jihoon tajam.
YOU ARE READING
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
أدب الهواة13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...