"Bila difikirkan balik kenapa cadangan yang diorang bagi ni untuk kalahkan Seventeen ni agak bodoh di mata aku?" kata Yoongi secara tiba-tiba, member-membernya yang lain memandang jejaka itu tak percaya.
"Semalam kau okay je kata ye apahal hari ni tetiba nak mempersoalkan kebodohan orang?" soal Seokjin hairan, dia ingat lagi semalam memang setuju siap dia rakam lagi tau.
"Takde la aku terfikir je kenapa diorang nak buat macam tu macam kat kita dulu kang bodoh tu" luah Yoongi, dia sebagai 'AJK kejujuran ft savage itu indah' membantah cadangan-cadangan Got7 untuk mengalahkan Seventeen.
"Habistu yang dulu diorang cabar kita tu hyung paling semangat kata ye" sampuk Jungkook hairan, apa angin yang merasuk si Yoongi ni? Orang tengah sedap-sedap makan tetiba ungkit hal ni terus takde selera nak makan.
"Itu sebab aku tak tahan dengan muka Jackson macam minta nak kena sodok je dengan aku" terang jejaka berkulit pucat itu, mengingatkan semula wajah Jackson ketika itu membuatkan dia hampir sahaja melempar kerusi waktu itu juga nasib Taehyung sempat tahan dia.
Ni wajah Jackson yang membuatkan Yoongi hampir hilang kendiri nak bunuh anak orang ;
"Okay nanti aku nak tengok hyung buat" cabar Namjoon.
"Malangnya aku terlalu malas" balas Yoongi bersahaja, dia memang berdendam dengan muka Jackson tu tapi tulah dia malas nak balas dendam.
"Cakap jelah hyung takut, tak payah malu-malu nak ngaku" usik Jimin, tau sangat dengan si Yoongey ni jarang la dia jujur bab-bab macam ni tapi kalau bab nak member laju je dia jujur semua benda.
"Bukan anjay, aku cakap aku malas maksudnya aku malas la bukannya macam kau pergi tandas ajak teman padahal bilik kau dengan tandas sebelah-sebelah je" kata Yoongi serdas, Jimin mengerutkan dahinya.
"Pahal nak ungkit benda yang dah tahun lepas punya" tanya Jimin bengang, benda dah lepas pun tak boleh nak move on si taugeh ni eii.
"Saje"
"KAU TAHAN AKU" Jimin menampar lengan Taehyung yang sedang sibuk makan nasi, menyuruh jejaka itu menahannya dari membuat ketinggian Yoongi menjadi lebih terbantut daripada dia.
"MALAS!" Taehyung menjeling rakan sebayanya itu tajam, kacau aku nak makan pergi la tahan diri sendiri tu. Akhirnya, Jimin tak jadi buka gelanggang wrestling selepas diugut oleh Seokjin yang takkan masakkannya makan malam jika dia buat hal.
+++
"Dah kenapa diorang tu? Bergusti kat kantin" putera-putera itu memandang meja Bts, mereka melihat Seokjin tengah menarik pipi Jimin selepas itu jejaka mungil itu duduk sambil mengusap pipinya dengan wajah cemberut.
"Alah hyung maybe tu benda normal kat sini kot" ujar Mingyu sambil mengambil mee di mangkuk Junhui lalu dihirup dengan menggunakan cawan untuk dibuat minum teh. Takpe putera-putera yang lain dah biasa dah makan pakai barang-barang macam ni sharing is caring mah.
YOU ARE READING
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfic13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...