7

2.5K 302 143
                                        

"Siot betul bapak siapa tak tidur lagi tuuuuu" rungut Mingyu bersama yang lain. Eh sedar diri tu sikit bapak kau yang tak tidur lagi.

Kini mereka sedang bergegas pulang ke istana tapi yang payahnya terdapat ramai pengawal istana yang sedang meronda kawasan kampung, ini membuatkan 13 putera itu sukar untuk masuk ke istana. Penjagaan di sana menjadi lebih ketat.

"Macam mana nak masuk ni?" Seungcheol mengelap peluhnya.

"Sorry la aku just tau jalan masuk ikut pintu, jalan nak keluar pun ikut pintu besar tu dan pagar besar tu" ujar Soonyoung.

"Tapi sekarang dua-dua tempat nak masuk tu dikawal dengan ketat!" Minghao merengus geram.

Semua mula menjadi buntu, Hansol dan Seokmin yang dari tadi menjadi mengawal mereka semua ternampak sekumpulan pegawal diraja menghampiri tempat di mana mereka berada.

"Weh menyorok pak cik baju besi datang!!" Bisik Hansol tapi separuh jerit la. Semua mula kabut nak cari tempat menyorok.

Seungkwan yang tak tau apa-apa terus landing atas jalan acah macam patung.

"Eh sengal nak jadi bodoh bukan sekarang" Jeonghan terus menarik Seungkwan masuk ke dalam rumah usang.

Hilang sahaja kelibat pengawal diraja itu, semua menghela nafas lega. Diorang lagi rela masuk ke istana tu sendiri daripada kena tangkap dengan pengawal tu. Kalau kena tangkap, esok juga mereka terus pergi Seoul.

"Psst! Korang!!" Panggil Jisoo yang berada di atas pokok. Walaupun muka dia macam ikan josh tapi sebenarnya dia ni spesis monyet pandai panjat bhai HAHAHAHAHA.

Mereka menghampiri Jisoo lalu mendongak sambil ternganga melihat Jisoo yang sedang turun dari pokok dengan senangnya. Kan betul dia spesis monyet HAHAHAHA.

"Woow.. hyung nanti ajar aku panjat pokok tau" pinta Chan dengan penuh takjub.

"Nanti-nanti la aku ajar, sekarang ni aku tau macam mana nak masuk istana tu" semua mengerutkan dahi.

"Ada ke? Kat mana?"

"Tuuu" Jisoo menunjukkan satu rumah usang yang berdekatan dengan istana itu tempat Jeonghan dan Seungkwan menyorok tadi.

"Kau ni biar betul? Tadi aku dengan Kwan masuk takde apa-apa pun dalam tu kosong" Seungkwan mengangguk menyetujui kata-kata Jeonghan.

"Itulah kau, aku ajak kita cari jalan keluar istana ni kau tak nak" Jeonghan memegang dadanya, kesian kena sindir.

Jisoo masuk ke dalam rumah usang itu diikuti yang lain. Ada yang dah seram sejuk dan ada yang buat muka nak tidur.

"Weh cepat aku nak tidur" Jihoon yang dari tadi berdiam diri akhirnya bersuara.

"Korang nak tau kenapa rumah ni tak diruntuhkan?"

"Kenapa?" Wonwoo yang ingin tahu, menyoal.

"Sebab ni" Jisoo menarik papan besar di atas lantai, terpampang la tangga menuju ke bawah tanah.

"Wow.. jangan kata jalan bawah tanah ni menuju ke istana" Jisoo mengangguk makin ternganga la mereka.

"Jom la turun" mereka mengangguk lalu mengikuti Jisoo turun ke bawah.

"Gelap.."

Tap!

"Dah tak gelap lagi" mereka melihat sekeliling, ruang bawah tanah ini diterangi dengan lampu mentol yang berada disekeliling.

"Aik bukan selalunya bilik bawah tanah ada obor kan?" Soal Junhui hairan, dia pasti laluan bawah tanah ni dah lama wujud pahal tetiba nampak moden ni.

"Itu dulu sekarang aku dah tukar dengan mentol" jawab Jisoo sambil berjalan kehadapan.

"Jisoo kau patut ajak aku ikut kau" ujar Seungcheol sambil matanya memandang setiap ruang bawah tanah itu.

"Eh kejap!! Ada tiga lorong ni!!" Jerit Seokmin. Dia tak sangka laluan ni besar juga bukan sahaja menuju ke istana malah di tempat lain.

"Laluan ke istana just straight je"

"Yang lagi dua ni bawa ke mana?" Seungkwan menunjuk kedua-dua lorong itu. Satu di kiri dan satu lagi di kanan manakala laluan ke istana ditengah-tengah.

"Entah, aku tak pernah pergi pula better jangan pergi masuk laluan tu"

"Kenapa?"

"Sebab dia kata jangan lalu?" Ujar Chan sambil membaca papan tanda yang berada di kedua-dua laluan itu tadi.

Semua memandang antara satu sama lain.

Jeonghan menghampiri papan tanda itu lalu diteliti, macam ku pernah nampak je tulisan ni.

"Eh ni bukan ke tulisan appa aku—

"Ok jom masuk istana cepat!! Jom cari alasan kat omma appa kita" Jisoo terus berlari meninggalkan yang lain, Jeonghan turut berlari mengejar yang lain terus terlupa dia apa yang dia nak tanya.

Apabila Jisoo berhenti berlari, mereka turut berhenti masing-masing mengambil nafas panjang.

"Ok kita dah masuk ke kawasan istana"

"Sorry to say la korang jangan marah aku bila aku bagitau kita kat mana" sambungnya lagi.

"Kat mana?" Jihoon yang sudah gementar memandang Jisoo dengan penuh berharap. Tolong la diorang bukan kat tempat larangan seperti...

"Taman persendirian putera mahkota"

"Whattahell!!" Semua dah jatuh terduduk ada yang dah nak pengsan. Tempat yang paling diharamkan untuk 13 putera itu datang. 

Mampos ah mereka kejap lagi.




_______
Sorry lambat update hiks hari ni dah balik

13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang