6

2.8K 301 106
                                        

<< Seoul, South Korea >>

Pak!

Jungkook menutup mulutnya perlahan, dipandang ruang tamu yang gelap gelita itu dengan langkah yang berhati-hati dia menuju ke dapur.

Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi rare betul curi-curi makan waktu macam ni. Waktu paling mustajab katanya.

Dia membuka suis lampu dengan perlahan, dalam sekelip mata ruang dapur itu menjadi terang. Jungkook tersenyum suka lalu pergi ke peti simpanan makanan.

Dibuka peti itu maka terpampang la syurga makanan di hadapannya ewahh.

Baru sahaja dia ingin ambil jajan tiba-tiba ada orang menepuk bahunya. Jungkook terkaku seketika, berharap orang yang menepuk bahunya bukan hyung line lagi-lagi Seokjin.

"Ui makan tak ajak aku" ujar satu suara, Jungkook menoleh kebelakang lalu menghela nafas lega.

"Ish Taehyung hyung ni buat orang terkejut je" Taehyung tersengih lalu memandang makanan dan Jungkook silih berganti.

"Jom makan nak?"

"Memang aku nak makan pun" mereka berdua tersenyum sinis lalu mengambil makanan di dalam peti itu.

Dengan tak baca doa makan, mereka terus melahap tanpa pandang kiri kanan atas bawah.

Sedang mereka makan tiba-tiba kerusi di sebelah Taehyung ditarik oleh seseorang. Serentak dua kepala memandang empunya itu.

"Nak sikit keropok" dengan mamai dia menghulurkan tapak tangan di hadapan Jungkook.

"Yoongi hyung?"

"Apa? Aku lapar k kalau aku lapar aku tak boleh tidur" Yoongi terus merampas keropok dari Jungkook lalu makan.

"Pergh tak ajak" ujar seseorang di sebelah Jungkook. Terus terlompat si maknae.

"Ish Namjoon hyung!" Namjoon tersengih lalu meneguk jus oren.

"Hehe apa? Nak sikit" pinta Namjoon, Taehyung memberikan biskut kepada Namjoon.

"Eh jap bau apa yang sedap ni?" Keempat-empat manusia itu terus memandang ke arah dapur yang kelihatan berasap.

"Nani?"

Muncul la seorang manusia pendek sedang memegang periuk yang berisi ramyeon.

"Bapak rare kau Jimin makan ramyeon" Hoseok yang sedang makan aiskrim menggelengkan kepala.

"Eh tengok orang la" hidung Jimin kembang kempis dengan riaknya.

Taehyung memandang Hoseok seketika. Tetiba je muncul pak cik ni.

"Sejak bila hyung muncul?"

"Sejak tadi kau je yang tak perasan"

Jimin membawa periuk berisi ramyeon itu lalu diletak atas meja.

"Nak sikittt" meleleh air liur Namjoon melihat Jimin yang sedang menikmati ramyeon itu.

13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang