Pada pagi yang indah, burung berkicauan cuba mencari pasangan hati ewahh, lebah mula hinggap di bunga-bungaan untuk menghasilkan madu ye aku tahu takde kena mengena dengan cerita ni. Sabor sat.
Di satu tempat yang terlindung, terdapat satu istana moden tetapi bentuk seperti istana pada zaman dahulu yang mempunyai ruang yang sangat besar seperti boleh memuatkan lebih 10 keluarga di dalam istana itu.
Seorang gadis yang berpakaian hanbok berkain sutera, berambut coklat cair bertocang satu sedang mengutip bunga mawar yang ditanam di taman istana itu dengan berhati-hati.
Belum sempat dia ingin menghidu haruman bunga mawar itu terdapat satu jeritan yang boleh dikatakan satu istana boleh dengar kedengaran. Tersentak gadis itu dibuatnya.
"BOO SEUNGKWAN! CHWE HANSOL! KAMU BUAT APA NI?!"
"HAHAHAHAHAHAHA!!"
Kelihatan la dua orang lelaki yang boleh dikatakan umur dah 18 tahun tapi perangai tak reti nak matang itu menghampiri gadis itu.
"Hai Hangyeol!!" Tegur Hansol dengan sengihannya tetapi adiknya langsung tak terpikat dengan sengihan hodoh Hansol itu.
"Oppa berdua ni buat apa kali ni? Kacau atok tidur lagi?" Hangyeol mencekak pinggang.
"Takde la kitaorang tak kacau! Sampai hati Hangyeol tuduh kitaorang macam tu!" Seungkwan memuncungkan bibirnya, acah sedih.
"Habistu?"
"Kitaorang tak kacau la, tadi atok minta buatkan air teh herba jadi kitaorang buatkan la yang aku peliknya punya la banyak dayang kat depan bilik dia, kami juga yang kena" cerita Hansol.
"Biasa la tu, hari tu dia minta Seungcheol oppa buatkan" kata Hangyeol.
"Patutlah Seungcheol hyung kena denda pfft" Seungkwan menutup mulutnya menahan tawa. Tak nak bagi si abang mendengar, walaupun lelaki itu jauh daripada mereka telinga dia macam gajah tau boleh dengar dari jauh.
"Kenapa?" Hansol memandang Seungkwan pelik.
Dia pun ingat ketika itu Seungcheol kena denda berendam dalam kolam ikan selama 2 jam habis demam lelaki itu dibuatnya tapi sampai sekarang sebabnya menjadi tanda tanya.
"Sebab Seungcheol letak garam dalam teh tu" bisik Seungkwan pada Hansol dan Hangyeol.
"Patutlah" Hangyeol menggelengkan kepala.
"Jadi apa sebab atok marah kat oppa berdua tadi?"
"Kitaorang letak kayu sugi dalam teh herba tu" jawab Hansol selamba.
Gadis itu menepuk dahinya, apa kebenda letak benda tu dalam teh herba atok sendiri?
"Dah takde kerja ke?"
"Bukan takde kerja, kitaorang saja letak sebab nak bagi gigi atok wangi sikit" kali kedua Hangyeol menepuk dahinya.
Pahal la oppa di depannya ni terlalu dungu?
"Dah! Pergi masuk kelas oppa!! Sesat pula datang sini shuh!!" Halau gadis itu, makin lama layan diorang berdua boleh dungu jadinya.
"Halau kita pula, kau tak masuk kelas?" Bidas Hansol tak puas hati.
"Cikgu tak datang hekhek" Hangyeol menayang punggungnya pada Hansol dan Seungkwan.
Dengan menyampahnya Hansol menendang punggung adiknya itu lalu berlari masuk ke kelas bersama Seungkwan.
"Kurang asam betul! Cik Han!!!" Laung Hangyeol kuat, datang seorang dayang lalu menunduk pada gadis itu.
"Ye puteri Hangyeol?"
"Pengilat kuku saya ada lagi kan?" Soal Hangyeol.
"Masih ada 10 lagi kenapa ye?"
"Bagus tolong ambilkan satu saya nak buat something ni hehe" Dayang itu menunduk lalu segera pergi mengambil barang itu manakala Hangyeol tersenyum sinis. Tak tahu la dia tengah fikir apa tu.
+++
"Jisoo sayang bangun ler, mengadanya nak omma bangunkan" seorang perempuan berumur 40-an mencubit pipi anaknya yang masih berselibung dalam selimut. Dah nak pukul 9 woi boleh pula dia tidur.
Mahanari Hong kejutkan anak wuuu.
Tetapi lelaki itu masih lagi tidak bangun mahupun bergerak dari katilnya.
"HONG JISOO!! BANGUN! IJAE WAKE UP! WAKE UP!!" Tubuh Jisoo digoncang kuat. Lelaki itu tetap tidak bangun, makin galak berdengkur ada la.
"IJAE WAKE UP! WAKE UP! WAKE UP HONG JISOOOO!!"
"WARGHHH JIHOON BANGUN! JANGAN NYANYI DAH!" Terdengar jeritan di bangunan sebelah berserta sorakan yang seronok? Di bangunan sebelah itu.
"THANK YOU JIHAE SEBAB KEJUTKAN ANAK AKU! NAK DEKAT 2 JAM AKU KEJUTKAN DIA NASIB ADA KAU WOHOOO" maharani Hong ternganga, punya la nak tercabut anak tekak yang bangun anak orang bukannya anak sendiri.
"Jisoo bangun ler, omma merajuk kang tak dapat kiss dari omma nanti" kata maharani Hong sedih.
"OK JISOO BANGUN!!" Jisoo bangun dari perbaringannya dengan muka tak puas hati.
"Amboi tidur memang pakai baju segak-segak ke?" Perli maharani Hong.
Jisoo tersengih.
"Sebenarnya, Jisoo dah lama bangun dah mandi semua cuma saja nak omma bangunkan hekhek" maharani Hong tersenyum manis melihat muka Jisoo yang memohon ampun darinya.
"Omma.. jangan marah—- ARGHGHH SAKITTTTT" Jisoo mengaduh sakit sambil memegang telingannya yang dipiat oleh maharani Hong.
"Engko main-main dengan aku? Omma murka ni omma murka!! Amboi!! Pergi sekolah sekarang!! Cikgu dah lama tunggu!!" Segera Jisoo berdiri dan keluar dari biliknya itu sempat lagi maharani Hong tampar punggung anaknya itu.
Uishh (・∀・)
"Haish apa la nak jadi dengan budak ni"
_______
Aku tahu sikit jangan risau itu baru permulaan
ANDA SEDANG MEMBACA
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfiction13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...
