"Ok dah ready nak pergi rumah sebelah?" Soal Seungcheol lalu mengira bilangan sepupunya eh tiba-tiba tak cukup seorang, siapa pula yang hilang kali ni.
"Eh kejappppp" jerit seseorang yang sedang tergopoh gapah turun ke bawah. Semua menatap Minghao dengan hairan.
"Ya tuhan.. apahal kau pakai baju macam tu? Orang nak pergi rumah sebelah je" tegur Junhui, teruk sangat fesyen Minghao ni pergi rumah sebelah je dia punya pakaian tu macam nak pergi restoran 5 bintang.
"Tapi kena pakai baju lawa-lawa juga" balas Minghao, itulah yang diajari oleh ibu bapanya nak pergi mana-mana mesti berfesyen ok baru la swag.
"Pakai baju biasa sudah la dey!!" Jejaka itu mencebik perlahan.
"Hmmm yolah"
Selesai sahaja Minghao menukar pakaian yang lebih bersesuaian, mereka terus pergi ke rumah sebelah belum sempat Seungkwan ingin mengetuk pintu tiba-tiba kedengaran jeritan yang agak nyaring dari dalam rumah itu.
"JUNGKOOK!! PAKAI BAJU CEPAT APAHAL KAU BUAT CLUB KAT TENGAH-TENGAH RUANG TAMU NI?!"
"TAEHYUNG! YA TUHAN SIAPA YANG IKAT BUDAK TU KAT TEPI LANGSIR HAH?!"
"JIMENG KAU KEJUTKAN YOONGI TU TAU NAK BUAT REHEARSAL MATI AWAL JE"
Putera-putera itu terdiam, ada yang sudah pamerkan wajah ketakutan dan ada yang menggaru kepalanya dengan penuh speechless mana tau mereka datang salah rumah ke.
"H-hyung... diorang ok ke dalam rumah tu?" Soal Seokmin yang mula berasa cuak.
"O-ok kot maybe tu cara percakapan diorang kat sini" jawab Jisoo cuba menenangkan sepupunya. Kang ada yang berlari balik rumah kejap lagi kalau tak ditenangkan.
Wonwoo mula menyiku badan Seungcheol memberi isyarat menyuruhnya mengetuk pintu selepas melihat Seungkwan macam dah takde keberanian nak ketuk, dengan teragak-agak Seungcheol mengetuk pintu.
Tok! Tok! Tok!
"DAH SEMUA READY AKU NAMPAK ENGKORANG MENGHURU HARAKAN DEPAN TETAMU MALAM NI AKU JUGA SUNAT SEKOR-SEKOR" putera-putera itu tersentak apabila mendengar jeritan nyaring itu yang semakin dekat dengan pintu. Buka sahaja pintu terpampang wajah Seokjin yang sedang tersenyum manis pada mereka.
"Hai!! Welcome to Bts House!! Jemput la masuk jangan malu-malu" pelawa jejaka itu, mereka hanya mengangguk dan masuk lalu duduk di sofa yan disediakan ada juga yang duduk di atas lantai sebab ramai kan mana muat.
"Thanks sebab jemput kitaorang susah-susah je" dengan segan Hansol menunduk hormat pada Bts.
"Tak susah mana pun, bukan selalu kitaorang jemput orang" Jimin tersenyum manis pada jejaka itu, sebenarnya bukan jarang tapi mereka tak pernah pun jemput sesiapa datang ke rumah mereka, kiranya putera-putera itu tetamu pertama mereka la. Wuuu.
"Memandangkan kitaorang tak berapa kenal korang sangat, so korang dari mana?" soalan Namjoon, membuatkan mata-mata mereka terbuntang luas.
"Errr d-dari..." Mingyu mengangkat keningny, dia terus memandang sepupunya seperti membuat telepati.
'Habislahhhh soalan mauttt'- Mingyu
'Kita dari mana dho? Sumpah aku lupa kita tinggal kat mana dulu'- Seungcheol
'Sama la weh patutlah atok beria halau kita, semua tak ingat tinggal kat mana'- Jeonghan
'Halah tipu sunat jelah susah sangat hah'- Chan
"K-kami dari Busan!" jawab Jihoon mewakili yang lain, lambat sangat nak respons nasib baik Jihoon cepat tangkap soalannya.
"Ouh tempat tinggal Jungkook dengan Jimin" Hoseok memandang Taehyung yang sibuk bermain telefon bersama Soonyoung dan Seungkwan. Ni kalau Seokjin nampak ni confirm malam ni juga mamat tu kena sunat nasib hyungnya itu sedang sibuk di dapur.
"WOHOOOO ADA MEMBER BUSAN BOYS GAISSS" jerit Jungkook riang lalu menepuk tangan bersama Jihoon yang masih bingung. Tetiba je ajak main tepuk-tepuk ni.
"korang nanti sekolah kat mana?" soal Yoongi pula.
"Seoul Highschool"
"Lahhh sama la kita, korang la yang pengetua mention tu"
"Senang la nanti korang tolong tunjuk jalan"
"No problem la"
"Ok guys jom makannnnn" semua terus berlari ke belakang rumah, katanya makan malam kat belakang rumah baru la best plus tak sempit.
Selesai sahaja makan dan berbual jam sudah menginjak pukul 11 malam, putera-putera itu mula meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Dah pergi tidur semua set jam bangun awal, first day ni kita jangan buat hal" pesan Seungcheol yang baru sahaja keluar dari bilik air. Baju sekolah? Jangan risau diorang dah iron awal-awal lagi sebab takut kalau iron esok pagi jadi kabut pula lagipun bukannya ada dayang pun yang akan tolong ironkan baju mereka.
"Giliran haku pulaaaa!!" setelah menunggu hyungnya keluar dari bilik air, dengan senang hati Chan memulas tombol bilik air tu tetapi berkunci.
"EIII SIAPA MASUK NI?! TAK TAU KE DAH 30 MINIT HAKU TUNGGU SEMATA-MATA NAK GOSOK GIGI JE EII SIAPA POTONG BARISAN TU?!" bentak Chan geram, kesian dia sepupu dah la ramai bilik air pula ada tiga je hmmm sadisnya hidup.
"Apa kau?" Soonyoung membuka pintu bilik air sambil menggosok gigi.
"Dah sana!! Sesuka hati je potong barisan"
"Tapikan kau kan maknae--
"I DON'T CARE! YOU SHUHHH" Chan menarik hyungnya keluar lalu cepat-cepat masuk ke dalam bilik air dan kunci.
"Ehh kenapa dengan Chan tu?" terkebil-kebil Soonyoung memandang pintu di depannya.
"Macam la kau tak tau perangai dia macam mana, kau kumur jelah kat dapur ada sinki juga tu" terang Jisoo sebelum masuk ke dalam bilik untuk tidur.
"Nae"
"Jangan lupa tutup semua lampu kecuali lampu dapur"
"iyeyeyeye, goodnight"
"You too"
________________________
Yow sorry la kalau hambar huhuw aku serabut sikit haish satu-satu datang btw enjoyyyyy
![](https://img.wattpad.com/cover/172433581-288-k461610.jpg)
YOU ARE READING
13 Princes || Seventeen x Bts ft Got7 ||
Fanfic13 putera diraja terpaksa hidup seperti orang biasa akibat terlalu bergantung kepada kemewahan dan tak mahu berdikari. Nasib baik 7 jejaka biasa ini sudi menolong mereka tanpa mengetahui identiti sebenar 13 putera itu. Hambek mesti huru hara nanti...