BAB 1

866 8 0
                                    

MEL mengerutkan dahi. Bajet dahlah ciput, tapi permintaan mengalahkan Perdana Menteri. Hisy... makin menjadi-jadi pula cerewet bosnya ini.

"Mel! Saya tak nak karpet yang plain macam ni. Ketinggalan zaman, tahu tak? Apa kena dengan awak ni? Otak letak kat lutut ke apa?"

Pedih hingga ke hulu hati. Terbakar hati Mel. Harap muka aje hensem, tapi perangai macam firaun! Rasa macam nak bagi tempeleng sedas kat muka. Tapi, tak pasal-pasal dapat surat cuti buat selama-lamanya pula nanti. Sabar ajelah jawabnya. Amarah dalam dada di pekung padat-padat. Nada suara di lenturkan selembut mungkin.

"Tuan, memang tempoh hari saya dah mohon pada ibu pejabat untuk order karpet corak pavilion khusus untuk pejabat tuan. Tapi, ibu pejabat tolak mentah-mentah. Diorang kan nak selaraskan dengan jabatan-jabatan lain pula. Kalau nak buat juga, takde masalah. Tapi, kita kena guna peruntukan bajet jabatan kita sendiri. Bajet jabatan kita mana cukup. Kalau bajet kita juta-juta, bukan setakat dalam pejabat, sampai dalam tandas pun saya salutkan dengan karpet jenis tu."

Kelat melatari wajah Arish. "Awak sindir saya ke apa ni? Dah! Saya tak nak dengar alasan bodoh macam ni! Jangan nak salahkan bajet ciputlah, tak cukup koslah. Patutnya pandai-pandailah awak fikir macam mana nak optimakan hasil dengan bajet yang sikit macam tu. Barulah perbelanjaan berhemah. Takkan itu pun saya kena ajar? Kalau macam tu, baik awak letak jawatan aje. Biar saya yang uruskan semua urusan pentadbiran ofis ni!"

Gulp! Naik darahlah pulak tuan inspektor seorang ni. "Err... saya... saya minta maaf, tuan. Saya tak bermaksud macam tu."

"Dah! Keluar sekarang! Tak payah nak berdrama sangat kat sini!"

Gugup Mel menjawab. "Err... tuan... err... ni senarai yang tuan suruh saya sediakan tu."

"Letak aje atas meja tu. Sekarang ni, awak keluar! Pergi settlekan semua kerja awak tu. Kalau tak siap, jangan harap awak boleh cuti ya!"

Nah! Kan dah keluar bibit-bibit amaran manja. Kecut perut Mel. Masaklah kalau mamat cengcong ni cancel cuti dia. Hisy, tak boleh jadi ni. Kena siapkan hari ni juga nampaknya. Terkocoh-kocoh Mel melangkah keluar.

Geli hati pula Arish melihat wajah pucat lesi Mel. Tahu pun takut! Fail-fail kes yang menimbun atas meja sekadar menjadi santapan mata. Berat rasa tangan nak mencapai. Tak habis-habis kes jenayah di sana sini. Entah bilalah kes jenayah sifar nak dicapai. Takkanlah nak tunggu Superman, Batman, tak pun Ultraman muncul baru semua penjahat, perompak dan yang seangkatan dengannya akan pupus kot? Jawabnya sampai kiamatlah takkan tercapai misi tu!

Sepasang mata galaknya tiba-tiba tersorot pada senarai yang diberi oleh Mel tadi. Pantas dia mencapai senarai tersebut. Satu per satu ayat yang tertera terus sahaja menangkap ruangan matanya.

Calon akhir gadis idaman Tuan untuk sessi perkenalan dengan walid dan mami

Qisya VS Suzanne.

Kerja- Tauke Butik Busana Muslimah  /Kerja- Model

Cantik – 5 / Cantik – 5

Pintar – 4 / Pintar – 2

Memasak-Kampung / Memasak-Western

Fesyen-Klasik / Fesyen-Moden

Catatan : Markah penuh 5/5. Tuan pilihlah sendiri pemenangnya, ya.

Pantas Arish mendail interkom Mel. "Masuk sini kejap, Mel."

SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTORWhere stories live. Discover now