Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA.
INILAH pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini. Sangkaannya jauh sekali meleset dengan apa yang pernah didengarinya sebelum ini. Acap kali media elektronik dan media cetak di negaranya memperlekeh dan memperkecilkan negara ini. Negara mundur, kurang serba-serbi. Semuanya kata-kata berbaur prejudis. Namun sebaik sahaja kakinya terjejak ke sini, semua pojokan sinis tersebut terbang jauh melayang-layang. Lapangan terbang yang moden, bangunan pencakar langit yang tinggi menjulang awan. Hebat. Gah. Setanding dengan bumi kelahirannya, Sepanyol. Memang wajarlah berita yang tersiar di media cetak dan elektronik di negaranya selalu diragui kesahihannya. Menipu aje kerjanya. Sebijik macam aku, getus Robo dalam hati sambil tersengih.
"Apasal asyik sengih aje ni, bos? Ni mesti jumpa dengan pramugari cun-melecun kat atas flight tadi, kan?" jerkah Togo.
Robo tersentak. Kepala Togo segera ditunjal.
"Sakitlah, bos!" teriak Togo sambil menggosok-gosok kepalanya.
"Rasakan! Buat lagi lawak bodoh! Serius sikit lain kali. Kita ada misi penting, faham? Jadi macam mana? Semua maklumat dah ada ke?"
"Beres, bos. Semuanya dah ada. Lengkap. Terkini. Hebat lagi sensasi," kata Togo sambil tersengih-. Terserlah sebarisan giginya yang kekuningan.
Robo mencemik. "Kau jangan nak tabur janji manis sangat. Cakap aje lebih, tapi satu hasil pun tak Nampak! Buat apa? Aku nakkan hasil, faham tak? Hasil! Hasil! Bukan propa semata-mata."
Togo dah senyum kambing. "Jangan risaulah, bos. Gerenti semuanya akan berhasil nanti. Sebagai permulaan, saya akan nyanyikan lagu janji manismu dendangan Aisyah untuk bos, ya. Oh dunia ini, penuh kepalsuan, oh mungkinkah tiada keikhlasan... apakah ini, suatu pembalasan..."
Kecepuk!!! Sekali lagi kepala Togo ditunjal. Kali ini lebih keras. "Aku tengah serius, kau boleh main-main pulak, ya? Kau jangan uji tahap kesabaran aku, Togo!" herdik Robo. Wajahnya masam mencuka.
Togo telan liur. Alamak! Naik anginlah pulak bosnya ni. Ligat otak Togo memikirkan ayat-ayat yang harus dilemparkan untuk meredakan kemarahan Robo.
"Err... jangan marah, bos. Saya gurau aje. Takkanlah nak gurau pun tak boleh? Sekali-sekala kita kena release tension gak, kan?"
"Masalahnya aku tak release tension pun, tapi tambah tension lagi adalah!" jerkah Robo lagi.
Togo telan liur. Dikala ini tiada gunanya dia cuba meredakan kemarahan Robo. Silap-silap dia pula yang kena nanti. "Ok... ok... saya minta maaf. Sekarang ni kita fokus pasal kerja. Jom, saya kenalkan bos dengan bos besar saya. Dia akan terangkan semuanya pada bos nanti. Silakan."
Togo sudah melangkah ke arah sesusuk tubuh yang sedang elok duduk menyandar di kerusi sambil menyelak surat khabar. Pantas Robo membontotinya dari belakang.
"Big boss, kenalkan. Inilah Robo, penjejak harta karun yang terkenal di seantero dunia," ungkap Togo sebaik sahaja mereka berdua berada betul-betul di hadapan lelaki itu.
Robo terjenguk-jenguk, cuba melihat setiap ruang inci wajah lelaki itu. Mana tahu kalau-kalau dia pernah terserempak sebelum ini. Namun, gagal. Spek mata hitam dan topi yang menutupi separuh daripada wajah berjaya melindungi lelaki itu daripada dikenal pasti.
Surat khabar di tangan segera diletak ke tepi. Matanya tajam meneliti ke setiap inci. Rupa, boleh tahan gengsternya. Pakaian, kemas lagi bergaya. Memang berkaliber. Boleh dipercayai, getus big boss dalam hati.
Tangan dihulur. Jemari sasa Robo di raup kemas. "Jadi inilah Robo. Salam perkenalan. Kita tak pernah berkerjasama sebelum in,i namun itu bukan bermakna kita tak mampu bekerjasama, kan? Aku harap kau boleh jayakan misi kita ni sebaik-baiknya," ujar big boss sambil tersenyum lebar.
YOU ARE READING
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR
RomanceTall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun sikap cerewet tak bertempatnya benar-benar menguji kesabaran. Hanya seoran...