BAB 5

261 2 0
                                    

RUMAH papan sederhana besar itu kelihatan sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. Mel tekadkan hati. Dengan sepenuh tenaga dia melaung sekuat-kuatnya. "ASSALAMUALAIKUM!!!"

Bunyi berkeriut di pintu segera melegakan Mel. Itu petanda baik! Pasti ada orang di dalam. Pintu terkuak lebar. Wajah kusam Mak Cik Senah, ibu kepada Rizal segera menerpa ke ruangan mata.

"Waalaikumussalam. Err... mike... mike ke mari, Mel? Err... Rizal... Rizal takde kat sini," gugup Mak Cik Senah menjawab.

Serentak Mel, TJ dan Lili membalas. "Dia pergi mana, mak cik?"

Mak Cik Senah mengeluh. "Dia takde pula kabo apa-apa kat teman. Entah ke mana ler dia meraban teben. Cuma ada ler dia tinggalkan sepucuk surat. Tunggu kejap teman pergi ambil, yer."

Mak Cik Senah bingkas masuk ke dalam meninggalkan mereka bertiga termangu-mangu.

Mel senyum kambing. "Aik? Tak sangka betul. Rupanya minat si Rizal tu sama dengan aku. Suka tengok cerita Space Cop Gaban. Pastu tengok Gaban pakai spek mata Rayban. Kelas betul bakal laki aku ni."

Dahi Mel di tunjal keras TJ. "Banyaklah kau punya Gaban pakai spek mata Rayban! Mak Cik Senah cakap tadi, meraban teben. Maksudnya merayap tak tentu hala."

Takjub Mel mendengarnya. "Wow! Sejak bila pula kau pandai cakap loghat Perak ni? Bukan kau orang Pahang ke?"

TJ menyengih. "Biasalah. Aku kenalah belajar loghat negeri bakal suami aku..." Opps!! TJ telan air liur. Kata-katanya mati. Macam mana pula dia boleh tersasul ni?

Mujur Mel langsung tidak mengesyaki apa-apa. "Oh, Mr R kau tu orang Perak juga rupanya? Samalah pula dengan si Rizal. Nanti time raya bolehlah kita balik kampung sama-sama."

Peluh renik sudah menitik ke pelipis dahi. Gugup TJ menjawab. "Err... boleh... boleh aje. Takde masalah."

"Korang berdua ni diam sikit boleh tak? Tekak aku ni dahlah kehausan tengah hari rembang ni. Mak Cik Senah ni pun satu. Kot iya pun jemputlah kita masuk dulu. Tak pun hidangkanlah air kopi ke, biskut kering ke," sungut Lili sambil mengelap-ngelap peluhnya yang dah mula berjuraian ke dahi.

"Banyaklah kau punya kopi! Aku datang sini bukannya nak buat lawatan sambil belajar. Aku nak cari bakal laki tak jadi aku tu. Kalau kau nak kopi sangat, apa kata kau pergi aje kat Pak Hailam Kopitiam tu. Yang kau ikut aku tu buat apa?" gerutu Mel dengan wajah bengang.

"Janganlah marah, beb. Aku tanya aje. Tekak ni takdelah nak minum sangat pun. Kalau tak bagi pun, takpelah," balas Lili dengan nada mendatar. Nasiblah kawan baik, kalau tidak dah lama dia angkat kaki.

Mak Cik Senah muncul semula di muka pintu dengan sepucuk surat di tangan. Terus sahaja di hulurkan surat tersebut pada Mel.

Dengan rakus, surat tersebut di sambar dan hujung sampul segera di koyakkan. Serangkap demi serangkap kata-kata yang tertera terus sahaja tertangkap di bebola mata Mel.

Assalamualaikum...

Semasa surat ini sampai ke tangan awak, mungkin saya dah tak ada di situ. Kaki ini pasti sudah melangkah jauh, jauh dari semua insan-insan tersayang dalam hidup ini. Bukan tak suka, tapi takut duka. Bukan tak sudi, tapi takut benci. Bukan tak cinta, tapi takut dusta.

Begini ajelah. Kalau cinta kita betul-betul kuat, ombak yang kuat membadai pun tidak bisa menghakis cinta yang bersemi dalam hati kita. Ingatlah... walaupun kita berjauhan, tapi kita tetap berdiri di atas bumi yang sama.

Salam sayang tulus ikhlas dari,

Rizal Rozali

Apa ertinya semua ni? Mel bingung.

SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTORWhere stories live. Discover now