Arish membelek-belek sudu dan garpu itu berkali-kali. Berkilat, tapi belum tentu lagi bersih, omongnya dalam hati. Kali ini dah masuk tiga kali sudu dan garpu itu disentalnya dengan tisu. Sampai naik jelak Mel memandangnya.
"Tak nak cuci sekali meja dengan kerusi ni ke?" sindir Mel.
Arish tarik muka. "Amboi, tak sayang mulut ke apa ni? Saya cuma nak pastikan segala kuman dan bakteria tak melekat kat sudu ni. Kalau saya sakit perut nanti, siapa nak bertanggungjawab? Awak?"
Mel senyum sinis. "Apa susahnya. Sebelum makan, bacalah doa makan dulu. Pasti kita akan terhindar daripada bahana yang boleh memudaratkan. Jangan sesekali lupa, ALLAH kan ada."
Arish terkesima. Pedih hingga ke dasar hati. Tahu perbualan ini kian tidak memihak padanya, terus sahaja dia menyumbat Yee Mee Sizzling yang masih berasap-asap ke dalam mulutnya. Kebetulan dia juga memang tidak makan apa-apa sejak dari pagi tadi.
Sengaja dia tidak mempelawa Mel. Arish yakin dan pasti, Mel pasti belum makan sejak dari tadi memandangkan berkali-kali gadis itu meneguk air liurnya.
'Sabar ajelah! Boleh tahan juga pelahapnya dia ni. Dahlah langsung tak pelawa aku makan. Malanglah siapa yang jadi awek kau!' kutuk Mel dalam hati.
"Eh, kenapa awak tak makan sama? Pergilah beli makanan. Tak seronoklah saya makan sorang-sorang. Nah, ambik kad ni."
Huluran di sambut dengan tangan yang longlai. Nak beli apanya? Harga Yee Mee Sizzling tu pun dah RM 5.60. Takkanlah dia nak canangkan pada mamat ni bahawasanya baki kad ni tinggal sepuluh sen sahaja? Mahu seminggu dia kena bahan nanti.
Mel berdalih. "Err... takpelah kot. Tuan makan ajelah. Saya dah kenyang. Tadi saya dah makan."
Arish menahan tawa dalam hati. Riak ala-ala sendu di wajah Mel cepat sahaja tertangkap di matanya. Nampak sangat minah ni tak ada duit. Dah terdesak macam ni pun ada hati nak menipu lagi. Sengaja dia menambah gusar di hati Mel.
"Oh, ye ke. Kalau macam tu tolong belikan Milo ais untuk saya. Kering pulak tekak ni."
Sudah! Macam mana dia nak beli Milo ais untuk mamat cencong ni? Jangan cakap Milo ais, air suam pun belum tentu lagi boleh dapat dengan baki sepuluh sen dalam kad itu.
Pucat yang terlarik di wajah Mel kian menggeletek jiwa Arish. "Cepatlah! Saya dah dahaga ni. Takkanlah baki dalam kad tu dah habis pula, kot? Tadi cakap kat budak tu macam banyak sangat duit. Hah, dalam dompet ni takkan langsung takde duit?"
Selamba Arish menyambar dompet Mel yang memang terletak di atas meja. Kosong. Kempis tak berisi. "Lah, betullah kosong! Kelmarin kan baru gaji. Takkanlah hari ni dah licin semuanya?"
"Macam tak biasa pulak tuan ni. Biasalah, duit gaji tu parking dalam dompet saya ni sehari aje. Lepas tu, duit-duit tu semua pindah kat bank, takaful insuran, Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan lain-lain yang seangkatan dengannya," gumam Mel dengan nada mendatar.
Tergeleng-geleng kepala Arish. Dompet Mel diselongkarnya sekali lagi. "Biar betul! Takkanlah sampai licin semuanya?"
Dengan tidak semena-mena sekeping gambar berukuran pasport jatuh berguguran ke atas meja. Pantas Arish menyambar gambar tersebut.
"Wow! Siapa ni? Boleh tahan juga hensemnya. Suami awak, ya? Hmm... Patutlah dia cabut lari. Korang memang tak sepadan. Macam pinang di belah lapan."
Sadis lagi sinis. Eeii... geramnya! Serasanya api kemarahan Mel sudah meningkat lebih daripada 1000C. Tunggu masa aje nak membuak-buak keluar macam larva kat Gunung Berapi Krakatao tu. Namun, tiada gunanya dia cari pasal dengan mamat cengcong ni. Karang tak pasal-pasal dia tidur dalam lokap pula. Habislah segala rancangannya!
YOU ARE READING
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR
RomansaTall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun sikap cerewet tak bertempatnya benar-benar menguji kesabaran. Hanya seoran...