BAB 14

149 1 0
                                    

ROBO mengepalai 'rombongan mak kiah' tersebut. Masri dan Daud mengekori rapat dari belakang, diikuti dengan Arish dan Mel. Walaupun ikatan tangan Arish dan Mel sudah terlerai, namun tiada ruang untuk melarikan diri kerana Togo terpacak di bahagian belakang sekali.

"Inilah perkara paling bodoh pernah aku buat dalam hidup aku," sungut Arish dengan wajah masam mencuka.

"Seronok apa. Dapat gak melawat muzium unik ni," balas Mel. Sejujurnya hatinya yang luka terubat juga dengan 'lawatan tidak terancang' ini.

"Seronok apanya? Kalau pergi melancong dengan buah hati, tak apalah juga. Ini dengan orang-orang tak berjenis, buat apa?"

Mel tersentap. "Oh, rupanya itulah nilai diri saya pada tuan, ya? Orang-orang tak berjenis. Hmm... terima kasih tuan atas 'penghargaan' tuan tu."

Arish terkedu. "Eh, saya tak maksudkan awak. Saya..."

Mel mempercepatkan langkah. Arish ditinggalkan terkontang-kanting. Dia berjalan menyaingi Masri dan Daud. Lebih jauh dari Arish, lebih baik. Risau kalau-kalau Arish ternampak kolam air matanya yang dah mula bertakung.

Gelagat Mel tertangkap di mata Masri. "Konapo pula mato ekau borair ajo ni? Ekau nangis, yo? Karang torcabut contact lens tu baru ekau nyosal tak sudah."

Mel garu kepala. "Bila masa pula saya pakai contact lens? Ni mata originallah!"

"Yo ko? Ekau ni biar bonar! Den tak porcayolah! Takkanlah mato asal ekau warno biru pulak?"

"Betullah tu, bang. Mata dia memang biru. Semula jadi lagi asli. Tu yang buat saya tertarik nak ambil dia kerja sebagai PA saya tu. Sebab mata dia yang rare tulah," tokok Arish yang sudah berada di sebelah Mel. Sengaja dia puji menggunung. Untung-untung hilang marah PAnya itu.

"Hei, boleh tolong diam tak? Tahu nak memekak aje dari tadi. Sakit jiwa aku ni, tahu tak?" tempik Robo.

Arish mendengus. Menyampah, geram, bertimpa rasa. Ikutkan hati ada juga hinggap penumbuknya ke wajah Robo. Namun, dia sedar kemarahannya tidak boleh dihamburkan sewenang-wenangnya. Nyawa mereka semua berada di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja Robo akan mengganas. Perancangan perlu dirangka. Strategi harus tepat supaya jeratnya mengena pada sasaran.

Sesuatu yang terang bersinar-sinar terus menangkap pandangan mata Arish. Jantung mula berdetak kencang. Tiba-tiba dia rasa semacam. Dekatnya rasa di hati. Rapat bagaikan sudah terjalin zaman-berzaman. Walhal inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini. Kakinya bagai ditarik-tarik ke arah patung manusia yang menghiasi pameran 'Perluasan Empayar Melaka'. Hatinya tergamit pada sekeping syiling emas yang terlekat kukuh pada salah satu monumen di situ.

"Woi! Kau nak ke mana tu, hah?" pekik Robo. Namun, Arish terus laju menghampiri monumen itu. Pekikan Robo bagaikan tidak tembus di pendengaran. Mel, Masri dan Daud terus sahaja membontoti Arish. Robo dan Togo tiada pilihan. Terpaksa juga mereka melangkah ke arah monumen itu.

Syiling emas berbentuk heksagon itu kian galak memancarkan cahaya tatkala jemari Arish menyentuh permukaannya. Suatu renjatan halus kian bertangsi di jiwa. Kini jemari Arish menggenggam erat keseluruhan syiling emas itu.

Togo menyiku Robo. "Bos, entah-entah itu syiling yang kita cari-cari selama ini, tak?"

Robo mencemik. "Kalaupun itu syiling yang kita cari, takkanlah inspektor bebal tu boleh cabut syiling tu. Kecualilah..."

Sinaran terang-benderang yang kian menyapa pandangan merenjat jiwa semua yang berada di situ. Tubuh Arish mula bergegar dengan kuat. Mindanya mula terpampang rakaman demi rakaman peristiwa silam yang kian jelas di fikiran...

SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTORWhere stories live. Discover now