BAB 18

149 1 0
                                    

MEL melangkah keluar dari bilik ICU dengan lemah. Sedih, pedih berbaur rasa. Dia menyeka air mata yang menitis. Sudah dua hari berlalu, namun tiada apa-apa perubahan positif. Emaknya hanya terbaring kaku. Lesu. Wayar pelbagai warna yang berselirat di tubuh Mak Cik Sara tambah menyentak hatinya. Pedih, luka silih berganti. Separuh jiwanya terasa dibawa pergi. Ya ALLAH! Betapa beratnya dugaan ini. Tidak termampu dan tidak tertanggung rasanya beban yang kian menghimpit pundaknya.

Arish terjeda. Simpatinya membuak-buak. Ingin sahaja dia meredakan kesedihan gadis itu dalam pelukan hangatnya, belaian lembutnya. Namun, terkenangkan Masri dan Daud yang langsung tidak berenggang dengannya sejak dari tadi maka hasrat tersebut terpaksa dibatalkan. Tak pasal-pasal nanti mereka berdua buka kelas ceramah agama kat hospital pula!

"Ekau sabar, yo. Somuo ni dah torsurat. Kito tak dapek nak lawan takdir. Sokarang ni, ekau banyak-banyakkan berdoa supayo omak ekau copat sombuh soporti sediokalo," pujuk Daud.

"Yolah. Ekau jangan risau. Kami takkan tinggalkan ekau sorang-sorang kek sini. Kalau ekau kono dudok sini sominggu mako sominggulah kami borkampung kek luar ICU ni hah. Den ni dah anggap ekau ni macam anak den sondiri," sampuk Masri pula.

"Porut den pun dah lapo ni. Jom kito poie boli apo-apo kat bawah, nak?"

"Apo kolas makanan kek bawah tu? Den toringin pulak nak makan masak lomak daging salai dongan cili api. Jom kito poie cari, nak?"

"Sodap tu. Bolehlah. Ekau berduo nak kirim apo-apo ko? Den boleh tolong bolikan," pelawa Daud.

Mel hanya diam. Sedikit pun tidak berkutik.

Arish memberi isyarat mata pada Masri dan Daud agar meninggalkan ruangan itu buat seketika. Mereka bertiga melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Tuan, saya nak minta tolong tuan, boleh tak?"

Kaki Arish terpaku. Tidak jadi dia mengikuti langkah Masri dan Daud yang sudah jauh ke hadapan.

"Nak minta tolong apa tu, Mel? Insya-ALLAH, kalau saya boleh tolong, saya akan cuba sedaya-upaya saya."

"Boleh tak tolong hantar saya balik? Ada benda yang saya kena settlekan hari ni jugak."

"Boleh, takde masalah. Bila awak nak balik? Esok? Lusa? Pasal awak sampai ke hujung dunia pun saya sanggup hantar." Sempat lagi Arish berseloroh.

Namun, selera Mel untuk bergurau senda seakan-akan mati. Dugaan demi dugaan yang menerjah masuk dalam hidupnya tanpa diundang, telah menyekat keceriaannya.

"Saya nak minta tolong tuan bawa saya ke rumah TJ sekarang juga. Buat kali terakhir saya nak cuba gapai semula cinta hati saya yang hampir terlepas daripada genggaman."

Arish mengeluh. "Mel, kan saya dah cakap. Cinta tak boleh dipaksa. Soal hati dan perasaan adalah misteri. Tiada siapa tahu bila dan bagaimana kita akan suka, jatuh cinta dan bencikan seseorang. Terima ajelah semua ni sebagai suratan daripada Yang Maha Esa."

"Tuan tak payah nak nasihat sayalah. Tuan pun dua kali lima, lebih kurang macam saya aje. Apa yang tuan tahu pasal cinta? Nak pilih teman wanita pun siap buat tapisan bagai. Cinta tu sebenarnya tak bersyarat. Kalau kita benar-benar cintakan seseorang, kita akan terima dia seadanya. Baik buruk dia semua kita akan telan."

"Tu namanya cinta membabi buta! Tolonglah, Mel. Tolonglah sedar. Berpihaklah di bumi nyata," tempelak Arish.

"Kalau tuan tak nak tolong, takpelah. Saya balik sendiri." Pendek, tapi tegas. Kakinya dah melangkah ke muka pintu.

SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTORWhere stories live. Discover now