EFFA tersenyum puas. Hatinya gembira. Sebaik sahaja berita ini hinggap ke telinga Mel, dia pasti Mel pasti akan akan jadi insan yang paling berbahagia. Sudah sekian lama perkara ini menjadi idam-idaman Mel. Tidak lama lagi ianya bakal menjadi realiti.
Namun, terselit kerisauan di hati Effa. Dia hanya mampu memasang angan-angan dalam hati. Moga-moga berita ini mampu menghilangkan calar di hati Mel. Yalah, kegagalannya untuk hadir dalam majlis perkahwinan Mel tempoh hari sudah cukup membuatkan sahabat baiknya itu menjeruk rasa. Bukan sengaja dia tidak mahu hadir, tapi di saat-saat akhir Aurora Electrical Services berdepan dengan masalah besar sehinggalah Rayyan telah dipanggil menghadap Datuk Bandar Perth untuk memberi penjelasan. Akibatnya mereka terpaksa membatalkan kepulangan mereka ke Malaysia.
Jiwanya terus dihimpit rasa bersalah apabila Lili pula mengkhabarkan mengenai bahana buruk yang telah menimpa Mel di hari perkahwinannya. Simpatinya datang membuak-buak. Seandainya dia mempunyai sepasang sayap, mahu sahaja dia terbang ke pangkuan Mel. Mendengar segala keluh-kesahnya. Meredakan jiwanya yang bergelodak.
Perkhabaran terkini yang diterimanya tambah menyesakkan dada. Mel lari dari rumah, lari dari kampung semata-mata untuk mengejar cinta jantan tak guna tu! Effa ketap bibir. Geram, pilu datang bertalu-talu dalam hati. Sedih mengenangkan nasib teman baiknya yang tidak sudah-sudah dirundung malang.
Usapan lembut di bahu menyentak lamunan Effa. Pantas dia berpaling. Rayyan sudah tercegat di belakang. Senyuman paling manis dilemparkan. Masih kacak, masih menawan seperti selalu. Mujur tak gugur jantung Effa!
"Abang ni... terperanjat Effa tau. Suka sangat datang menonong dari belakang macam ni," ujar Effa manja.
Rayyan melabuhkan duduk di sebelah Effa. Jemari isterinya itu digenggam kemas sebelum dikucup perlahan-lahan. Penuh asyik. Hangat membara. "Sayang tak suka ke abang buat macam tu? Oklah, kalau macam tu lain kali abang serbu dari depan ajelah. Boleh, kan?" usiknya nakal. Tangannya sudah mula menjalar ke bahu Effa.
Effa menggeletek kegelian. Pantas tangannya menepis tangan Rayyan yang sudah mula menjalar ke pinggang. "Janganlah, abang. Ayang tengah takde mood ni," keluh Effa dengan wajah suram.
Rayyan tersentak. "Lah, kenapa pula dengan buah hati abang ni? Tiba-tiba boleh hilang mood pula? Bukan selalunya ayang ke yang paling aktif kalau part-part romantika di amor macam ni? Lagipun, anak-anak kita ada kat bawah dengan Mak Cik Roza, kan? Peluang baik ni." Sengaja Rayyan menjongket-jongketkan keningnya. Senyum nakal dah tersungging di bibir.
Merah padam wajah Effa. Pantas tangannya mengutil lengan Rayyan. "Abang! Jangan nak menggatal, ya? Ayang tengah susah hati ni, dia buat lawak bodoh pula," gerutunya geram. Muncung dah mula panjang sedepa.
"Ok... ok... abang minta maaf ya, ayang. Janganlah merajuk. Dah tak comel muka tu. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aje ayang susah hati. Kenapa? Cubalah ayang cerita dengan abang. Manalah tahu abang boleh tolong," pujuk Rayyan.
Effa mengeluh. "Pasal Mellah, bang. Ayang rasa bersalah sangat kat dia. Masa hari perkahwinan dia tempoh hari, kan kita tak sempat balik Malaysia? Tup tup... dengar khabar bakal suami dia larikan diri sebelum sempat dia orang diijabkabulkan. Kesian dia."
Rayyan menggaru-garu kepala. "Erkk... dah macam adegan kahwin kita aje tempoh hari. Dia orang pun nak ikut jejak langkah kita ke?"
"Entahlah, bang. Tulah Effa ingat nak tolong Mel. Aritu dia pernah cakap kalau ada peluang dia teringin nak ambil course make up kat sini. Ayang ada survey kan untuk dia. Course enam bulan kat WA Academy. Mesti dia suka punyalah."
"Wow! Baguslah! Ayang jangan risau. Demi ayang, abang akan tanggung semua kos pembelajaran Mel. Pergilah maklumkan pada Mel sekarang. Eh, nanti dulu. Apa kata kita balik Malaysia? Ayang maklumkan perkara ni sendiri pada dia. Mesti dia gembira punya. Jadi sekarang ni dah tak ada alasan untuk ayang bermuram durja lagi," seru Rayyan dengan wajah yang berseri-seri.
YOU ARE READING
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR
RomanceTall, Dark, Handsome. Gadis mana yang tak cair tatkala melihat kelibat Inspektor Idaman Malaya a.k.a Tuan Inspektor Arish Aqlan bin Afzan? Namun sikap cerewet tak bertempatnya benar-benar menguji kesabaran. Hanya seoran...