💉
"Good morning, Doctor Kim!" Sapa Rina sebaik ternampak bayangan doktor lelaki dengan bibir merah yang sedikit tebal tu. Lelaki itu tersenyum kecil seraya menapak menghampiri Rina yang tengah duduk atas katil dengan kaki yang terjuntai ke bawah.
"Dah sarapan? Saya dengar dari nurse Rina langsung tak jamah apa- apa dari semalam, kenapa?" Soal Seokjin, laju kepala Rina menggeleng tanda tidak. Dahi lelaki itu berkerut, Seokjin menoleh ke arah pinggan yang berisi roti bakar dan cawan yang berisi susu di meja kecil di hujung katil tersebut.
"Saya tak lapar, ani saya tak ada selera nak makan langsung." Jawab Rina lalu tersengih. Seokjin mengerutkan dahinya untuk kali kedua, dia dekatkan diri dengan gadis itu buatkan jarak mereka hanya beberapa inci hingga gadis itu boleh merasa deru nafas doktor lelaki tersebut.
"Wae? Rina nak jatuh sakit lagi ke? Kalau Rina nak sembuh, Rina mesti makan, macam mana penyakit nak hilang kalau tak makan" nasihat Seokjin, Rina membuat muka, dia berpeluk tubuh seraya berbalas pandang dengan Seokjin.
"Kalau saya cakap saya tak lapar tu, tak laparlah. Janganlah paksa, doktor pun belum makan kan?" Balas Rina, Seokjin mengetap bibir, satu keluhan berat dia lepaskan dari bibirnya. Kedua belah tangan dia masukkan kedalam jas putih doktornya itu.
"Okay, tell me. Kenapa Rina tak nak makan?" Soal Seokjin, jarak diantara mereka dijauhkan agar memberi ruang supaya gadis itu berfikir lebih rasional dan luas lagi. Rina mengemam bibir.
"Saya.. tak ada selera" Rina tundukkan wajah, supaya doktor lelaki tersebut tidak melihat perubahan pada wajahnya.
"Rina.. ada something yang saya perlu tahu ke?"
"Doktor kim.. saya sunyi. Tak boleh ke saya keluar je? Saya tak kesah pun kalau penyakit saya tak nak hilang, saya tak kisah asalkan saya tak sunyi, kalau saya kat sini saya rasa-"
"Rina, awak masih ada beberapa bulan untuk rawatan lanjut kemudian awak boleh keluar, pergi kemana saja yang mahu. Faham?" Kata Seokjin dengan tangan yang sedikit menggeletar. Lelaki itu mengetap bibirnya sebelum memusingkan badan lalu keluar dari bilik VIP tersebut.
"Doktor Kim.."
Rina kerutkan dahinya pelik, dia perasan yang lelaki itu bersikap aneh hari ni. Kenapa pula Dr. Seokjin nampak macam nak marah je tadi? Rina melompat turun dari katilnya, perlahan- lahan dia melangkah keluar setelah memakai sandal merahnya.
"Doktor Kim.." Rina berkata perlahan bila melihat Dr. Seokjin masih tegak berdiri dihadapan biliknya. Lelaki itu mengesat pipinya sebelum cermin mata bulatnya dia pasang balik.
"Ohh Rina.. kenapa ya?" Kata Seokjin, aku perasan yang suaranya serak dan menggeletar bila dia bercakap. Lelaki itu menarik nafas lalu pusingkan tubuhnya menghadap Rina. Gadis itu memandangnya dengan pandangan pelik.
"Dr. Kim okay ke? Rina minta maaf kalau Rina terlepas cakap." Kata Rina, seokjin menggeleng perlahan. Dia senyum kecil sebelum menyentuh kepala Rina dengan tapak tangannya lalu mengusapnya perlahan.
"Saya okay, Rina jangan risaulah. Rina masuk bilik, nanti tengah hari saya datang. Jaga diri, saya pergi dulu" kata Seokjin sebelum menjauhkan tangannya dari kepala Rina lalu berjalan pergi.
"Doktor.."
Rina memandang belakang tubuh Doktor Kim yang sedang berjalan meninggalkannya. Gadis itu tundukkan wajah, bibir diketap.
"Kenapa..?"
.
.
To be continue..
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...