💉
"Operation berjalan dengan lancar Dr. Kim, tahniah!" Doktor Hunny memberikan ucapan tahniah seraya menghulurkan tangan kepada doktor lelaki tersebut. Senyumannya lebar sampai ke telinga.
Seokjin melepas mask putihnya sebelum menyambut huluran tangan Hunny.
"Gomawo, Hunny- ya" kata Seokjin, dia senyum segaris sebelum bergerak untuk menukar pakaian yang dia kenakan kepada sesuatu yang lebih bersih. Hunny mengukir senyum, dia mengekori Seokjin ketika lelaki itu sedang mencuci tangan. Dia juga ikut mencuci tangan.
"So, you don't mind if i take you to have some dinner tonight?" Hunny memulakan bicara. Seokjin mengangkat wajah, berfikir seketika sebelum kepalanya menggeleng kecil.
"Saya ada hal lain malam ni, lain kalilah, ya?" Tolak Seokjin lembut. Dia tidak mahu doktor muda bernama Hunny Lee itu tersinggung dengan tolakannya. Sungguh dia cakap, dia memang ada agenda lain malam ini.
Hunny mengetap bibir, tuala yang disangkut di tepi cermin dia capai lalu digunakan untuk mengelap tapak tangannya. Seokjin menundukkan kepala sebelum ingin melangkah keluar, tapi langkahnya terbantut bila Hunny menegurnya.
"Ada agenda lain ke, nak bermesra dengan pesakit kesayangan doktor tu?" Perli Hunny seraya membuka butang baju bedah berwarna hijaunya. Seokjin mengalihkan pandangannya.
"Tak adalah, dia pesakit biasa saya saja-"
"Doktor selalu cakap macam tu. Pesakit biasa saja, tapi watch time doktor untuk dia lebih banyak dari pesakit lain. Pesakit biasa konon" Hunny menyindir, dia melepas pakaian bedahnya hingga tinggal singlet saja. Seokjin mendiamkan diri.
"Dia tu tanggungjawab terbesar saya, saya tak boleh tinggalkan dia macam tu saja-"
"Doktor Kim jangan lupa, perawat dengan pesakit tak boleh ada hubungan langsung. Kalau chief dapat tahu, tak tahulah apa yang dia akan lakukan untuk Doktor. Mungkin Doktor kim akan digantung kerja, atau yang lebih teruk lagi, doktor kim akan dibuang kerja" terang Hunny panjang lebar. Dia mahu menyedarkan doktor lelaki itu supaya tak terjerat hubungan dengan mana-mana pesakit perempuan.
"Hunny, saya tahu semua tu. Awak jangan risau pasal saya. Saya tahu apa yang saya buat, lagipun pun chief takkan marah. Dia dah tahu semuanya. Terima kasih sebab care pasal saya" Sebaik Seokjin menuturkan ayat tersebut, dia melangkah keluar dari ruangan tersebut untuk menyalin pakaian.
Hunny mengetap bibir geram.
"Kenapa susah sangat nak faham? Aku dah lama ada hati kat kaulah!" Hunny melempar tuala kecil ke sinki sebelum wajahnya diraup kasar.
Dasar lelaki!
💉
"Haih, jauhnya termenung. Menungkan saya ke?"Rina yang sedang mendongak memandang pekatnya langit malam terus menoleh memandang empunya suara. Seokjin mengukir senyuman lebar sampai ke telinga. Dia mengambil tempat di samping Rina bila gadis itu memberi sedikit ruang untuk Seokjin.
"Kerja awak dah siap?" Rian menyoal, Seokjin menggeleng kecil.
"Kenapa jumpa saya kalau kerja tak siap lagi?" Rina mengerutkan dahi. Dia risau yang lelaki itu akan diambil tindakan oleh ketuanya hanya disebabkan dirinya saja.
"Kerja saya jaga awaklah, takkan siap sampai hujung nyawa saya" tutur Seokjin seraya menguntum senyum. Rina terdiam, dia tundukkan wajah, malu.
"Apa pulak cakap macam tu, saya ni bukan siapa- siapa awak. Awak patut cakap macam tu kat isteri awak, jagalah dia" kata Rina lalu memalingkan wajah.
"Tengah jagalah ni.."
"Apa awak cakap?"
"Tak adalah" laju Seokjin menjawab lalu ketawa kecil. Rina mengerutkan dahi, tak faham.
"Rindu saya tak?"
"Hah? Buat apa nak rindu?" Rina menjawab laju. Keningnya berkerut, Seokjin menggeleng, rasa kecewa dengan jawapan Rina. Terasa sikit.
"Tak apalah"
"Doktor Kim rindukan saya tak?" Giliran Rina pula menyoal. Seokjin mengukir senyum kecil.
"Rindu"
"Kalau macam tu, saya pun rindukan doktor"
Seokjin menundukkan wajah. Senyumannya lebar sampai ke telinga, suka sangat dia dengar Rina bermain tarik tali dengan dirinya.
"Rina.."
"Eum?"
"Tak adalah"
Rina mencebik. Seokjin pula ketawa kecil.
Sayang, sayang.
.
.
To be continue..
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...