💉
"Dalam almari, tepi peti sejuk, okayyy.."
Pandangan mata Rina meliar ke setiap sudut di dapur tersebut. Mencari- cari lokasi dimana benda tersebut berada. Dia bergerak kearah peti sejuk lalu almari coklat ditepinya itu dibuka.
Kunci?
"Aik? Cakap tak kunci tadi. Seokjin ni.." Rina mengemam bibir sebelum dia beredar dari situ bila terdengar bunyi deruan enjin kereta yang sedang memasuki halaman rumah.
Keluar sahaja dari ruangan dapur, kelibat Seokjin dengan kemeja putih menghiasi pandangan mata. Lelaki itu meletakkan briefcase hitamnya atas sofa sebelum tali leher dia longgarkan. Rina yang memerhati menjadi pelik, Seokjin macam badmood pulak hari ni.
"Annyeong, Doktor Kim!" Sapa Rina seraya menghampiri Seokjin, tapi lelaki hanya membalas dengan deheman sebelum melintasi Rina lalu mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat atas. Berkerut dari Rina jadinya.
"Waeyo?"
Rina menyoal dirinya, dia mengambil briefcase Seokjin lalu mendaki anak tangga naik ke tingkat atas. Pintu bilik diketuk perlahan sebanyak 2 kali. Tapi tidak ada sahutan dari lelaki itu.
"Saya masuk ni.."
Kata Rina sebelum menolak daun pintu, Seokjin tidak ada didalam bilik. Sekali lagi dahi Rina berkerut, dia letakkan briefcase Seokjin atas meja tepi almari. Pintu balkoni yang terbuka dia hampiri, ternyata lelaki itu berada disitu.
"Doktor Kim, okay?" Soal Rina, Seokjin tidak menjawab. Hanya memandang tepat kearah gambar ultrasound berukuran kecil yang dipegang Seokjin. Senyuman Rina mengembang. Comel!
"Siapa punya baby?"
"Baby kita.." jawab Seokjin, matanya yang berkaca- kaca dia tahan supaya air matanya tidak mengalir.
"Baby kita?" Rina menyoal kembali, perasaan terujanya makin meluap- luap. Dia merapatkan diri ke Seokjin untuk melihat lebih jelas tentang gambar tersebut.
"Boleh saya tengok?"
"Em.." Seokjin berdehem, dia serahkan gambar tersebut pada Rina dan gadis itu menyambutnya dengan senyuman yang lebar. Seokjin mengalihkan pandangan, memandang ke kegelapan langit malam. Hatinya berdegup kencang.
"Kiyowo.." puji Rina.
"Seokjin- ah. Baby ni masih ada dalam perut saya ke?"
Seokjin tersentak, sudah dia agak yang Rina akan menyoal perkara tersebut pada dirinya. Seokjin mengetap bibir, macam mana dia nak terangkan benda tersebut pada Rina? Yang bahawa baby tersebut sudah mati ketika dalam kandungannya?
"Rina.. "
"Eum?"
Seokjin memejamkan matanya. Tapak tangannya dikepal. Rasa dirinya berdosa.
"Baby tu dah tak ada.."
Hening. Tidak ada balasan dari gadis itu, Seokjin tahu yang Rina sedang bingung.
"A- apa maksud awak?"
"Awak gugur masa tu. Awak gugur ketika mengandungkan bayi pertama kita.." terang Seokjin. Dia menoleh ke Rina, gadis itu terdiam. Terlihat bibir Rina terketar- ketar dan matanya sudah mulai berkaca-kaca.
"Tapi kenapa? Sa- saya cuai ke Seokjin?"
"Aniya.." Seokjin menggosok belakang tubuh Rina tapi tubuh gadis itu sudah melorot jatuh terduduk diatas lantai. Rina sudah menangis kerana menganggap bahawa dia adalah punca kegugurannya. Seokjin duduk melutut. Tapak tangan Rina dia sentuh.
"Rina.. janganlah nangis. Sakit tahu tengok awak menangis macam ni" pujuk Seokjin, pipi Rina yang basah dengan air mata dia kesat dengan jarinya.
"Sakit lagi bila saya tahu saya keguguran bayi pertama kita. Saya minta maaf kalau saya cuai. Seokjin- ahhh" Rina sudah menangis buatkan Seokjin menjadi sebak. Kalau Rina tahu bahawa dia adalah penyebab gadis itu keguguran.
"Rina.. stop crying"
"Awak tak sedih ke Seokjin?"
"Memang saya sedih, sayang. Tapi kehilangan sayang lagi buat saya sedih. Itu perkara biasa. Cuma saya tak boleh kalau saya terpaksa lepaskan sayang. Syhh.. kita boleh cuba lagi.." bisik Seokjin lembut untuk menenangkan gadis tersebut.
Rina yang masih tersenguk- senguk ditarik Seokjin ke dalam pelukan. Dia tak tega melihat gadis itu menangis walhal itu bukan salahnya langsung. Rina seorang gadis yang berhati lembut, dia tak boleh bayangkan betapa sengsaranya Rina ketika hidup bersamanya dahulu.
"Rina.. saya sayang awak"
.
.
Ummmmmmmm.
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...