Bab 15➿

2.4K 304 5
                                    

💉

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💉

"Good morning!"

Sapaan dari Bae Rina buatkan Seokjin sedikit tersentak, baru je dia berkhayal pasal gadis itu, alih- alih dah ada didepan mata. Bibir Seokjin menaik mengukir senyuman lebar. Cermin matanya dibetulkan sebelum langkah kaki dibawa ke meja makan. Duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Saya masak roti telur je hari ni. Awak okay, kan?" Kata Rina seraya menyuakan roti telur yang masih berasap diatas pinggan dihadapan Seokjin.

"Tak apa, lagipun saya nak cepat ni" kata Seokjin. Susu kotak dituang kedalam gelas kaca lalu diteguknya. Rina mencapai roti telur lalu disumbat masuk kedalam mulut. Seokjin hanya tersenyum melihat kelakuan Rina.

"Malam ni Doktor Kim, balik lambat lagi ke?" Soal Rina, pipinya mengembung kerana menyumbat roti telur sekali gus.

"Ya kot, tak sure lagi" jawab Seokjin, cermin mata bulatnya dibetulkan, secawan kopi panas yang masih hangat dia hirup perlahan.

"Doktor kim- "

"Rina.." tegur Seokjin dengan panggilan Rina yang sedikit meleret- leret. Rina menjongketkan kening, apa? Dia salah cakap ke?

"Em?"

"Can you call me with my another nickname? Rather than Doctor Kim?" Kata Seokjin buatkan Rina berfikir sejenak.

"Saya nak panggil awak apa?"

"Panggil jelah apa- apa, selain Doktor Kim tu.." bibir tebal Seokjin memuncung. Rina tersenyum kecil, dia letakkan teh susunya atas meja sebelum tapak tangan Seokjin yang berada atas meja dia sentuh perlahan.

"Tapi saya nak juga panggil awak dengan panggilan Doktor Kim" jawab Rina, Seokjin mengerutkan dahinya, dia rapatkan wajahnya pada Rina hingga beberapa inci rapatnya, mereka saling berpandangan.

"Kenapa mesti doktor kim?"

"Sebab saya suka"

"Suka apa?"

"Suka Doktor Kim, lah" jawab Rina seraya mengenyitkan matanya. Serta merta wajah Seokjin membahang panas. Dia jarakkan wajahnya dari gadis itu sebelum meneguk kopi panas, nak cover pipinya yang dah merah. Rina ketawa kecil.

"Kalau Rina dah sukakan Doktor Kim. Kim Seokjin pula macam mana? Rina tak suka dengan lelaki bernama Kim Seokjin?" Soal Seokjin, kekal dengan wajah merahnya. Terus senyuman Rina makin melebar.

"Rina suka dua- dualah, Doktor Kim dan Kim Seokjin, kan orang yang sama? Dua- dua pun suami Rina.." jawab Rina seraya mencuit pipi Seokjin buatkan pipi lelaki itu makin merah.

"Suami Rina? orang dia macam mana eah?" Tanya Seokjin, sengaja mahu memanjangkan topik perbualan mereka pagi ini. Yalah, mereka dah lama tak jumpa, kan?

"Suami Rina orangnya handsome, tinggi, kerja doktor, dia sweet talker, 30 years old-"

"Don't mention that 30 years old. I know that I already old to have you with me.." potong Seokjin seraya memuncungkan bibirnya. Sedikit berjauh hati dengan Rina. Dia lepaskan pegangan tangan Rina pada tapak tangannya.

"Lahh merajuk pula?"

"Sensitif tahu tak?" Seokjin membalas. Rina ketawa kecil, dia capai cawan teh susunya lalu dia hirup perlahan.

"Rina.."

"Em?"

Rina menjawab seraya menjongketkan keningnya, Seokjin merenung wajah gadis itu. Comel, cukup comel dimatanya. Kenapalah selama ni dia tak sedar? Mungkin sebab dia dah kemaruk dan sibuk dengan dunianya dan juga tugasnya sebagai doktor?

Seokjin meletakkan tapak tangannya diatas rambut Rina sebelum mengusapnya perlahan. Wajahnya dirapatkan hingga dahinya bersentuhan dengan dahi milik Rina. Gadis itu hanya mendiamkan diri seraya terkebil- kebil, memandang Seokjin dengan mata bulatnya.

"I love you.."

Bisik Seokjin sebelum dahi Rina dikecupnya sekilas. Seokjin senyum kecil, berpuas hati dengan luahan darinya.

"Dahlah, saya pergi kerja dulu. Rina duduk dalam rumah diam- diam, saya janji malam ni saya balik. Saya pergi dulu ya, sayang.." sekali lagi Seokjin menghadiahkan sekilas ciuman pada dahi Rina.

"Doktor kim!"

"Em?"

"Err, em.. hati- hati memandu" kata Rina seraya melangkah perlahan mendapatkan Seokjin dihadapan pintu. Lelaki itu senyum kecil dia mengangguk kecil sebelum masuk kedalam perut kereta Honda Civic- nya.

Rina melambaikan tapak tangannya bila kereta Seokjin bergerak keluar dari halaman rumah.

"I love you too.." bisik Rina sebelum dia memukul perlahan kepalanya. Tadi tak nak cakap pulak

Duh!

.

.

Hey,
Rindu ai ke?
😝

[C] ASTRAEA | 진 ✓Where stories live. Discover now