Bab 11➿

2.3K 333 10
                                    

💉

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💉

"Home sweet home!"

Seokjin mendepakan tangannya sebaik Rina keluar dari perut kereta. Tiada reaksi dari gadis itu, hanya kerutan didahi sahaja. Dia nampak bingung.

"Ini rumah awak?"

"Ani, ini rumah ki- ya, ya, ini rumah kita. Masuklah, nanti saya bawa masuk beg baju awak" kata Seokjin sebelum menolak perlahan tubuh Rina agar masuk. Dia serahkab kunci rumah pada gadis itu lalu senyum kecil.

"Awak tak risau ke tinggal dengan stranger macam saya? Lebih- lebih lagi awak dah pun beristeri" kata Rina, dia tidak menyambut kunci rumah sebaliknya beralih ke bonet kereta lalu mengeluarkan begnya dari situ. Seokjin hanya memerhatikan gelagat Bae Rina.

"Awak pula, tak takut tinggal dengan stranger?" Seokjin menyandarkan tubuhnya di kereta sementara berhadapan dengan Rina. Gadis itu mendiamkan diri, dia alihkan pandangan bila Seokjin kenyitkan matanya.

"Alahh jangan risaulah, saya bukannya orang jahat. Lagipun awak bukannya orang luar, soulmate saya juga" kata Seokjin, dia menutup bonet kereta lalu berjalan masuk ke dalam rumah.

"Masuklah dulu" Seokjin memberikan Rina ruang untuk masuk kedalam rumah tersebut sementara dirinya sedang struggle untuk menenangkan diri. Dia tarik nafas sebelum menghembuskannya.

Rina memandang sekeliling ruang tamu yang berdinding cat kelabu putih tersebut. Dia pejamkan mata. Everything seem familiar to her.

"Nampak familiar kan?"

"Apa kaitan saya dengan awak?" Soal Rina dengan dahi yang berkerut. Sebaik saja dia memutarkan tubuh, Seokjin sudha berdiri tegak dibelakangnya. Lelaki itu hadiahkan segaris senyuman.

"Lebih kurang macam adik dan abang-"

"Tapi awak 'Kim Seokjin' dan saya pula 'Bae Rina' mana ada nampak macam adik beradik pun-" kata- kata Rina tergendala bila Seokjin tundukkan wajah, menjadikan jarak wajah mereka menjadi rapat.

"Tapi saya dah tukarkan 'Bae' awak tu jadi 'Kim' milik saya.." bisik Seokjin lalu senyum lebar. Dia usap rambut Rina sebelum beredak untuk duduk diatas sofa. Dadanya yang berdegup kencang dia pegang. Rina yang masih tak faham dia pandang dengan sengihan kecil.

"Doktor kim.. saya tak faham"

"Awak akan faham satu hari nanti. Mari, saya tunjukkan awak bilik awak" Seokjin menukar topik sebelum dengan cepat dia mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Rina mencapai begnya lalu mengejar langkah lelaki itu.

"This is your room, 5000 won per month"

"Hah?" Terbeliak anak mata Rina jadinya, dahlah dia datang sini dengan tangan kosong, tak bawa apa- apa. Mana dia nak cekau duit bayar bilik ni? Seokjin yang sedang menahan ketawa itu akhirnya meletus juga ketawanya.

"Rina.. saya bergurau jelah, janganlah serius sangat, sayang.." kata Seokjin sebelum mengesat air matanya yang keluar sedikit. Rina cebikkan bibir.

"Awak nak tinggal sini sampai bila- bila pun tak apa, free of charge. Tak perlu bayar, tapi sebagai gantinya.." secara tiba- tiba Seokjin merapat hingga membuatkan Rina mengundur sampai terblock di pintu bilik.

"Doktor kim.."

"Dengan syarat, awak berikan apa yang saya nak, boleh?"

"A- awak nak apa?" Tergagap Rina jadinya bila Seokjin makin merapat, mahu putus nafas Rina bila tercium perfume milik doktor lelaki tersebut dihidungnya.

"Date dengan saya, boleh?"

Rina terkebil- kebil, dia tolak perlahan tubuh Seokjin bila lelaki itu mentertawakannya semula. Bibirnya memuncung.

"Saya ingat apalah tadi!"

"Awak fikir saya nak buat apa?" Seokjin menyoal, perutkan ditekan kerana ketawa yang tak berhenti- henti dari tadi.

"Dah cara awak offer saya pelik! Saya pun fikirlah yang pelik- pelik!"

"Fikir yang pelik macam mana tu?" Usik Seokjin, lengan Rina dicuitnya. Rina tepis perlahan sebelum tubuh Seokjin dia tolak keluar dari bilik. Wajahnya panas kerana malu.

"Malam ni saya nak date dengan awak. Jam 8 malam, jangan tidur pulak"

"Yalah! Yalah!"

Seokjin tarik sengih, dia renung pintu bilik tersebut sebelum tersenyum lagi.

"Finally, I got you sayang.."

.

.

💕

[C] ASTRAEA | 진 ✓Where stories live. Discover now