💉
Celik je mata, Rina sedar yang dia sudah berada didalam bilik, bukan lagi bus stop. Rina duduk diatas katil, kucing semalam masih berada dengannya, sedang tertidur disampingnya.
Laju Rina menyingkap selimut lalu melangkah merapati pintu. Belum pun sempat tangannya ingin memulas tombol pintu, pintu sudah pun dibuka dari luar. Kedua manusia tersebut terdiam sebaik memandang wajah masing- masing. Seokjin mengukir senyum.
"Sayang dah bangun?"
"Saya nak keluar" balas Rina sebelum berura- ura hendak melangkah keluar dari bilik tersebut. Tapi dengan pantas Seokjin menahan, perlahan- lahan dia menahan lengan Rina.
"Janganlah macam ni, saya minta maaf. Saya nak awak tinggal dengan saya.." Seokjin berkata perlahan. Rina melepaskan tangan Seokjin dari lengannya.
"Awak dah lupa ke? Kita, kan dah bercerai?" Rina menjauhkan diri Seokjin. Lelaki itu menundukkan wajah, dia mengeluh perlahan sebelum perlahan- lahan dia bergerak merapati Rina semula.
"Saya nak rujuk awak semula.."
Rina terdiam, terasa tapak tangannya yang kosong kini hangat dan terasa berat. Seokjin meraih tapak tangan Rina lalu membawanya ke bibirnya. Rina masih tidak memberi sebarang jawapan.
"Rina.. saya minta maaf pasal hari tu. Saya bodoh-"
"Tak, awak tak bodoh. Awak hanya terbawa emosi, sebab itulah sampai ke tahap ni.." balas Rina. Dia cuma tak suka kalau Seokjin membahasakan dirinya sebagai seorang lelaki yang bodoh. Seokjin bukan begitu, semua orang pernah buat salah, termasuklah juga dia.
"Sayang, please.. untuk apa yang saya buat pada awak sebelum ni. Saya minta maaf, saya menyesal dan saya janji perkara ni takkan berlaku lagi. Kita mulakan hidup baru dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk bahagiakan awak. Saya janji" lembut saja suara Seokjin berbisik pada telinga Rina. Gadis itu terdiam sejenak.
"Saya tak marahkan awak Seokjin. Malah, secalit pun perkara tu saya tak pernah simpan dalam hati. Awakkan suami saya? Seorang isteri yang taat akan sentiasa memahami dan menyimpan segala salah silap seorang suami sebagai suatu pengajaran? Saya sayang awak, Seokjin. Sejahat manapun awak, sekejam manapun, awak tetap seorang suami yang baik dimata saya.." kata- kata Rina buatkan Seokjin tersentuh. Dengan pantas lelaki itu menarik tubuh Rina lalu dirangkulnya erat.
"Thank you, sayang. Thank you so much!" Seokjin mencium dahi Rina lama.
Meow!
"Apa? Jangan kacau orang nak datinglah!" Seokjin berkata perlahan, tidak mahu detik- detik bahagianya bersama Rina terganggu oleh apa- apapun.
Seokjin, thank you sebab datang cari saya. Saya sayang awak, sepenuh hati saya.
-The end-
Yeay!! Dah tamat pun story Seokjin ni. Thank you sebab support dan sudi beri bintang kuning. Author hargainya.
Sayang semua.
I know, story ni pendek.😅
Tapi otak author dah hang fikir fasal spm. So, author nak cepat- cepat end.Thank you sebab baca you all walaupun taklah menarik sangat, cerita ni cukup untuk membuktikan bahawa Seokjin mampu bawa pelbagai watak dengan karakternya yang funny tu.
Em, okay itu jelah.
Tengkiu,
Papai!!Jap.
[Scroll lagi untuk baca epilog❤]
|
\/
☆
☆
☆
YOU ARE READING
[C] ASTRAEA | 진 ✓
Fanfiction[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. G...